Part 8

426 30 2
                                    

Seperti biasa Naeun meletakkan bekas makanan di atas meja Jimin. "Oppa makanlah"

Ji Hae pandang Jimin yang sedang pandang bekas makanan. Haih.. cepatlah

Melihatkan Jimin yang tiada reaksi dan Naeun yang hampir berlalu, Ji Hae memijak kuat kaki Jimin

"Auw!" Naeun yang sudah berpusing, berpaling balik. Ji Hae menjegilkan mata kepada Jimin.

"Jom. Makan sama-sama" kata Jimin perlahan sambil melihat bekas makanan tersebut.

Ji Hae hampir tepuk dahi. Kau nak ajak bekas makanan tu ke?

Naeun kelihatan terkejut. "Betul? Dia bertanya.

Jimin mengangguk tanpa pandang Naeun. "Jom" kata Naeun dan mengambil bekas makanannya.

Jimin kekal ditempatnya. Ji Hae berdehem "Bangun lah wei. Haduh" dia berbisik

"Tapi kau kena ikut"

"Yaa. Aku tengok dari jauh."

Jimin bangun dan berjalan disisi Naeun ke luar kelas. Sebelum keluar, Naeun berpaling kearah Ji Hae dan senyum

Ji Hae hanya mengangguk. Kemudian Jimin pula berpaling kearahnya dengan muka 'cepat lah ikut'

Heh. Ji Hae buat muka 'kejap lah'. Ji Hae bangun. "Ji Hae!" Seseorang memanggil namanya. Nama realnya! Kuat weh!

Semua orang berpaling kearah suara itu. Ji Hae pandang orang yang memanggilnya dengan pandangan tajam

"Kau nak kantoikan aku ke apa" Kata Ji Hae sebaik sahaja orang itu duduk di tempat Jimin. Suaranya ditahan daripada menjerit.

"Woo woo, sori keyh. Saya tak sengaja. Tadi nampak macam awak nak keluar tu yang automatically sebut nama real. Sori?" Kata Kyuhyun mempertahankan diri

"Hergh. Kau nak apa" kata Ji Hae geram. Satu kelas memandangnya.

"Saya dah minta maaf. Sori la." Kyuhyun cuba memegang tangan Ji Hae. Cepat-cepat Ji Hae menepisnya.

"Kau nak apa. Kalau kau datang nak buat benda bodoh, nak kantoikan aku baik kau blah. Aku bukan ada masa nak layan stupid af cam kau." Ji Hae ingin berlalu.

"Awak." Kyuhyun berdiri.

"Kyuhyun oppa" kedua-dua mereka berpaling. Mereka-mereka yang melihat adegan tadi mula berbisik.

"Pftt. Dahlah weh. Takyah nak buat drama la. Pergi layan awek gedik kau tu, aku dah tahu semua pasal kau. Aku taklah sebodoh yang kau anggap." Bisik Ji Hae dan berlalu

Keluar sahaja dari kelas, Ji Hae bertembung dengan Namjoon dan geng-geng Jimin yang lain

"Pahal Kyuhyun tu?" Hoseok bertanya.

"Mana aku tau" kata Ji Hae "Aku nak cepat ni, nanti-nanti lah sembang"

"Kau nak pergi mana" Taehyung bertanya

"Cari Jimin"

"Jimin pergi mana"

"Aku tak tahuuuuuuu. Aihh, dah dah. Nak cepat ni" kata Ji Hae lalu berlari ke kantin
-------------------------------

Jimin dan Naeun makan toast bread yang disediakan tanpa bercakap sepatah pun.

Jimin menoleh-nolehkan kepala seperti sedang mencari seseorang. Ji Hae yang sedang memerhatikan mereka hanya tepuk dahi.
-------------------------------

Ji Hae menunggu mereka di pintu kelas. Dari jauh kelihatan kelibat mereka.

"Thanks." Kata Naeun kepada Jimin dan berlalu ke kelasnya. Ji Hae pandang Jimin dengan muka takde perasaan. Begitu juga Jimin.

MATEWhere stories live. Discover now