1

947 19 0
                                    

Memang kebiasaan apabila cuti aku akan menghabiskan masa sehari suntuk di atas katil melayan lenaku. Tetapi mimpi indah yang menguliti tidur sebentar tadi membangunkan ku secara automatik. Mimpi itu terlalu indah sehinggakan aku amat berharap yang aku tidak akan dibangunkan daripada mimpi indah itu.

Aku bermimpi sedang menonton filem komedi kegemaranku. Aku terlalu menyukai filem itu sehinggakan mengulang tonton filem tersebut dan tiba-tiba seseorang yang sekian lama hilang daripada hidupku muncul di belakangku. Aku dapat rasakan seluruh tubuhku seperti dialiri arus elektrik saat dia merangkulku dari belakang sambil membisikkan kerinduannya terhadapku.

Aneh tapi mimpi itu seperti nyata dan aku tidak pernah merasakan rasa rindu yang amat menyakitkan seperti aku alami saat kubuka mataku pagi ini. Aku amat merindui empunya mata redup itu. Amirul....
Dialah yang menjadi tamu mimpiku.

Aku mengenalinya suatu waktu dulu melalui teman. Daripada berbalas SMS, kami mula keluar bersama, bertukar cerita antara masing-masing dan kemudiannya menjadi rapat. Mungkin kerana sikap aku yang terlalu mendesak untuk menukar arah hubungan kami agar ke yang lebih serius, Amirul tiba-tiba meninggalkan ku tanpa kata putus. Dia hilang sama sekali dalam hidupku.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now