5

477 18 0
                                    

Aku kembali ke tempat kerja selepas bercuti seminggu. Perkara pertama yang aku dengar daripada Vivian ialah tentang Amirul yang datang bertanyakan tentang ku.

Dengan perasaan takut Vivian memberitahu ku yang dia telah memberikan nombor telefon berserta alamat rumah ku kepada lelaki itu. Aku berang mendengarnya namun Vivian beralasan bahawa dia memberinya kepada Amirul atas dasar kerja.

Dia tidak tahu pun yang Amirul itu bekas teman ku dulu. Kononnyalah. Aku tidak jadi memarahi Vivian. Lagipun Amirul tidak membuat panggilan dan jauh sekali datang ke rumah ku. Wahai hati, janganlah kau jatuh cinta lagi.

Sampai ke tengah hari mood ku semakin pulih. Bayangan Amirul dari kotak fikiran ku makin hilang dek kesibukan ku menyiapkan kertas kerja yang tertangguh sejak seminggu yang lalu.

Tepat jam 2.05 petang telefon bimbit ku berbunyi. Terfikir yang itu mungkin mesej daripada Amirul, aku cepat-cepat membukanya. Namun hampa apabila melihat mesej itu daripada papa yang menyuruhku pulang sebentar ke rumah. Katanya ada hal penting. Aku menarik nafas panjang kehampaan kemudian tersenyum sendiri. Konon mahu melupakan Amirul tetapi tetap juga ternanti-nanti.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now