Part 22

360 29 0
                                    

"Jap. Masuk sini jap" Jimin menarik Ji Hae memasuki satu kedai.

"Kedai hadiah?"

Jimin melihat-lihat bahagian toys. Dibeleknya satu permainan 'lego'. Kemudian trak kecik berwarna biru diambil

"Nak beli kat adik kau ke"

"Haah. Tapi aku tak tahu lah dia suka apa" kali ni sebuah kotak berisi ultraman pula diambil. "Yang ni okei?"

"Adik kau besar mana?"

"5 tahun?" Kotak itu diletak semula.

"Hmm" Ji Hae membelek permainan pada rak. Budak besar tu suka apa? Dia ternampak satu pistol air. Water gun. "Jimin! Yang ni lah"

Takde sahutan. Mana pulak dia?

"Aku dah dapat dah" Jimin menunjukkan satu kotak kaler pink. Di dalamnya ada skarf, pin rambut pelbagai design, gelang tangan dan sikat

"Adik kau minat mende ni?" Ji Hae terkejut. Jimin angguk.

"Tak boleh! Kau ni, kau nak rosakkan adik kau ke apa? Sepatutnya kau tolong dia, ni makin sokong pulak. Kau nak ke nanti besar dia jadi mak nyah? Pakai mini skirt, pakai gaun, pakai ni" tangannya menunjuk ke arah kotak ditangan Jimin

Jimin menjentik dahi Ji Hae "Ape kau meroyan ni"

Ji Hae pegang dahinya. "Ape? Aku cakap betul. Kau nak ke macam tu?" Dahinya diusap.

"Awak.. adik saya perempuan" Jimin buat gedik.

"Perempuan? Pastu tadi kau ambik lego, ultraman tu sume?"

"Tengok je" Kotak ditangan diletakkan. "Jom a keluar"

"Hadiah adik kau?"

"Cancel a"

Cancel pulak? Cakap je lah duit tu takde, halah bukan susah.

Jimin menarik Ji Hae ke satu sudut. "Tangan"

Ji Hae menghulurkan tangannya.

"Kau kata ari ni speacial day en. So.." Jimin meletakkan sesuatu dia atas tangannya. "Happy birthday" pipi Ji Hae dicium sebelum dia keluar dari kedai.

"Happy birthday? Okei dia salah paham" Ji Hae senyum. Patung beruang kecil comel sebesar jari kelingking berwarna putih itu diletakkan didalam poket uniformnya. Dia segera mengejar Jimin dan berjalan ke pagar belakang sekolah.

-------------------------------

"Berhenti!"

Ji Hae yang sedang gelakkan Jimin yang jatuh longkang terpaksa tahan gelak. "Pahal?"

Jimin keluar dari longkang dan menunjuk ke arah pagar. "Kau nampak tu?"

Ji Hae berpaling dan..

Cikgu disiplin! Tengah tercegat kat situ dengan muka, kau tau la en, sambil pegang rotan

"Takkan la dia tunggu kita dari pagi tadi sampai sekarang? Wuu tough"

"Tough?" Jimin mencebik.

"Pastu sekarang macam mana?" Ji Hae pandang Jimin yang macam tengah berfikir

"Aku rasa, kita ikut pagar depan"

"Kau gile? Then kena tangkap ngan guard. Same je, baik serah diri kat cikgu disiplin terus" Ji Hae dah cekak pinggang. Dah lah panas skang ni.

"Ha kau pergi a kat cikgu disiplin. Aku nak pergi pagar depan. At least aku tahu guard ni takleh tangkap orang dalam tido"

"Ha?"

MATEWhere stories live. Discover now