Aku menerima lamaran Amirul dengan hati ikhlas. Mungkin jodohku dengannya. Namun Amirul memberikan syarat kepada ku bahawa kami tidak akan bertemu hinggalah hari pernikahan. Aku hanya menerima syarat tersebut. Kini, kami akan disatukan sebagai suami isteri.
Lama aku terpaku memandang nya sehinggalah Vivian mencuit ku dari belakang membuatkan aku tersipu-sipu malu. Tepat jam sembilan pagi kami selamat diijabkabulkan. Amirul melafazkan akad nikah dengan lancar dan begitu yakin membuatkan perasaan marah pada lelaki yang dulu pernah menghancurkan hatiku hilang begitu sahaja.
Bagaikan mimpi aku selamat menjadi isterinya yang sah. Namun terdetik rasa bimbang di hati apabila memikirkan kemungkinan buruk yang akan datang jika Amirul meninggalkan ku sekali lagi. Mampu kah aku kehilangannya sekali lagi?
Bagai mengerti perasaan ku, Amirul menerangkan segalanya satu persatu. Bagaimana dia takut akan komitmen sedangkan dia masih belum punya kerja yang boleh menjamin masa depannya.
Katanya, dia tahu aku masih sayang kan nya biarpun sewaktu di bilik mesyuarat dahulu aku tidak mengendahkan nya. Dia tahu aku masih marahkan nya. Itulah sebabnya dia mahu kami berjumpa hanya pada masa kami akan dinikahkan. Dia tahu aku akan menolak nya. Sekurang-kurangnya apabila kad sudah diedar sudah tentu aku terpaksa setuju. Licik sungguh!
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Short StorySinar mentari yang mencuri-curi masuk melalui lubang di celah-celah tabir mengejutkanku daripada lena. Kulirik jam di atas meja sisi katil. Sudah pukul 8.00 pagi rupa-rupanya, bisik hatiku. Cintaku mati pada insan yang bergelar lelaki setelah pergi...