BAB 1

137 1 0
                                    

Kehidupan Ain Sakinah semakin baik dari hari ke hari apabila kedai makan mak ngahnya mendapat sambutan dari semua pengunjung kedai makan itu.Ini bermakna bertambah sibuklah Ain Sakinah melayan pengunjungnya.Ain Sakinah mempunyai dua orang pembantu iaitu Mak Senah dan Mak yati.Mereka berdua adalah kawan kepada ibunya dan mak ngahnya sejak kecil lagi.

    Petang itu sangat panas ,semakin ramai pengunjung yang singgah untuk menjamu selera.Mak Senah dan Mak Yati semakin sibuk mengambil pesanan manakala dua orang tukang masak sedang menunggu pesanan yang diambil oleh mereka berdua.Ain Sakinah juga sibuk menghantar pesanan air kepada para pengunjung yang memesan air sejuk.Walha Ain Sakinah adalah pengurus kedai makan itu,tetapi dia juga turut padang."Faiz ...air milo ais dua minum,teh ais bungkus tiga ikat tepi...cepat sikit ya..'jerit Ain Sakinah dari jauh.Faiz adalah tukang pembancuh air.Ain Sakinah sibuk mengangkat dulang yang berisi empat cawan sirap bandung dan dua cawan teh 'o' ais."maaf..tumpang lalu..."kata Ain Sakinah.Tiba- tiba.."ouch..ya allah..maaf encik..saya tidak sengaja ..biar saya ambil kain lap..maaf ...maaf ..maaf.."kata Ain Sakinah sambil menunduk menunduk pinggangnya .Lelaki yang tidak kurang tampanya hanya diam seribu batu.Tidak faham apa yang belaku.Air yang tumpah itu segera Ain Sakinah mengesatnya dengan kain lap."aduh..tak hilang pulak kesanya nih..mati aku"omel hati kecil Ain Sakinah.Kemeja yang brwarna merah muda itu tetap berwarna coklat akibat terkena tumpahan air tah 'o' ais.Ain Sakinah seperti ingin menangis."ini kali pertama saya tertumpahkan air kebaju orang ..encik..selama ini..saya buat kerja baik baik tetapi kali ini kenapa..maafkan saya encik..saya tak sengaja..encik kesan tumpahan ni tak hilang encik..sob..sob.."sedu sedan Ain Sakinah menyatakan hal yang sebenar sambil menangis.Para pengunjung hanya memerhati.Ain Sakinah masih mengelap kesan tumpahan itu agar hilang."err..tak apa kot..saya boleh beli lain.."kata lelaki itu sambil menarik tangan Ain Sakinah yang masih mengelap baju nya yang kotor di lengannya.Ain Sakinah hanya mendiamkan diri.Walaupun dia tahu apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersentuhan akan belakunya dosa.Namun entah mengapa dibiarkan tanganya ditarik lelaki itu agar tidak perlu mengelap baju nya itu.Ain Sakinah hanya menunduk.Mak Senah cepat memangku Ain Sakinah yang asyik menunduk tidak mampu memandang wajah lelaki kacak itu."maafkan..anak saya ya encik.."kata Mak Senah yang sengaja tidak memberitahu indentiti Ain Sakinah.Mungkin kerana kejadian sebentar tadi membuatkan Ain Sakinah tidak ada 'mood'.Malu dan malulah..Selang beberapa minit leaki kacak itu berdiri dan manuju ke kaunter pembayaran."saya nak bayar cik?"kata lelaki itu penuh mesra.Ain Sakinah hanya menunduk "makan dan minum encik saya bayar kan dan encik tidak perlu bayar..apa apa ..tanda maaf dari saya.."kata Ain Sakinah yang masih kesal dengan tindakan nya sebentar tadi."ouh..apa nama cik?"sapa lelaki kacak itu.Ain Sakinah mula mengankat mukanya."ermmm..Ain Sakinah binti syukur..panggil Ain je.."mula reda.Lelaki kacak itu menganguk."saya Adam Rasyid bin Marzuki..panggil je Rasyid..."senyuman terukir di bibir.Ain Sakinah hanya menganguk.Ain Sakinah mula malu.Lelaki yang sekacak dia ni mesti ada ramai 'girfriend'.Ain Sakinah hanya mampu melihat wajah kacak itu sahaja."ermm..encik Rasyid kerja dekat sini aja ke?"sengaja mereka perbualan.Adam Rasyid tersenyum mula selesa dengan gadis yang sopan santun manis bertudung ini."tidak..saya bekerja di dua blok di seberang jalan sana itu.."kata Adam Rasyid."ohh..sana syarikat besar besar..untungnya encik Rasyid ni ya..tak macam saya tidak ada pelajaran...takat tingkatan empat je.."Ain Sakinah mula tersedar dia terlepas cakap.Adam Rasyid mula 'curious'apabila mendengar kata kata yang teruncur dari mulut gadis yang pemalu itu."erm..ke.."belum habis berkata telefon bimbitnya sudah menjerit agar diangkat.Adam Rasyid terus mengankat dan beralih pandangan dari terus dipandang Ain Sakinah."hello pa..yang fail tu atas meja Katrina..ya..Angah ada kat luar ni pa..nak ambil 'lunch' tak sempat tadi..erm.baiklah"butang merah ditekanya.Adam Rasyid tersenyum pada Ain Sakinah yang khusyuk membelek kalkulatornya."saya minta diri dulu ya..ini kad nama saya ..nanti boleh lah 'call' saya ..sebab saya masih belum selesai berbincang dengan awak ya.."sambil menyerah kad nama lalu terus beredar.Ain Sakinah menjadi runsing.Apa yang dibincangnya mereka tadi..Apa yang belum selesai nih????

Engkau Yang Sudi Menerimaku..Where stories live. Discover now