Dua bulan kemudian
Inilah hari yang akan menjadi titik noktah kepada zaman bujang ku. Selepas ini aku akan menjadi milik suami ku sepenuhnya. Jenuh sudah aku menunggu di kamar kerana mama sudah berjanji akan membawa aku bertemu dengan bakal suami ku sebelum majlis akad nikah.
Kedengaran paluan kompang menandakan rombongan lelaki sudah sampai. Aku semakin tidak menentu. Peluh di wajah tidak berhenti keluar sehingga kan Vivian menegurku kerana dia asyik mengelap wajahku dari tadi. Sesungguhnya aku gelabah.
Dari luar kamar terdengar salam namun bibirku seperti terkunci. Aku hanya mampu menjawab salam dalam hati. Mama yang duduk di sebelah ku memaut bahu ku erat menenangkan ku. Kemudian mama berbisik menyuruh ku memandang ke pintu kamar dan di sana berdiri seseorang yang amat kukenali. Amirul.
Dia berdiri di pintu kamar dengan senyuman menawan dalam persalinan Melayu yang sedondon dengan warna putih busana ku. Sejak dirisik memang aku tidak bertemu dengan nya. Entah kenapa aku malu untuk bertemu dengan Amirul. Segala urusan pernikahan dilakukan olek mama. Hanya sekali aku terlihat kelibatnya, kala Amirul menyerahkan borang nikah kepada mama untuk pihak aku pula berurusan dengan pejabat agama.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Short StorySinar mentari yang mencuri-curi masuk melalui lubang di celah-celah tabir mengejutkanku daripada lena. Kulirik jam di atas meja sisi katil. Sudah pukul 8.00 pagi rupa-rupanya, bisik hatiku. Cintaku mati pada insan yang bergelar lelaki setelah pergi...