Part 7

400 34 2
                                    

"Aku ada banyak benda nak tanya kau" kata Jimin sebaik sahaja mereka duduk disatu tempat

"Patut la beria-ia nak duduk sini" Ji Hae menjeling Jimin. Ya, tempat ni agak tersorok di hujung perpustakaan. Aaa bukan agak. Tapi memang tersorok.

So kalau bercakap pun memang takde orang dengar. Selalu budak-budak acah gangster lepak sini.

"Kau ngan Naeun bincang apa tadi?" Woi takkan nak tanya terus. Aku baru duduk kot

"Mana ada bincang apa-apa" kata Ji Hae dan bangun untuk mengambil buku

"Kau tak boleh pergi mana-mana selagi aku tak dapat jawapan" Jimin menarik tangan Ji Hae membuatkan Ji Hae duduk balik. Tak guna

Disebabkan kedudukan mereka, memang susah la Ji Hae nak keluar. Sebelah dia dinding, belakang pun dinding, depan ada meja. Sebelah lagi si Jimin. Lmao

"Bukan kau taknak cakap ngan aku ke. So, let me ambik buku" kata Ji Hae. Kan dah keluar ayat taik.

"Bukan kau nak aku cakap ngan kau ke? Aku dah kasi peluang ni kau taknak lak" Jimin pula berkata

"Taknak!" Suara Ji Hae dah naik satu oktaf dan dia bangun lagi. Dan sekali lagi Jimin menarik tangannya. Dan sekali lagi dia terduduk. Dan sekali lagi, tak guna.

Ji Hae berpaling ke arah dinding. Baik aku tengok dinding. Kau tau dinding? Laupon kau tak ensem, sekurang-kurangnya kau tak menyakitkan hati!

...

Dua-dua senyap. Ji Hae boring gile. Asyik pandang dinding putih ni je. Leher pun dah lenguh. Huhu

"Lau kau taknak jawab pasal Naeun, aku ada soalan lain. Nak try jawab?" Jimin cuba mengalihkan perhatian Ji Hae yang duk pandang dinding.

Apa sangat yang dinding tu ada?

Ji Hae berpaling. "Lau aku jawab soalan ni, kau dah takleh tanya soalan first tadi"

Jimin menggeleng. "Kau kena jawab dua-dua"

Ji Hae buat muka ingga. "Kau ingat lawak?"

"Lau kau rasa lawak, sampai tahun depan la kita duduk sini. Aku tak kesah" Jimin menongkat kepala.

"Kau nak tanya apa" Ji Hae mengalah. "Kerja nak menang je"

Jimin senyum. "Dalam kelas tadi, kau tak sempat cakap en? Sambung. Aku apa?"

Ji Hae terkedu. Tadi punya la buat muka confident. "Aaaa soalan lain ada?" Ji Hae tunjuk muka seposen.

"Ada. Kau bincang apa ngan Naeun tadi?" Muka Ji Hae yang bersinar blink blink tadi terus pudar.

"Aku jawab soalan kedua" katanya perlahan.

"Ha jawab la" Jimin buat muka sambil angkat kening. Ei, nak je aku ketuk kepala dia.

"Kau.. aaaa kau... kau.. tah lah weh. Lupa" kata Ji Hae. Mukanya dah blush. Jimin pandang Ji Hae.

...

"Yelahhhh. Kau.. kau sepak aku sampai jatuh katil. Sakit weh" kata Ji Hae. Nasib baik otaknya dapat idea time tengah susah ni.

"Pftt. Aku ingat kau nak tanya asal aku peluk kau" kata Jimin sambil gelak.

Haaa? "Jap. Kau.. sedar time tu?" Mata Ji Hae terbuntang luas

"Haah." Ringkas.

"Tak guna la kau. Explain skang. Aku takut nak mati tau time tu. Aku ingat ada benda yang kacau aku. Dahlah blackout." Ji Hae geram.

Jimin tarik nafas dalam-dalam. "Kau jangan gelak"

"Taknak. Aku nak gelak kuat-kuat. Nak guling-guling atas meja pasni" kata Ji Hae.

MATEWhere stories live. Discover now