Part 1

1.1K 46 2
                                    

"Omma! Appa! I'm home~!" Ji Hae berlari masuk ke dalam rumah. Dia tergesa-gesa mencari appa

"Jiae! Duduk sini" Appanya bersuara. Ji Hae yang masih lagi memakai uniform sekolah dipandang "Waeyo?" Ji Hae buat muka pelik. Asal lak appa ni. Muka tegang, serius jek. Eish.

Ji Hae duduk berhadapan dengan appanya.

Appa mengeluarkan sekeping kertas dan meletakkannya di atas meja. "Tahu ape ni?" Appanya bertanya. Ji Hae berfikir sekilas dan mukanya terus berubah.

"Appa! Ni surat penerimaan ke sekolah baru tu ke?" Ji Hae menjerit sambil melompat-lompat kegembiraan. Bergegar satu rumah.

"Yah!" Appanya mengetuk meja. Ji Jae terduduk. Fuh sabar, sabar..
"Kenapa Jiae isi gender tu lelaki?" Satu soalan yang memang dijangka akan ditanya oleh appanya. "Jiae nak rasa pengalaman dia la, Pa" selamba Ji Hae menjawab

"Pengalaman apenya. Jiae sedar tak sekolah tu sekolah asrama penuh? Kena kongsi bilik ngan namja au" Tiba-tiba ommanya berkata. Muncul dari mana entah. "Alah takpe. Yang tu pandai-pandai la Jiae uruskan"

"Ani. Appa tak setuju. Bahaya!" Appanya bertegas "Appa! Bukan Jiae tak pernah menyamar jadi namja sebelum ni. Jangan risau la" Ji Hae berusaha menenangkan appa dan ommanya.

"Memang la pernah tapi selama ni sekolah biasa je, bukan asrama penuh" asrama penuh ditekankan. "Hesh. Jangan risau la omma. I'm your daughter, takde ape akan jadi" Ji Hae berusaha lagi. Misinya harus dicapai!

Dia mengambil surat tersebut dan membaca isi kandungannya. "Anda diterima masuk bla bla bla. Tarikh masuk pada 20/10" dan bacaannya terhenti disitu. "Tarikh masuk dia esok!!!!!" Sekali lagi Ji Hae menjerit.

-------------------------------

"Kau betul-betul nak pergi ke?" Dino, adiknya bertanya. "Ye lah" Ji Hae menjawab sambil mengemas baju-bajunya ke dalam beg. Ape lagi yang aku kena bawa ni?

Melihatkan adiknya yang senyap, dia bertanya "Kenapa?"

"Kau ni kan. Suka buat appa ngan omma risau. Selalu je buat benda-benda nonsense" Dino berkata. Ji Hae berhenti mengemas. Dia memandang Dino. Serta-merta ketawanya meletus.

"Yah. Sejak bila kau jadi matured ni? Muhahaha!!" Selepas seketika, Ji Hae menyapu air matanya dan menyambung kerjanya semula. "Rilek Din. Aku pergi kejap je, sampai aku dapat ape yang aku nak. Pastu aku pandai-pandai la lari dari situ"

"Eleh. Aku harap sangat kau stuck kat situ forever!" Dino kemudian masuk ke biliknya.

"Eh eh.. kurang asam" Ji Hae membaringkan dirinya di atas katil. Dia mengambil telefon bimbitnya. "Kyuhyun" nama itu ditekan. Speaker dipasang. "Sori this number is busy bla bla"

"Eish"

-------------------------------

"Noona bangun!!!!!!!!!" Dino menjerit di telinga Ji Hae tapi Ji Hae masih tidak menunjukkan sebarang respon. Nampaknya aku terpaksa guna cara last yang sememangnya berkesan. "Bangun!!" Dino berkata sambil menghantukkan kepalanya kuat pada kepala Ji Hae.

Ji Hae serta-merta membuka mata. "Auwwww!!" Dia mengetuk kepala adiknya. "Sakit la! Kau ni takleh ke kejut orang baik-baik sikit?" Kepalanya diusap. Tertido ke?

"Orang tido mati cam kau memang camni cara kejut. Pergi prepare skang. Sekolah kau sedang menunggu" Dino memberi arahan. Ji Hae melihat jam disebelahnya. Matanya membuntang "Weh! Baru kul 7 malam kot." Ji Hae berura-ura untuk menyambung tidur.

"Eip!" Dino menghalang. "Kau sedar tak sekolah tu sekolah asrama? So kau kena stay kat asrama. And appa akan hantar kau se.ka.rang" Dino membebel. "Yela2" Ji Hae mengalah. Macam mak nenek!

MATEWhere stories live. Discover now