Bab 18

11K 339 4
                                    

" sebab.. operation Ilham ada masalah. Dia tengah koma sekarang. "

Dhia Aryana terlopong. Koma? Yang tidak pasti mengambil masa berapa lama. Mungkin berjam. Berhari. Berminggu. Berbulan atau mungkin bisa terjadi bertahun.

" ya allah.. " rintih Dhia Aryana sambil meraup mukanya. Badannya terasa lemah.

***

Mahu tidak mahu , Dhia Aryana harus menerima hakikat. Ini ketentuan Allah untuknya. Dia harus terima. Dia harus redha. Allah sudah aturkan yang terbaik untuknya.

Menjalani kehidupan tanpa suaminya dengan perutnya yang semakin membuyung.

Dhia Aryana duduk dihadapan cermin biliknya. Selendang hijau yang berada dikepalanya diperbetulkan. Sebelah bahagian yang panjang dibawa dan dililitkan di kepala sehingga kembali ke tempat asalnya. Tudungnya diperkemaskan buat kali terakhir.

Dhia Aryana berdiri dihadapan cermin bagi memperlihatkan cara berpakaiannya buat kali terkahir. Dia lengkap dengan blouse dan palazo hitam dan selendang hijau.

Dhia Aryana mencapai frame gambar yang berada disebelahnya. Gambar dirinya dengan suaminya. Gambar Izz Ilham diusap lembut. Setitis airmatanya yang jatuh dilap lembut.

Tangannya jatuh pula pada perutnya yang sudah enam bulan. Perut yang semakin membesar tanpa kehadiran ayahnya.

" sayang.. hari ni kita pergi jumpa daddy ae. " ucapnya lembut sambil mengusap perut itu. Bayi yang berada didalam kandungan itu menendang seperti mengerti. Dhia Aryana tersenyum. Dia mencapai kunci kereta Alzanya dan beg tangannya.

***

Dhia Aryana menarik brek tangannya setelah berada diperkarangan kubur. Dia mengambil yasin yang berada di box keretanya. Dhia Aryana memberi salam sebelum masuk ke dalam kawasan kubur itu. Langkahnya diatur perlahan ke arah kubur itu. Tiba di suatu kubur , dia memberhentikan langkahnya.

" assalammualaikum.. " ucapnya.

Dhia Aryana membentangkan tikar kecil yang dibawanya lalu duduk diatasnya.

Dia memegang batu nisan itu kemudian menyedekahkan al-fatihah.

Yasin itu dibuka kemudian dibaca perlahan-perlahan. Seraya itu airmata mengalir. Sebelah tangannya lagi menggosok perutnya yang sedari tadi asyik menendang.

Setelah itu , hari semakin panas. Dhia Aryana kembali bangun dan menggulung tikar.

Perutnya dipegang ketika bangun. Penat. Tiada siapa yang membantunya kini sewaktu perutnya menghalang pergerakannya.

***

Dhia Aryana memandu pula ke hospital. Walau apapun , kerjayanya sebagai doktor tidak dapat ditinggalkan.

Sebelum menuju ke ruangannya , Dhia Aryana terlebih dahulu pergi berjumpa dengan Doktor Bella iaitu doktor pakar puan bagi memeriksa kandungannya.

Dhia Aryana dibaringkan di atas sebuah katil. Bajunya diselak hingga ke paras dada. Gel dingin diletakkan di atas perutnya lalu satu penggeleng atau camera bergerak di atas perutnya bersama gel itu.

Sudah beberapa kali kandungannya diperiksa tanpa ditemani suaminya.

" macam mana Bella? "

" alhamdulillah. Kandungan kau okey. Takde masalah. Baby ni pun aktif. " ucapnya.

Dhia Aryana tersenyum.

Setelah itu , dia kembali ke ruangannya. Jubah doktor yang berwarna putih disarungkan di atas tubuhnya.

Dia kembali keluar. Menjalankan tugas hariannya.

Sebuah pintu ward ditolak. Sekujur tubuh yang dirinduinya ditatap penuh kasih. Lelaki yang masih belum sedarkan diri.

" assalammualaikum abang.. "

Promote! 

Encik  Playboy
Enemy Husband
Enemy Husband 2

Dari :

Miss_Army17

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now