4

480 19 1
                                    

Aku memulakan perbincangan kami dengan harapan segala-galanya cepat selesai. Aku dapat melihat renungan Amirul dari tepi mata ku. Dalam diam aku mengakui wajah lelaki itu semakin kacak berbanding kali terakhir aku bertemu dengannya enam tahun yang lalu. Kematangannya terserlah dan begitu memukau hati wanitaku. Mungkin dia sudah dimiliki wanita lain, bisik hatiku dalam kepayahan menerima hakikat. Setahu aku sebelum kami berkawan dulu, Amirul sentiasa di kelilingi oleh wanita jelita. Jadi telahanku, memang mustahil dia masih membujang setelah enam tahun berlalu.

Syukur hampir dua jam perbincangan kami, aku dapat mengawal perasaan di hadapan mereka. Segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebaik minta diri daripada mereka bertiga serta Datuk Lee, aku terus keluar dari ruangan tersebut tanpa mengendahkan lambaian Amirul yang cuba menahanku. Aku buat-buat tidak nampak.

Jika aku memandangnya saat ini, aku akan lemah dan tidak berbaloi dengan apa yang dia lakukan terhadapku dulu. Aku tidak akan memberi ruang sedikit pun untuk lelaki itu menyakiti hatiku lagi.

Sebelum memasuki kereta, sempat aku mendengar nama ku dilaung berkali-kali namun aku memekak kan telinga dan terus berlalu pergi.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now