10

674 17 0
                                    

Apabila aku seperti mahu membantah, Amirul bisikkan ke telinga ku 'Action speaks louder than words sayang.' Aku mati kutu. Lelaki ini memang bijak bermain dengan perasaan ku.

Sepanjang majlis kami berlangsung, Amirul begitu bersemangat melayani tetamu yang datang. Senyumannya tidak lekang di bibir.

Apabila teman sekerja menegur kelakuannya yang over happy, Amirul hanya tersenyum dan berkata 'enam tahun I tak senyum begini sejak I tinggalkan orang yang paling I sayang. Jadi, memandangkan orang tu dah jadi milik I selamanya, I akan senyum bahagia begini sampai bila-bila. I takkan tinggalkan you lagi Lis sebab you're my inspiration. I love you. Always have and always will.'

Aku tersentuh mendengar kata-katanya. Tuhan mendengar doaku dulu agar mengembalikan lelaki ini. Ya Tuhan, terima kasih atas peluang kedua buat kami ini. Kabulkanlah segala harapan kami dan doa mereka yang mendoakan kerukunan rumah tangga kami. Semoga jodohku yang Engkau berikan ini ialah jodohku pertama dan terakhir buatku. Ajari aku untuk menghormati dan mentaati suamiku. Semoga dengan restu dan izin-Mu, kami dapat mengharungi kehidupan baru ini sehingga ajal memisahkan kami. Amin.

💞The End💞

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now