BAB 4

76 0 0
                                    

           Hubungan persahabatan antara Adam Rasyid dan Ain Sakinah semakin baik.Dua jasad ini tidak malu lagi untuk bersua muka.Hampir setiap hari bekerja Adam Rasyid datang bersarapan dan makan tengah harinya di kedai makan Khuwalid's Family.Ain Sakinah juga senang melayan kerenah Adam Rasyid yang suka buat lawak hambar.Lawaklah jugak!!Namun Adam Rasyid tidak pernah menyebut lagi mengenai Syabella.Mak senah senang melihat Ain Sakinah yang semakin mesra dengan lelaki kacak itu."ehh Senah..untunglah si Ain tu dapat lelaki kaya kan dah lah handsome ,bergaya....kalaulah aku kahwin dengan lelaki yang macam itu kan best aku.."mak Yati mula berangan.Mak Senah ketawa"dah sudah..habistu kau nak letak mana abang Man kau tu..anak dah berderet pun kau nak kahwin lagi ke?"sengaja menyakat mak Yati.Mak Yati mencerbik."saja je lah..engkau nih"sengaja menghabiskan ayatnya.

        "hai..Ain..awak free tak hari ni?kan hujung minggu tidak akan awak nak jaga kedai jugak kot?"kedengaran suara lelaki kacak berkumandang di corong telefon nokia Ain Sakinah.Ain Sakinah tersenyum."maaflah ..encik Rasyid..saya hari ini ada hal ..rutin harian saya pada setiap sabtu dan ahad..kenapa encik Rasyid???"Ain Sakinah sengaja menyakat walha dia tahu Adam Rasyid ingin mengajak menonton wayang seperti yang diranacang khamis lalu."the conjuring 2"suaranya seperti merajuk.Ain Sakinah agak kaget."kenapa suara encik Rasyid seperti merajuk je ni..maaflah saya nak kena jaga mak ngah saya..dia kan tak sihat.?lagipun hari ini saya nak cari ibu sa.."terlepas cakap lagi sekali daaa.Ain ..Ain..

        " ibu awak??Ain awak okay tak ni..why don't you tell me the truth, i will help you?"Adam sengaja berkata 'omputih'.Ain Sakinah hanya terdiam.Adam Rasyid juga terdiam."ermmm...encik Rasyid boleh tolong ke?"sengaja mengulang ayat Adam Rasyid."ya ..awak bersiap saya ambil awak..awak send location nanti saya datang."Adam Rasyid amat gembira kerana dia berjaya juga mengajak Ain Sakinah keluar.

            Pon..pon..bunyi kereta Adam Rasyid ,
"Sekejap encik Rasyid.."katanya sambil melambai.Adam Rasyid melihat Ain Sakinah yang comel lalu hatinya berdesis "engkau tidak secantik Syabella,engkau juga tidak sebijak Syabella tapi kau tidak juga sekejam Syabella yang sanggup mengkhianati cinta seorang lelaki yng tulus..".Adam Rasyid tersedar dari lamunan sebentar tadi apabila terdengar bunyi ketukan cer!in tingkap keretanya."encik Rasyid okay ke?"soal Ain Sakinah apabila melihat lelaki kacak itu diam membisu.Adam Rasyid menganguk.."ya okay"balasnya dengan senyuman mawar.Ain Sakinah mengaguk "okay".

Engkau Yang Sudi Menerimaku..Where stories live. Discover now