Kring!! Kring!! Kring!!
Adoii!Bunyi apa la pulak dah...Binggit telinga aku dohh boleh bernanah telinga nii.Silap hari bulan pekak telinga ni.Dah la ganggu waktu beraduku..Hishh..bising betul!!!Bila laa bunyi ni nak diam!!!
Aku golek kanan golek kiri dan 'gedebukk'
"Adoii!!".Aku menjerit.Asal keras dan berbulu lembut sangat bawah ni.Aku menggosok mataku sedikit demi sedikit.Aku dapat rasakan aku dekat...
"Oowhh bilik aku rupanya..ingat bilik siapa tadi".Aku berkata bersendirian.
'tak ada siapa yang berani nak masuk bilik aku ni'.Heheheh
Aku lihat jam loceng tepi katil aku yang berbentuk ala-ala pistol.
Aku meliar mencari jam loceng yang berbunyi itu dan
'YESSS'
Jumpa pun...Haihh...susah juga nak cari jam loceng berwarna kelabu dah la bilik gelap macam rumah kosong...Aku terus tutup jam tu.Aku tengok angka jam itu
' hmm baru pukul 6 pagi,awal lagi ni'
Aku terus hempaskan badanku atas katil kingku.
'aku rasa macam teringat sesuatu laa,apa dia haa...hmm lantaklah nanti aku fikirkan...sekarang time to sleep'
Baru ja nak tutup mata ada suara tarzan menjerit
"Stella!!Bangun....dah pukul berapa dah ni...nanti lambat nak ke sekolah"kata mama aku a.k.a Puan Sri Melina Anne Robert.Mama aku kacukan Melayu+Australia.
'Ha!!!Baru aku ingat,hari ni first day sekolah sebagai calon SPM.Macam mana la boleh lupa ni'
"Okey mama...nanti Stella bangun"aku berkata kepada mama.
"Don't continue your sleep.If you continue I will cut your elaunce"kata mama lagi.
'baru nak sambung tidur..mama la ni asyik-asyik mengugut ja kerja dia...nasiblah dapat mama macam ni,kena redha ja la'
Aku berkata di dalam hati"Okey mama"kataku
Aku bangun dan mencapai tualaku yang berwarna purple and then run to bathroom...
Selesai sahaja mandi,aku terus memakai baju dan bersiap dengan pantas.Aku tak suka bersiap lama-lama waste time you know.Macam tampal bedak 10 inci kat muka.Not my style...Aku just pakai perfume dan tempek foundation secara nipis ja.Aku suka jimat masa...
Aku membelek pemakaianku di depan cermin yang besar.
"Cantik jugak aku ni...hehehe".aku berkata sendiri.
"Pergh ada orang angkat bakul sendiri.Perasan gila orang tu"kata suara garau dari tepi pintu.
Ni tak sah dan tak bukan mesti lelaki berlagak macho tu.Aku menoleh kebelangkan dan melihat seorang lelaki bersandar di tepi pintu.
'dah agak dah'
"Adik ni dah kenapa?Tengok along macam nak terkam along ja.Along tau la along ni handsome tapi tak payah la tengok macam tu"kata lelaki itu.
"Adik nak tanya along.Kenapa along ada kat tepi pintu tu.Dah la menyibuk.Suka hati adik la nak kata adik ni cantik ka tak yang along sibuk sangat tu kenapa? macam la handsome sangat.Muka macam babun kata diri tu handsome.Tuihh "kutuk aku dengan perasaan geram.
"Hishh adikku...Stella..Stella...along gurau ja tu pun nak marah.Along dari tadi berdiri dekat sini nak panggil adik turun makan.Mama yang suruh along panggil mama papa angah dengan acik dah ada kat meja makan,cuma tunggu adik bersiap untuk sarapan dan lagi satu kalau along handsome mesti adiknya cantik jugak"kata abang sulung a.k.a Mohamad Asyraf Ikram Bert Bin Tan Sri Rashid Amin Bert.
Papaku orang kacukan jugak macam mama.Mereka bejumpa di Universiti Astrome Mellish.Mereka berkahwin dan memeluk agama islam.Mereka mahu mempelajari apa itu islam dan sampai sekarang Alhamdulillah meraka telah mendidik kami menjadi anak yang soleh dan solehah.
"Hmm.Yelah.Jom la along,kita turun nanti mama bising pulak"kataku sambil mengambil beg sekolah yang berada di tepi meja.Aku dan along terus turun bersama-sama.
"Pagi papa mama"kataku.
"Pagi Stella"kata mereka.
"Adik kenapa lambat sangat bersiap?Tahu tak angah ni tengah lapar"tanya angahnya a.k.a Mohamad Ilham Danish Bert.
"Betul kata angah tu.Mesti adik bangun lambatkan"kata achikku a.k.a Mohamad Zairul Hakim Bert.
"Sorry la.Adik ehh saya Puteri Stella Erissa Robert ingin meminta maaf kepada mama papa along angah dan achik kerana menunggu adikmu yang comel ini"kataku senyum dengan memuji diri sendiri.Perasan kejap.
"Perasannya adik ni"kata abang-abangku serentak.Aku hanya tersengih.Puji diri sendiri pun salah ke.Hishh tau la jeles.Aku terus mengambil tempat di hadapan achik.
Aku mengambil sandwich yang disediakan oleh mama.Aku baca doa dan terus masukkan ke dalam mulutku.
"Stella,hari ni first day sekolah.Mama dan papa harap Stella jaga kelakuan Stella dekat sekolah ya".kata mama.
"Hishh mama ni Stella kan baik,takkan punya buat hal yang memalukan mama dan papa.Stella bukan budak kecik lagi,Stella dah besar.".kataku panjang lebar.
'Hishh mama ni..ingat aku budak 7 tahun ka apa...aku dah 17 tahun kowt ... dah boleh jaga diri sendiri'
"Okey la ma,pa,along,angah dan achik...Stella pergi sekolah dulu".kataku kepada mereka.
"Ingat Stella jaga tingkah laku kamu".kata mama.
"Okey ma".kataku sambil menyalami tangan mama dan papa.
"Bye Assalamualaikum".kataku lagi.
"W'salam"jawab mereka.
Aku terus mencapai kunci kereta Audi kesayanganku dan terus masuk ke dalam kereta.Destinasi pertama'Sekolahku Syurgaku'.
Masa perjalanan ke sekolah mengambil 20 minit dari rumahku.Sambil memandu,aku menyanyi mengikut rentak lagu melalui radio.Sekejap angguk sekejap geleng.Pening kepalaku.
Lampu isyarat bertukar warna merah aku pown berhenti di tepi kereta Mercedes warna merah terang.Pergghh terang gila warna kereta dia macam nak menyakitkan mata masyarakat yang lalu lalang untuk melintas.
Aku menoleh dan melihat seorang lelaki berpakaian kemas
'huishh handsome jugak lelaki ni.macam budak sekolah'kataku dalam hati.
"Stella kau kena ingat,dalam hidup jangan terjebak dalam percintaan"kataku sambil mengganguk.Aku melihat depan semula dan meneruskan perjalananku.
"Cantik jugak kereta Audi hitam sebelah ni"kataku.Aku melihat seorang perempuan yang berpakaian sekolah.
'Hmm budak sekolah,macam aku jugak tapi cantik juga minah ni'kataku dalam hati dan aku menoleh ke hadapan dan meneruskan perjalananku.
Sampai sahaja di Sekolah Menengah Tun Raid Kyle,aku terus parking keretaku.Aku keluar dari kereta dan terus ke kafe.
"Assalamualaikum bro"kataku kepada kawan-kawan baikku iaitu Rish,Rul,Edy dan Danny.
"W'salam"kata mereka serentak.
"Wey Dian,asal lambat datang"kata Rish.
"Tadi traffic jam"kataku selamba.Mereka berempat mengganguk.
Kring!!!
"Jom wey pergi perhimpunan "kataku.
"Haah.Jom"kata mereka berempat serentak dan
terus pergi.•THECRAZYUNICORNRY_•

ANDA SEDANG MEMBACA
Girls Of Gangster Leader(SU)
Novela Juvenil5 orang perempuan yang berumur 17 tahun dikenali sebagai '5 Hottest Stranger' di sekolah. Tiada siapa yang tahu mereka adalah KETUA GANGSTER. Identiti 'E' mereka dirahsiakan dari keluarga dan di sekolah. 5S siapa tak kenal instafamous. Kebanyakan g...