Bab 11

12.2K 385 2
                                    

Dhia Aryana memandang ke dalam kolam. Angin pagi meniup rambutnya. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang.

" sayang.. " panggil Izz Ilham lalu mencium rambut Dhia Aryana dari belakang.

Dhia Aryana tersenyum. Kini mereka tinggal di rumah Izz Ilham.

" macam tak percayakan. Dah hampir tiga bulan kita nikah. " sambung Izz Ilham.

" sayang pun macam tak percaya. Sayang rasa baru semalam gaduh-gaduh dengan abang. " balas Dhia Aryana.

" abang pun tak sangka yang... " kata-kata Izz Ilham sahaja dipanjangkan.

Tubuh Dhia Aryana dipalingkan menghadapnya.

" yang.. wanita yang ada depan mata abang ni. Yang mula-mula abang ingat garang dan berlagak. Rupanya teramat-amat manja. " sambung Izz Ilham.

Dhia Aryana ketawa kecil.

" sayang nak tahu something tak? " soalnya lagi.

Dhia Aryana menatap mata biru Izz Ilham sedalam-dalamnya. Begitu juga dengan Izz Ilham yang menunduk sedikit memandang Dhia Aryana.

" apa dia? " soal Dhia Aryana sambil mengangkat kening.

" sayang ingat tak kita kena bertugas masuk pedalaman dulu? "

Dhia Aryana mengangguk.

" sebenarnya abang yang plan supaya kita satu group.  "

Mata Dhia Aryana membulat.

" ei.. jahatnya. " Dhia Aryana mencubit lengan Izz Ilham.

Izz Ilham mengadu kesakitan. Fia ketawa melihat wajah Dhia Aryana yang menahan geram.

Dhia Aryana melepaskan cubitannya.

" lagi satu..yang sayang tak tahu. "

" apa dia?! " marah Dhia Aryana.

" kereta sayang rosak waktu kita nak pergi tu.. pun abang yang buat jugak. "

Dhia Aryana terlopong.

" what?! " jeritnya.

Izz Ilham hanya senyum manis.

" jahatlah! Patutlah pagi tu okey je. Tiba-tiba nak start tak boleh! " sambungnya lagi.

Kali ni pinggang Izz Ilham pula menjadi mangsa.

" aduh! Aduh! Sayang! Sakit! Sakit! Sorry-sorry. Abang minta maaf. " ucap Izz Ilham sambil memegang pergelangan tangan Dhia Aryana.

Dhia Aryana melepaskan cubitannya.

Izz Ilham pula menggosok pinggangnya.

" hati tengah panas ke sayang? " Izz Ilham bersuara lembut.

" taklah. Sejuk. Macam telan ais. " jawab Dhia Aryana dalam nada sinis.

" meh.. abang tolong sejukkan lagi ae. "

Pinggang Dhia Aryana dipaut. Izz Ilham melagakan dahinya dengan dahi Dhia Aryana.

Pandangannya tepat ke dalam anak mata isterinya. Tiba-tiba , dunia mereka berubah.

Dhia Aryana teriak kerana terkejut. Tiba-tiba sahaja seluruh badannya basah. Mereka sama-sama berada di dalam kolam.

Dhia Aryana menepuk air kolam itu.

" abang!! " jeritnya.

Izz Ilham ketawa melihat telatah isterinya.

" kan abang nak sejukkan hati sayang. Sejukkan? " Izz Ilham mengangkat kening.

" jahatlah! "

" kalau abang jahat , abang tolak sayang je tau. Ni.. abang pun sama-sama terjun. Kiranya abang ni sweetlah kan? " rambut Dhia Aryana diselitkan di belakang telinga oleh jarinya.

Dhia Aryana mendengus kasar. Izz Ilham dijelingnya.

***

Malam itu , mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.

Seteleh selesai , Dhia Aryana mengucup tangan Izz Ilham. Begitu juga Izz Ilham yang membalas ciuman Dhia Aryana di umbun-umbunnya.

Mereka sama-sama melipat sejadah dan menyangkutnya. Sewaktu itu , tiba-tiba kepala Dhia Aryana terasa pusing. Dia memegang kepalanya yang terasa pening.

" sayang.. sayang okey tak ni? " soal Izz Ilham risau. Bahu Dhia Aryana dipegang.

Dhia Aryana hanya senyap.

" sayang.. dengar tak suara abang ni? " soalnya lagi.

" sayang... " belum sempat Dhia Aryana menjawab tiba-tiba tubuhnya terasa ringan.

Izz Ilham merasakan tangannya berat menampung tubuh Dhia Aryana. Rupa-rupanya Dhia Aryana pengsan.

Pipi isterinya ditepuk lembut. Tiada tindak balas dari Dhia Aryana.

Tubuhnya dicempung dan diletakkan di atas katil.

_______________________________________

Nah! Before PT3.

Ni maybe last update dari saya sebelum bermulanya PT3.

Okey.

Saya nak ambil kesempatan ni untuk meminta maaf kepada awak semua yang mungkin ada terasa hati dengan saya ke or whatever.

Maaf sebab lama tumggu and jalan cerita yang mungkin menghampakan awak semua.

In shaa allah , tamat PT3 nanti. Notification smartphone awak akan berbunyi menandakan update dari saya. Hehe..

Maaf ye kepada semua yang saya tak sempat balas comment.

Doakan kejayaan saya semua.

Saya pun harap sesiapa yang turut mengambil ujian ini lulus dengan cemerlang.

Amin.

Bukan Yang SempurnaWhere stories live. Discover now