Aku telah ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat mewakili syarikat aku di salah sebuah negeri di utara, segala urusan penginapan di uruskan oleh syarikat. Aku sampai ke hotel hampir jam 8 malam sebab aku sesat mencari lokasi hotel hampir dua jam.
Dari jauh tersergam bangunan british yang di jadikan hotel agak menarik dari seni bina tapi lokasi agak menyeramkan kerana kiri kanan jalan ada hutan . Setelah sampai aku segera daftar masuk dan terus masuk ke bilik. Aku rasa ada penghuni lain dalam bilik aku, mungkin perasaan aku sahaja kerana aku letih.
Aku terus pergi mandi sebelum aku mandi aku buka televisyen biar tak rasa sunyi, tiba2 aku dengar siaran televisyen seperti di tukar berulang kali, aku abaikan dan terus mandi selesai mandi aku keluar televisyen aku tertutup aku mula rasa cuak. Aku bersiap aku terus turun ke restoran hotel untuk makan malam. Masa aku nak masuk bilik lepas makan aku bertembung dengan sepasang suami isteri dan anak mereka masuk ke bilik sebelah, aku senyum pada mereka.
Bila aku melangkah masuk televisyen aku terbuka dengan suara yang kuat padahal aku tutup televisyen sebelum turun untuk makan, aku mula rasa pelik aku segera semak dokumen yang perlu aku bawak. Aku segera naik atas katil dan tidur namun mata aku masih segar, tiba-tiba televisyen aku terbuka dengan suara yang kuat sekali lagi. Aku bangun dan mencabut plug.
Mata aku hampir terlelap aku di kejutkan dengan bunyi orang mandi, rasa kering darah aku, aku mula baca ayat al quran dan bunyi tadi senyap. hu...hu...hu suara perempuan menangis menerjah telinga aku dan kedengaran suara budak menangis dan diikuti suara azan yang nyaring dari bilik sebelah bilik aku. Adakah bilik keluarga tadi yang aku jumpa turut alami gangguan ?
Mata aku tiba2 tertumpu pada tingkap kelihatan kain putih terbang melintasi tingkap bilik aku, kemudian suasana kembali tenang dan aku sambung tidur sebelum aku sambung tidur aku buka mp3 bacaan ayat al quran. Aku tidur hingga pagi tanpa gangguan, Aku segera berkemas dan aku membuat keputusan untuk bermalam di hotel lain. Sebenarnya ketika mula2 aku masuk bilik aku nampak lembaga berambut panjang di penjuru bilik.
Aku dengar cerita hotel tu dah tutup sebab kurang orang pergi untuk menginap di hotel tu habs tu aku malam tu tidur dekat mana kalau hotel tu dah tutup ...
sampai sekarang aku terfikir apa sebenarnya berlaku ...dekat akuu ..
YOU ARE READING
kisah seram
Horrorcerita ini ............... 60% pengalaman sendiri .. 20% pengalaman orang lain.. 20% rekaan..