Bab 6

11.6K 313 1
                                    

MELILAU biji mata Danial mencari kelibat seseorang yang membuat matanya tidak boleh dilelap tenang.

Heish,mana Eliya ni?!

Beberapa minit kemudian,Danial menangkap satu susuk tubuh yang menjadi punca segala drama semalam.

Huh!Getus Danial dalam hati.

"Hai,morning baby," kata Elena dengan nada manja.

Tempat duduk di hujung sudut bilik Danial menjadi tempat duduknya.

"Ada I suruh you duduk?" Tanya Danial sinis.

Elena ketawa.Mengada lah!

"Tak payah tanya pun sayang," kata Elena masih duduk selamba.

Danial mendengus geram.

"Itu duit I yang beli!I tak nak orang luar duduk situ.Get up!" Kata Danial kasar.

Elena menjegilkan matanya,masih lagi duduk di situ seolah olah tiada apa yang berlaku.

Danial bangkit dari tempat duduknya.Langkahnya laju diatur ke arah Elena.Tangan gadis itu ditarik tarik namun Elena lebih kuat sehingga membuatkan Danial terjatuh di atas badannya.

Eliya menguak pintu bilik Danial apabila diberitahu oleh Farah bahawa Danial sedang menunggu kedatangannya.

Namun,hatinya seakan akan sakit melihat adegan mesra di depan matanya.

Danial pantas berdiri daripada posisi nya yang sebelum nya.Elena pula sudah tersenyum puas.Hah,bagus jugak masa perempuan ni datang!

"Minta maaf,encik Danial.S-saya masuk waktu masa yang salah," kata Eliya perlahan.Bukan apa,geli!Seakan akan tidak percaya bahawa itulah bosnya.Bukan main nampal bersih tapi hati hitam!Takde guna betul lah lelaki macam tu.Ergh.Eliya menutup kembali pintu.

"Eliya!!" Panggil Danial.

Elena menahan tangan Danial.

"Tak perlu kejar lah perempuan macam tu," kata Elena.

"You..shut up!"

Tersentak Elena mendengar percakapan kasar Danial terhadapnya sebentar tadi.

Eliya terus berjalan lebih pantas tatkala bunyi deruman kaki seolah olah sedang mengejar nya.

Danial menahan tangan Eliya.

"Apa yang kau tengok tadi tu salah," kata Danial.

Eliya menepis kasar.

"Salah?Tak cukup lagi ke bukti yang dah terang terang kat mata saya ni?Maaflah,saya tak nak menyibuk hal orang tetapi encik tu islam!Buat lah diri sebagai kaum adam yang suci.Dan saya kan cuma student praktikal,mana lah sesuai nak tegur seorang bos kan?" Sindir Eliya.Hatinya sebenarnya masih luka lagi dengan ayat tajam dari Danial semalam.

"Eliya,aku minta maaf.Semalam aku terlanjur cakap.."

Eliya mengangkat tangannya seraya menggelengkan kepala.

"It's okay,sekarang saya banyak kerja dan tolonglah jangan ganggu saya dan say takkan ganggu encik dengan kekasih encik,"

Faham benar Danial siapa yang dimaksudkan Eliya.Danial mengeluh kecil.

Encik Bos,kenapa saya?Where stories live. Discover now