Part 5

421 39 3
                                    

"Weh." Jimin menegur Ji Hae yang sedang mengulangkaji di atas katil. Sekali lagi. Aq rasa dah enam puluh lima kali aku "weh"kan dia. Boleh dia buat pekak.

"Weh"

Ji Hae mengambil headphone diatas meja dan memakainya. Haa cukup enam puluh enam kali dah.

5 minit berlalu dengan senyap

Ji Hae yang tengah best layan "Ma City" tiba-tiba diganggu.

"Woi! Bagi balik headphone aku bongok" Ji Hae menjeling Jimin

"Uish. Awal-awal dah kena bongok" Jimin meletakkan headphone itu di telinganya. Mukanya berkerut pada mula. "Lagu apa kau dengar ni?"

Ji Hae buat tak layan. Lantak aku la

"Hmm.. bleh tahan. Suara cam aku" Jimin berkata sambil mengangguk-nganggukkan kepala.

"Watda. Tak lawak weh" kata Ji Hae dan merampas headphonenya. Dah dapat kesempatan ni, rambut Jimin sekali ditariknya. "Woi!" Jimin pegang kepala. Bapak sakit.

Ji Hae tunjuk muka slumber. Jimin berjalan mengelilingi katilnya sambil berkata "Hmm.. aku nak buat apa kat kau? Tarik rambut kau balik? Boleh?"

Gulp!

Ji Hae pandang Jimin. Jangan weh. Lau rambut palsu ni tercabut, aaaa mati aku. Ji Hae pegang kepala. "Rambut jangan main. Aset"

"Then kau pergi sentuh aset aku tadi boleh la?" Jimin angkat kening. Ji Hae perah otak. Aku nak cakap apa, aku nak cakap apa?! "Keyh sori sentuh aset berharga berkilat berbau kau tuh. Jangan kacau aset aku"

Ji Hae perlahan-lahan bangun dari katil apabila melihat Jimin semakin menghampirinya. Tangan masih memegang kepala.

"Weh jangan la. Kasihanilah aku yang cun ni" Ji Hae cuak. Amampos "Tadi kau takde nak kesiankan aku yang macho ni en" sepantas kilat(lol) Jimin pegang kedua-dua tangan Ji Hae.

"Jangan jadi kejam sebab aku pliss" Ji Hae menguatkan tangan dikepalanya. "Sempat lagi kau memain eh" Jimin tolak kepala Ji Hae dengan jari telunjuknya.

"Jangan tolak kepala aku yang cun ni" fuh. Nak nangis rasa. Rahsia aku. Camane ni?

Tapi sangkaan Ji Hae salah. Jimin bukan menarik rambutnya tapi memeluknya. "Pahal main peluk-peluk ni" Ji Hae menolak badan Jimin. Wuh dapat rasa chocolate bar dia. Erk.. Weh Ji Hae mohon sedar.

"Lama tak dengar suara kau. Gila kau merajuk ngan aku tiga hari. Cam takde roommate dah aku ni. Bosan sangat" kata Jimin betul-betul ditelinganya. Tetiba rasa seram sejuk. Someone tolong aku..

"5 tahun kau duduk sorang-sorang kat sini boleh je. Dah takyah peluk-peluk aku" Ji Hae tolak lagi badan Jimin.

"Kecik je badan kau." Eh dia dengar ke tak apa aku cakap. Taik.

"Lepas weh sebelum aku buat benda tak baik" kali ni Ji Hae mengugut. Aish. Ape ni, mood gay dia datang ke ape? Huu omma, Ji Hae takut.

Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka. Terjengul muka Yoongi. Sebelah tangannya memegang minuman kotak dan sebelah tangan lagi memegang fon.

Kali ni Ji Hae guna seluruh tenaga plus tenaga terkejut tengok Yoongi tadi dan tolak Jimin. Fuh berjaya. Jimin yang baru perasan kehadiran Yoongi garu belakang kepala. Mereka bertiga saling berpandangan~

Selepas seminit, Yoongi dengan slumbernya tutup pintu sambil minum minuman ditangannya.

Ji Hae pandang Jimin "Bongok. Kau lah ni. Entah ape si Yoongi tuh pikir pasal aku nanti" "Takyah bongokkan aku, kau pahal tak cakap dia ada?" Jimin pertahankan diri.

MATEWhere stories live. Discover now