Dhia Aryana mengebil-ngebilkan matanya perlahan-lahan. Terasa tangannya digenggam erat. Dia memandang ke sebelah. Dari warna rambut yang perang pekat itu , dia sudah tahu bahawa gerangan itu adalah suaminya.
Saat dirinya ingin bergerak , terasa bahagian pinggang dan perutnya yang masih sengal.
" aush.. " dia mengadu dalam nada yang sakit.
Tiba-tiba ada pergerakkan kecil dari suaminya.
" sayang? " panggil Izz Ilham lembut. Matanya digosok dengan belakang tangan.
" eh! Abang.. Dhia terkejutkan abang ke? " soal Dhia Aryana lembut.
" eh! Taklah. Abang tertidur. Dari malam semalam abang tunggu sayang. "
Dhia Aryana menjadi pelik.
" berapa lama sayang dekat sini? Sekarang dah pukul berapa? "
" sekarang dah pukul 9.30 yang. Sayang masuk sini pukul 7.30 , 8 semalam. " terang Izz Ilham sambil bermain dengan rambut isterinya.
" kenapa sayang tak sedar abang bawak sayang datang sini? "
Izz Ilham senyum nipis. Mata birunya menatap tepat ke dalam anak mata isterinya. Tangannya pula menggenggam erat tangan lembut Dhia Aryana.
" sayang tahu yang sayang pregnant? " soal Izz Ilham lembut.
Mata Dhia Aryana membulat.
" sayang pregnant? " soal Dhia Aryana terkejut.
Izz Ilham angguk kecil.
" habistu macam mana dengan baby ni? " sambungnya sambil mengusap perutnya yang masih kempis.
" alhamdulillah sayang. Anak kita selamat. " balas Izz Ilham lalu meletakkan tangannya diatas tangan isterinya. Perut itu sama-sama diusap.
" nasib baik abang cepat tau. Qazif cakap kalau abang lambat sikit je lagi. Maybe anak kita tak selamat. " bicara lembut Izz.
Dhia Aryana senyum.
" thank you. " ucapnya.
Izz Ilham bangun lalu mencium dahi isterinya penuh kasih.
" abang.. Sayang tanya macam mana abang boleh bawa sayang datang sini. Kenapa sayang tak sedar. "
" masa abang ambil panadol bawak naik atas , abang kejut sayang. Sayang dah tak sedar time tu. Muka sayang pucat sangat-sangat. Abang selak selimut nak bawak sayang pergi hospital. Time tu lah abang nampak sayang dah berdarah-darah. " cerita Izz Ilham.
" abang minta maaf sayang. Kalau abang bawak sayang terus pergi hospital mesti sayang takyah sakit macam ni. " sambung Izz Ilham. Airmatanya menakung cecair jernih.
" sayang okeylah. Baby pun sihatkan? Abang tak perlulah salahkan diri abang. Kita sama-sama tak tahu sayang pregnant kan? " pujuk Dhia Aryana sambil mengusap airmata Izz Ilham yang menitis.
" senyap-senyap je anak mummy dalam ni ae. " sambung Dhia sambil mengusap perutnya.
" tulah. Anak daddy tak bagi hints pun dekat mommy dengan daddy pun. Baik dia dalam ni. " sambung Izz sambil membuat perkara yang sama dilakukan isterinya.
" berapa bulan dah anak mommy ni? "
" anak mummy ni dah 2 bulan lebih dah. " balas Izz.
" yeke? Maksudnya nanti sayang start kerja , sayang dah enam bulan? " soal Dhia Aryana.
Izz Ilham mencebik.
" sayang sambunglah cuti yang.. " pujuk Izz Ilham.
" ish! Abang ni. Baik sayang berhenti je. " marah Dhia.
" ha! Okey jugak! " balas Izz Ilham.
" abang! "
____________________________________
Okey! Saya tahu mesti ramai tertanya-tanyakan apa motif cerita ni? Takdek orang jahat? Takdek watak antagonis. Takdek orang ketiga.
Sebenarnya.. Saya buat betdasarkan imaginasi semata-mata. Tak semestinya sesebuah masjid itu akan goyah apabila ada orang ketiga je kan?
Rumah tangga perlu suami isterinya yang saling melengkapi barulah kukuhkan?
So.. Cerita ni mengisahkan mereka berdua ( Izz + Dhia) yang menjalani kehidupan dengan pelbagai masalah dan dengan tenang menyelesaikan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Yang Sempurna
RomanceDhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar namun hatinya tetap seorang wanita. Yang mampu menangis dan kecewa. Izz Ilham pula lelaki yang suka...
