Hampir 30 minit memandu akhirnya aku sampai juga ke rumah. Papa sudah bercekak pinggang di depan pintu pagar menungguku. Sebaik keluar dari kereta, papa terus menyuruh ku untuk masuk ke dalam rumah. Aku hairan melihat ada beberapa tetamu yang tidak ku kenali sedang menunggu ku di ruang tamu. Aku rasa pelik yang amat.
Mama menggamitku mengikutnya ke kamar. Mama menerangkannya satu persatu padaku. Ooo... rupa-rupanya tetamu yang datang itu hendak merisik ku. Kata mama, calon itu tidak hadir sama tapi khabarnya dia datang daripada keluarga yang baik-baik. Mama kata lagi, aku sudah layak sangat-sangat untuk berumah tangga memandangkan usia aku sudah mencecah 29 tahun.
Wajah Amirul kembali bertamu dalam benakku. Apabila melihat wajah mama yang penuh harapan, aku tidak sampai hati menolaknya. Mungkin inilah pengakhirannya pada kisah obsesi cinta ku. Sudah begitu lama aku merajuk pada insan yang bergelar lelaki. Sudah tiba masanya aku melupakan cerita lama dan cuba mencipta cerita hidup yang serba baru.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Short StorySinar mentari yang mencuri-curi masuk melalui lubang di celah-celah tabir mengejutkanku daripada lena. Kulirik jam di atas meja sisi katil. Sudah pukul 8.00 pagi rupa-rupanya, bisik hatiku. Cintaku mati pada insan yang bergelar lelaki setelah pergi...