Misteri rumah di Puncak Alam..

1.1K 33 3
                                    

Ini pengalaman pertama aku join aktiviti wpt jadi volunteer . Jadi perasaan aku bercampur baur masa tu , rasa teruja , rasa berdebar dan macam-macam. Aku bertolak dari rumah pukul 5.30 petang dan sampai ke lokasi kajian pada pukul 11.30 malam tak silap aku.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kereta , terus aku berdiri kaku sejenak tengok keadaan rumah dari luar pagar . Orang sekeliling aku pun berdiri kaku sejenak seperti melihat keputusan spm yang terpampang di depan rumah tu. Selepas itu, kami pergi ke salah satu rumah jiran yang terdekat untuk mendapatkan sedikit info tentang rumah tersebut.

Hasil info dari sembang pagar tu (sebab sembang kat pagar ) , didapati konon nya rumah itu berpenghuni dan ade la sedikit penampakan yang dilihat oleh jiran2 sekitar. Kemudian kami semua masuk ke rumah tersebut , apa yang aku lihat rumah tu tidak la besar mana tapi kalau duk sorang sorang boleh jadi seram jugak hehe. Perasaan aku melangkah masuk ke rumah tersebut xde la yang pelik sangat cuma semasa di tingkat atas aku rasa seram sejuk skit kerana merasai kehadirannya di tingkat atas ...

Pukul 2.30 pagi ( tak silap aku )
Tiba masanya aku ditinggalkan sorang2 didalam rumah itu . Kali nie aku dibekalkan bola dan kerusi , tujuannya untuk mengarah hantu di rumah tu untuk mengerakkan barang tersebut kerana dipercayai banyak aktiviti barang dialih atau digerakkan . Selepas livestreaming bermula , lampu ditutup dan semua orang keluar dari rumah tersebut maka bermula la kajian . Pada sepuluh minit awal kajian  , aku dengar seperti orang mengibas langsir di bilik belakang tingkat atas . Bunyi nya memang kuat , ianya seakan akan bunyi mak sidai kain baju kat luar rumah pagi2 hehe...kemudian , kajian tentang kerusi dan bola tu seperti tiada reaksi dari penghuni ghaib di rumah tersebut malah aku juga ada mengarahkan penghuni dirumah itu untuk mengerakkan langsir di bilik utama tetapi hambar jua kerana tiada respon darinya..

Selepas setengah jam menjalani sesi uji nyali , aq telah di call oleh admin wpt supaya duduk diam2 selama 10 minit dan mencabar penghuni di rumah tersebut . Arahan itu telah ku sambut dengan kemas dan terus melakukannya seperti yang diarahkan . Selama 10 minit aku mengkaku kan diri , aq terdengar bunyi seperti orang berjalan di atas bumbung . Bunyi nye amat kerap dan bunyi nya akan kuat setelah aku mencabar penghuni ghaib dirumah tersebut.

tamat sesi uji nyali untuk aku selepas sejam berada di rumah tersebut . Kemudian kaedah kajian ditukar dengan meletakkan 4 orang di bawah dan 3 orang di atas . Dan setiap orang perlu duduk setempat dan dengan ilmu yang ada didada ini , kita cuba untuk beriteraksi dengan jin di rumah tersebut dengan cara masing masing .

Aku salah satu orang yang duduk di tingkat atas , dan aku duduk di sebuah bilik kecil di tingkat atas tersebut. Ketika kajian bermula , aq rasa sejuk disebelah kiri tempat aku duduk tetapi malangnya rasa sejuk itu datang tidak terlalu lama dan hanya datang menyinggah saja. Beberapa minit kemudian , aku terdengar bunyi seakan akan batu lesung bergolek beberapa kali . Beberapa minit kemudian kajian tersebut tamat . Ketika semua orang sedang sibuk mengemas barang untuk balik . Terdengar beberapa bunyi dentuman yang amat kuat jugak la . Bunyi itu disedari oleh semua crew yang berada di situ . Pada pukul 4.50 pagi , semua balik meninggalkan rumah tersebut.

Kesimpulannya , tiada penampakan yang dapat dikesan oleh aku semasa uji nyali , cuma ada gangguan bunyi sahaja dan dapat merasa kehadiran mahkluk tersebut . Walaubagaimanapun , ini pengalaman berharga buat aku dan pengalaman ini x boleh dibeli dimana mana melainkan kita merasainya sendiri .

kisah seramWhere stories live. Discover now