Selesai berpantang di rumah ibu mertuanya , Dhia Aryana kembali kerumahnya bersama suami tercinta.
Dhia Aryana mendukung Rayyan Mikail sambil perlahan-lahan mendaki tangga. Izz Ilham turut menjejaki langkah Dhia Aryana yang perlahan.
" sayang.. " panggil Izz Ilham sebaik sahaja punggung mereka mencecah katil empuk dibilik tidur. Anak-anak mereka yang sudah tertidur diletakkan di atas katil.
" ye.. "
" apa katakan.. Kalau sayang cuti lagi 2 atau 3 bulan. Or.. Sayang berhenti terus. " ucap Izz Ilham membuatkan Dhia Aryana melopong.
" apa abang ni. Nanti apa pulak orang cakap. "
" sayang janganlah fikir apa orang cakap. Sayang tak kesian ke dekat anak-anak kita ni. Kecil lagi. Abang tak sampai hatilah nak hantar pergi taska. Ramai kes dera sekarangkan? " ucapnya sambil menatap mata isterinya penuh berharap.
" pasal cuti 2 , 3 bulan tu sayang fikirkan. Tapi.. Macam mana kalau sayang kena buang kerja? " soal Dhia Aryana pula.
" sayang.. Sayang lupa ke yang hospital tu abang punya. Anytime je sayang boleh masuk kerja. " Izz Ilham mengangkat kening beberapa kali.
Dhia Aryana ketawa kecil.
" haahlah. Sayang lupa sayang kahwin dengan boss. " balasnya.
" tapi.. Kalau berhenti tu sayang tak pasti ae. Sayang nak duit untuk bagi dekat family sayang. " sambung Dhia Aryana.
" sayang.. Duit abang cukup untuk kita sekeluarga. Untuk keluarga sayang. "
" takpelah. Abang , abang. Sayang , sayang. Kalau abang bagi itu hak abang. Sayang bagi sebab tanggungjawab sayang sebagai seorang anak. "
" bertuah abang dapat isteri macam sayang. " balas Izz Ilham sambil mengusap kepala isterinya yang masih dilitupi tudung merah itu.
Dhia Aryana tersenyum manis.
***
Setelah puas berfikir , Dhia Aryana akhirnya membuat keputusan. Keputusan untuk mengambil cuti selama setahun tanpa sebarang gaji.
Dhia Aryana meletakkan ayam masak merah serta acar buah yang disediakan diatas meja.
Setelah lengkap dia meletakkan tudung salji untuk menutupnya.
Dia pergi ke ruang tamu untuk melihat anak-anaknya. Kelihatan Kayla sudah meniarap sebaik sahaja dia tersedar. Mika pula masih enak dibuai mimpi.
" assalammualaikum sayang.. " ucap Dhia Aryana sebaik sahaja duduk berhadapan anaknya. Dia terus mendukung dan meriba anaknya.
Kayla senyum dan tertawa apabila bibir ibunya asyik mendarat di seluruh genap wajahnya.
Dhia Aryana menyelak bajunya lalu menyusukan anak kecilnya itu.
***
Dhia Aryana berjalan ke arah pintu sebaik sahaja terdengar deruman kereta suaminya yang sudah tiba dihadapan rumah.
Izz Ilham memberi salam sebaik sahaja pintu dibuka. Dan salam itu dijawab manis oleh Dhia Aryana. Tangan suaminya dikucup lembut.
" anak-anak mana? " soal Izz Ilham sebaik sahaja mencium dahi isterinya sebagai balasan.
" ada , dekat ruang tamu. Baru je habis menyusu. " balasnya sambil mengambil beg yang kerja yang dipegang suaminya.
" abang naik mandi and solat. Lepastu kita makan sama-sama ae. Dhia dah masak. " sambung Dhia Aryana.
Izz Ilham mengangguk lalu tersenyum. Kakinya diatur menuju ke tingkat atas.
Memang tak dinafikan Dhia Aryana , suaminya memang seorang yang penyabar dan penyayang. Sifat itu terlihat saat dia melayani karenah Si Kayla dan Si Mika yang bermacam-macam ragam. Pernah sekali Si Kayla terkencing diatas peha Izz Ilham saat dia sedang memandikannya. Izz Ilham sedikit pun tidak merungut malah ketawa.
Tugasnya sebagai bapa digalas sepenuhnya. Izz Ilham tidak melepaskan semua tanggungjawab kepada isterinya ataupun pembantu rumah mereka. Malah kalau ada masa lapang , Izz Ilham sendiri akan membawa anak-anak serta isterinya bercuti.
________________________
Gosh! Sape cair dekat Izz Ilham? Susahkan nak dapat suami camni? Erm.. Ada lagi ke? Hehe..
Kalau nak suami camni , kita perempuan pun perlu berubah right?
Barulah sepadan!
Okey , jangan kecam saya!
Sorry.. Lambat update and agak boring sikit an? Takpe2.. In shaa allah depan okey.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Yang Sempurna
RomansaDhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar namun hatinya tetap seorang wanita. Yang mampu menangis dan kecewa. Izz Ilham pula lelaki yang suka...
