BAB 5

69 0 0
                                    

       
        Adam Rasyid memandu kereta dengan penuh berhati hati.Sesekali matanya gatal memandang wajah hitam manis bertudung biru laut disebelahnya itu.Cantik!"Ain?Ain nak jumpa siapa?"soal Adam Rasyid sambil memandu ke tempat yang dipinta Ain Sakinah."kawan"jawab Ain Sakinah ringkas.Adam Rasyid menganguk.Lama mereka berdua diam membisu .Seorang pandang ke utara, seorang pandang ke barat."Ain ...boleh saya nak minta tolong?"suaranya lembut.Ain Sakinah menganguk " ya ..insya allah kalau saya boleh bantu"balasnya sungguh ayu.Adam Rasyid ketawa kecil."saya nak minta tolong awak jangan panggil saya 'encik' lagi..panggil je abang Rasyid..segan saya apaabila awak panggil saya begitu!"dalam hati sudah berbunga.Ain Sakinah tersipu malu."hai..kalau orang tua tua dulu kata kalau orang perempuan senyap maknanya dia setuju."sengaja menyakat.
  
    "Abang Rasyid berhenti sini!"jerit Ain Sakinah separa kuat.Adam Rasyid mengikut arahan.Adam Rasyid langsung tidak kaget dengan jeritan Ain Sakinah tadi tapi dia lebih kaget mendengar gelarannya tadi.Abang Rasyid!!!"kenapa ni Ain..ada apa apa ke?"sengaja memulakan bicara.Ain Sakinah meninggalkan Adam Rasyid yang sedang kaget."ehhh..Ain?"Adam Rasyid tidak mengerti.Ain Sakinah yang manis bertudung biru laut itu bertemu dengan seseorang gadis berambut perang,berskirt pendek dan berbaju ketat lalu mereka berpelukan.Sesekali mata gatal gadis berambut perang menjeling ke arahnya yang sedang menunggu Ain Sakinah."sikit punya seksi tu kawan Ain yang sikit punya comel dan sopan..tak sepadan.."dengusnya kurang senang dengan penampilan kawan Ain Sakinah.

        Tut..tut..
"Hello mama,angah ada kat luar keluar dengan kawan..ya..Syabella??entah!nanti petang angah balik lah mama ."katanya lalu mematikan telefon.Adam Rasyid bertukar mood.Sikit sikit Syabella,apa yang ada pada Syabella..baik Ain Sakinah lagi bagus.
     
      Adam Rasyid tidak berpuas hati apabila diberitahu mamanya bahawa Syabella mengajak Adam Rasyid keluar tengok wayang pada pukul 5 nanti."malas lah aku nak keluar dengam minah tu!dasar perempuan tak sedar diuntung betul."dengus nya sambil menghentakkan stereng kereta.Adam Rasyid pada dulunya sangat menyayangi Syabella dan mencintainya.Namun Syabella mendustakan cinta yang diberikan.Tetapi atas belas kasihan dan darjat kedua ibu bapa mereka Adam Rasyid mendiamkan diri,Demi menjaga maruah Datuk Marzuki,Datin Maria,Datuk Syabel dan Datin Sarah.Mereka ingin menjodohkan anak anak mereka dengan orang yang sama taraf sahaja."kasihan Abang long..kena kahwin paksa tapi sebaiklah dapat isteri yang baik.."katanya dalam hati.Lama juga Adam Rasyid memikirkan masalah keluarganya.Sehinggakkkan ketukan ketukan pada cermin tingkap keretanya tidak dia sedar.

Engkau Yang Sudi Menerimaku..Where stories live. Discover now