Ain Sakinah tidak pernah bertemu dengan ibu dan bapanya sejak dia kecil lagi.Ain Sakinah hanya mengetahui dirinya mempunyai seorang abang yang juga telah terpisah jauh darinya akibat mereka yang tinggal di rumah anak yatim telah diambil sebagai anak angkat.Abangnya Amir Shah telah dibela oleh dua orang hamba allah yang berada.Namun Ain Sakinah dituntut oleh seorang wanita yang mengaku bahawa Ain Sakinah adalah anak saudaranya yang terpisah akibat ibu bapa Ain Sakinah yang miskin dan tidak mampu menjaga mereka berdua lalu menghantar mereka berdua ke rumah anak yatim ini.Lebih menyedihkan,ketika itu usia Ain Sakinah baru berusia 23 hari.Nasib mereka amat berbeza sekali,hidup abangnya jauh lebih baik darinya.Abangnya dijaga penuh rapi tetapi Ain Sakinah terpaksa berhenti sekolah semata -mata untuk membantu mak ngahnya menjaga kedai makannya.Ain Sakinah amat meyanyagi mak ngahnya walha hidupnya tidak berapa sempurna seperti orang lain tetapi penuh kasih sayang yang sukar diungkapkan.Mak ngahnya menghidap penyakit darah tinggi yang kerap jatuh sakit dan tidak boleh menguruskan kedai makan mereka.Ain Sakinah difahamkan oleh mak ngahnya bahawa ibunya Ayimah bt khuwalid hilang entah kemana manakala ayahnya Syukur bin Amin telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika ingin membeli barang untuk meniaga.Sesakali air mata Ain Sakinah bederai ke pipinya yang mulus.Ain Sakinah amat mengerti pengorbanan ibu bapanya yang inginkan kehidupan anak anak mereka jauh lebih baik oeh sebab itu mereka menghantar Ain Sakinah dan abangnya Amir Shah ke rumah anak yatim itu.
YOU ARE READING
Engkau Yang Sudi Menerimaku..
RomanceAin Sakinah tidak mempunyai harta,tidak juga rupa paras yang menawan,tidak mempunyai pelajaran namun mengapa Adam Rasyid memilihnya sebagai isteri?Apa yang disembunyikan Adam Rasyid apabila Ain Sakinah menyatakan hasrat ingin memilik anak bersamanya...