7

465 19 0
                                    

Dengan berat hati aku beritahu mama yang aku bersetuju menerima siapa pun lelaki itu. Mama menganggukkan kepalanya seraya memelukku erat. Aku tersenyum pahit. Amirul.

Aku tidak tahu apa lagi yang dibincangkan oleh papa dengan wakil rombongan yang datang. Sambil menunggu dengan resah di dalam kamar aku sempat menghantar mesej kepada Vivian menyatakan yang aku tidak masuk office lagi petang itu. Mood ku sesungguh nya musnah.

Banyak sungguh yang berlaku dalam hidup ku selama beberapa hari kebelakangan ini. Bermula mimpi, berjumpa dengan Amirul dan alih-alih hari ini aku dirisik dan dipinang sekali gus. Aku merenung kosong keluar dari beranda kamar mengenang nasib ku sendiri. Entah apa lagi yang akan berlaku esok.

Mama kembali kemudiannya menyerahkan kotak cincin berserta sekeping surat bersampul biru lembut. Aku mengerutkan dahi ku tanda tidak faham tetapi mama menyuruhku membaca terlebih dahulu surat itu. Kata mama, manalah tahu kalau fikiran ku akan berubah sebaik sahaja aku membaca surat tersebut. Aku bingung. Surat tersebut ditulis dengan tulisan tangan yang begitu ringkas tersusun rapi cantik. Penulisnya mungkin sangat berhati-hati semasa menulisnya. Aku tersenyum lucu. Lantas aku membacanya.

Dear Lisa,
Terima kasih untuk peluang kedua ini.
P/s I'm still in love with u and always do!

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now