"Min Jae oppa" satu suara menegurnya sebaik sahaja dia keluar dari.. erk.. Toilet.
"Nae?" Min Jae berpaling. Naeun? Sudah..
"Emm.." Naeun senyap. Jap jap. Ni mesti ada apa-apa. Selama ni pandang aku pon tak pernah, tetiba nak tegur bagai
"Asal?" Ji Hae layan je laa. Dia kan seorang lelaki yang budiman. Pftt
"Boleh oppa tolong Naeun?" Naeun berkata dan senyum.
"Tolong?" Ji Hae mengerutkan kening. Apa perempuan ni nak senanya.
"Boleh tak?" Haa dia jawab ngan soalan pulak.
"Aku try"
------------------------------(Kantin)
"Taknak cakap ngan aku lagi ke?" Ji Hae cuba mengalihkan perhatian Jimin yang sedang membaca. Jimin senyap. Huuu agak-agak camni kot perasaan bila ada roommate yang TAK BERCAKAP. Aaa TAKNAK BERCAKAP.
"Seriously weh.? Kalau kau merajuk en, aku cakap awal-awal. Aku tak reti pujuk" Jimin still senyap. Eh dia ni. Fed up weh. Aku dah buat macam-macam.
Aku beli makanan kau biar je situ. Ingat aku beli pakai batu? Aku rampas buku, kau nak blah. Terpaksa aku bagi balik. Aku tarik baju kau, kau buat tak layan. Aku bercakap ngan kau, kau pura-pura jadi tunggul.!
Nak je Ji Hae luah semua tu. Ji Hae akhirnya bangun dan meninggalkan Jimin di kantin.
(Kelas)
Jimin diam. Ji Hae pun diam. Semalam ada la Ji Hae main pinjam eraser, pinjam pen, pinjam note, buat-buat terpijak kasut, buat-buat tanya soalan tapi Jimin tak layan
So hari ni, baik aku diam.
(Waktu balik)
"Jae jom-" kata-kata Seokjin terhenti disitu apabila Ji Hae hanya berjalan melepasinya. Sadiss
Member yang lain pandang Ji Hae yang laju berjalan menuju ke asrama. Kemudian mereka pandang Jimin yang masih kekal ditempatnya.
"Korang gaduh lagi? Siyes?" Jungkook bertanya.
"Kalau dalam seminggu korang tak gaduh memang tak sah en." Taehyung pula berkata.
Jimin angkat bahu dan keluar
(Bilik)
7 minit Ji Hae berdiri didepan pintu bilik. Akhirnya pintu dibuka dari luar. Jimin yang membuka pintu pandang Ji Hae.
Ji Hae tahan gelak. Acah cool la konon, ingat aku tak tau kau terkejut tadi?
Sesi pandang memandang antara mereka berhenti apabila Jimin memasuki bilik dan menuju ke katil.
Tapi tiba-tiba dia dipeluk dari belakang. "Aku dah tak tahu nak pujuk kau camane. Kau tau tak aku rasa nak ketuk je kepala kau time kau tak layan aku."
Ji Hae ketap bibir. Apa benda aku cakap ni?
"Kau marah sebab apa sebrnarnya? Seriously aku tak paham. Takkan sebab.." Ji Hae stop. Tapi Jimin still senyap.
"Sebab kes peluk hari tu" nada suara Ji Hae bertukar perlahan. Haih.. muka jangan merah sangat pliss.
Jimin memusingkan badannya menghadap Ji Hae dan menolak kepalanya. "Kau lupa ke aku gay? Sebelum jadi apa kat kau baik kau senyap"
Erkk. Haah aku lupa. Ji Hae melihat Jimin yang sedang baring. Dia mengeluh dan turut baring diatas katilnya.
-------------------------------
Ji Hae berusaha melihat jam di atas meja sebelah katilnya. 3.20 pagi. Blackout?
Haa blackout la. Selalu lau bukak mata cerah je. Ni gelap. Haihh pahal bleh blackout ni. Ji Hae telan air liur.
YOU ARE READING
MATE
FanfictionCerita tentang seorang perempuan yang sanggup berpindah sekolah dan menyamar menjadi seorang lelaki semata-mata untuk men'spy' teman lelakinya yang dikatakan curang. Disekolah itu, dia ditempatkan disebuah bilik bersama seorang mate yang takde seora...