Angin sempoi sempoi bahasa menampar tubuh Ain Sakinah yang kurus.Ain Sakinah masih membelek belek kad nama Adam Rasyid yang tersergam indah tertera nama Adam Rasyid bin Marzuki."dia suruh aq call dia kan?tapi apa pula dia kata bile dia nampak nombor aq yang call nak angkat ke?"omel Ain Sakinah sendirian."Ain..sini sekejap.."panggil mak ngahnya.Mak ngah nya tidak berapa sihat."ya ..mak ngah"jawab Ain Sakinah sambil menyimpan kad nama Adam Rasyid ke dalam beg galas tepinya itu.Ain Sakinah melabuhkan punggungya di sebelah mak ngahnya.Mak nganhnya merangkul pinggang Ain Sakinah dengan penuh erat."Ain..Ain lah satunya satunya pewaris kedai makan Khuwalid 's family..mak ngah nak sangat tengok Ain jaga kedai itu baik baik..ya?mak ngah nak Ain cari ibu Ain ..kakak mak ngah..Ain mak ngah dah tak lama dah..mak ngah nak sangat cium, minta ampun pada kak long mak ngah yang satu satunya..tolong mak ngah ya?..sebelum mak ngah menutup ma..."belm sempat mak ngah Ain habis berkata,Ain pantas menutup mulut mak ngahnya agar tidak bersuara lagi."mak ngah..Ain tak nak dengar semua ni lagi..sekarang mak ngah makan ubat jaga diri..Ain akan cari kat mana ibu Ain..okay?"Ain berkata sambil memeluk tubuh layu mak ngahnya itu,sesekali menyeka air matanya yang mengalir setiap kali mendengar keluhan akan kerinduan mak ngahnya terhadap ibunya yang entah ke mana.Ain Sakinah tertidur di dalam pelukan mak ngahnya.Ain Sakinah terus bangun apabila melirik jam di dinding sudah mahu masuk azan asar.Ini bermakna lagi sepuluh minit akan berlabuhnya tirai zohor .
Usai Ain Sakinah menunaikan solat fardu zohor,Ain Sakinah ingin bersiap siap untuk keluar mencari ibunya.Inilah rutin harian Ain Sakinah pada setiap hari sabtu.Ain Sakinah sempat melihat mak ngahnya yang tertidur lena sambil memeluk gambar Amir Shah semasa kecil.Ain Sakinah tahu bahawa wajah Amir shah ,abangnya sendiri itu mirip mirip anak tunggal mak ngahnya arwah Othman .Othman seorang anak kecil yang periang juga comel pada suatu masa lalu.Namun kecuaian menyembabkan anak tunggal mak ngahnya meninggal dunia.Mak ngahnya tidak pernah memberitahu siapa yang cuai itu?Ain Sakinah faham akan situasi mak ngahnya sekarang.
Ain Sakinah menunggang motorsikalnya yang baru dibelinya dua bulan lalu.Bandar raya kuala lumpur tidak pernah tidak sibuk walha hari ini hari sabtu.Ain Sakinah amat faham keadaan bandaraya ini yang menjadi bandar utama di malaysia.Mak ngahnya pernah berkata "ibu Ain cantik orangnya tinggi rampai berambut lurus hitam bermata coklat..persis adik makngah yang perempuan mak cik kamu ,mak ngah dan ibu Ain sangat rapat..tapi.."mak ngah Ain Sakinah tidak dapat menahan sayu yang terkurung di dadanya.Ain Sakinah masih bingun apa punca yang terjadi antara mak ngahnya dan ibunya sehinggakan rasa bersalah tidak pernah berkurang dari dipikul mak ngahnya saban hari.Ain Sakinah teah menjumpai gambar ibunya namun gambar ibunya agak kabur kerana terkena api.Ain Sakinah memarkir motorsikalnya yang berwarna merah jambu itu di tepi sebuah kedai pakaian.Mak ngahnya pernah berkata padanya seminggu lalu"ibu Ain kali terakhir mak ngah mendengar khabar berita pada tiga tahun lepas..rasanya ibu Ain tinggal di deretan rumah kedai..tapi mak ngah tidak ingat di jalan mana..tapi memang ibu Ain tidak akan meninggalkan bandar kuala lumpur ini.."Ain setiap kai mencari ibunya pastiah setiap lorong di setiap deretan rumah kedai,al maklumlah bandaraya kuala lumpur ini besar berapa banyaknya deretan rumah kedai."aik?"Ain Sakinah terihat Najwa kawanya yang perna tinggal bersamanya di rumah anak yatim satu ketika dulu."Naj..kau ke tu?"sapa Ain Sakinah sambil meraba bahu seorang peremuan berambut perang itu."huh..apa ni?ehhh...Ain..Sa..Sa..Sakinah ya?"tergagap Najwa menyebut nama Ain Sakinah yang sedang berdiri sambil tersenyum riang.Ain Sakianah memeluk Najwa."apa khabar kau sekarang ni?bonda bagaimana keadaannya..dah lama rasanya aku tidak menjenguk bonda..rasanya sudah hampir 13 tahun kan?sejak aku tinggalkan rumah tu kau buat apa?"sapa Ain Sakinah memulakan perbualan setelah mereka berdua diam membisu seribu batu tadi.Najwa hanya menunduk pasrah.Ain Sakinah hairan melihat Najwa yang diam membisu."kenapa ni Naj?"soal Ain Sakinah sambil merangkul dagu Najwa yang mula menunjukkan riak wajah yang muram.Najwa diam membisu.Ain Sakinah mengajak Najwa singgah di sebuah gerai makan tepi jalan."Naj..apa sebenarnya yang belaku ni?kau okay tak selepas aku keluar dari rumah tu dulu?"Ain Sakinah mulai risau.Najwa akhirnya mengankat muka.Ain Sakinah terkejut melihat riak wajah kawannya yang dirinduinya selama ini penuh dengan lelehan air mata."aku a..k..ku..aku..lari dari rumah tu dulu selepas setahun kau tinggalkan rumah tu dulu..a..ku..aku tak sanggup hidup kat situ..aku nak bebas..bebas..."kata Najwa sambil menumbuk numbuk meja plastik.Reaksinya membuatkan tuan empunya gerai kurang senang."ya allah Naj...kenapa kau buat macam itu.."terkejut Ain Sakinah mendengar penjelasan Najwa sebentar tadi.Najwa memalingkan mukanya kearah dua orang wanita yang sedang menikmati cendol."Ain..sebenarnya aku..masa tu aku jatuh cinta pada Farid..Farid berjanji pada aku untuk membawa aku berkahwin pada umur aku 13 tahun..sebab itu aku mengikut Farid lari dari rumah tu.."kata Najwa sambil menguis nguis jari jemarinya yang berwarna merah kilat.Ain Sakinah terkejut lagi.Farid??? setahu Ain Sakinah,Farid salah seorang penghuni rumah itu tapi yang bezakan mereka Farid adalah lebih tua empat tahun dari Najwa yang sama baya dengannya..."macam mana kau bolehn jatuh cinta ngan mamat tu?"geram Ain Sakinah kerana Najwa mudah termakan dengan kata kata buya darat itu.Najwa tersenyum"aktiviti mengemas rumah malang tu lah..sejak itu aku sering berjumpa dengan bapak ayam tu..dia yang ajar aku menipu bonda,mencuri,membelasah orang ..sampailah ke tahap aku terlanjur dengan dia.."Najwa akhirnya melepaskan jua apa yang terbuku di hati.Ai Sakinah tergamam apabila mendengar 'TERLANJUR'."betul ke apa yang kau kata ni Naj?"Ain Sakinah seperti tidak percaya.Najwa ketawa kecil ."ya..tahu tak macam mana kisah malang aku?"kata Najwa dengan bersahaja.
Pada malam itu,Farid mengajak Najwa berjumpa di belakang asrama perempuan.Najwa berasa malas sekali pada malam itu.Surat yang baru diterimanya tadi di campak ke dalam tong sampah.Fatin iaitu adik Farid yang menjadi 'postgirl' pembalahan surat cinta mereka berdua.Namun Najwa akur apabila Najwa teringatkan detik bahagia dia bersama Farid yang terjalin hampir 5 bulan ini."sekejap je lah.."Najwa akur jua.Dia dengan malas menyarungkan tudung berwana kelabu .lambat sahaja langkah kakinya .Malas!!!!!!..."hai..sayang..macam mana malam ni okay tak?"soal Farid bahagia.Mendengar Farid berkata dengan penuh manja Najwa menjadi layu."okay..tapi rasa lenguh badan lah ..sakit kat bahu ni"sambil mengetuk bahunya yang terasa berdenyut.Farid mula memjadi nakal."meh..abang tolong picitkan"sambil meraba bahunya.Najwa terasa selesa dilayan begitu."best tak?"tanya Farid mula meraba pada pinggang Najwa."ermm..best jugak>>>"Najwa mula menjadi nakal.Najwa membiarkan si syaitan bertopeng itu meratah tubunya hingga kering.Jijik!!!!!
Najwa menceritakan detik yang bersejarah buatnya."sekarang..kau.."tidak dapat meneruskan ayatnya.Naj memanadang tepat ke arah Ain Sakinah."ya aku bukan dara lagi..selepas itu..aku berasa seronok sekali..hampir setiap malam aku melakukanya..sampai hamil pun aku tidak sedar.."kata Najwa selambar.Ain Sakinah tergamam."Hamil???"soal Ain Sakinah."ya..tapi budak tu dah mati..Farid yang bunuh..selepas aku beritahu Farid yang aku hamilkan anak dia..Farid sangat gembira lalu mengajak aku kahwin lari kerana ingin bertanggungjawab keatas anak yang bakal lahir..tapi apabila aku ikut rentak dia..dia bunuh anak yang baru berusia satu bulan yang sedang aku kandung dan dijual aku pada geng dadah dia...dia bapak ayam..and now aku seorang pelacur yang hanya ingin mencari sesuap nasi..end.."katanya Najwa tidak mahu menceritakan lebih lanjut.Ain Sakinah akur.Mereka menikmati laksa dan cendol hingga licin.Sesekali Ain Sakinah merenung wajah Najwa yang teraniaya itu.Kasihan!!!!!
YOU ARE READING
Engkau Yang Sudi Menerimaku..
RomanceAin Sakinah tidak mempunyai harta,tidak juga rupa paras yang menawan,tidak mempunyai pelajaran namun mengapa Adam Rasyid memilihnya sebagai isteri?Apa yang disembunyikan Adam Rasyid apabila Ain Sakinah menyatakan hasrat ingin memilik anak bersamanya...