HARI sabtu adalah hari untuk semua pekerja pekerja menghabiskan masa di atas katil termasuklah Eliya.
Bunyi alarm yang berbunyi di dalam telefon bimbit dimatikan sebelum matanya kembali tertutup.
Huargh!Terbuka luas mulut Eliya menguap.
Matanya ditenyeh-tenyehkan menghilangkan segala rasa layu.
Sekali lagi bunyi peti mesejnya membuatkan Eliya mengeluh kecil.
Babe aku ni,myra.Lama tak jumpa kau,jom keluar! -myra
Hubungan baik Myra dan Eliya sedikit terjejas apabila Myra perlu menghabiskan pelajarannya di luar negara selama 2 tahun.Rindu bukan main lagi!Myra lah yang sentiasa bersama Eliya sewaktu universiti dulu.Mana tidaknya,mereka berdua ada cita rasa yang persis.
Dah sampai Kuala Lumpur,babe?Okay,pukul berapa and where? -Eliya
One Utama,2 pm okay?See ya there! -Myra
Perasaan teruja Eliya untuk berjumpa dengan sahabat baiknya itu membuatkan segala rasa kantuk nya hilang.Tuala yang tersidai diambil sebelum langkah diatur ke tandas.
"Tapi aku tak tahu lah kalau aku patut ke tak terima lamaran dia," luah Myra kepada Eliya.
Eliya mengangguk faham.
"Takpe,kalau kau rasa dia memang lelaki yang dapat membimbing kau masuk ke syurga,kau terima je lah.Seburuk mana pun rupa dia tapi kalau hati suci lagi bersih,dia lah lelaki yang menjadi idaman semua wanita sekarang,"
Nasihat Eliya sedikit sebanyak melembutkan hati Myra.Satu senyuman tulus diberikan kepada Eliya.
"Kau tu bila lagi?" Tanya Myra.
Eliya tertawa halus.
"Macam tu lah,praktikal aku lagi belum habis," kata Eliya.
Myra tersenyum.
Mata Eliya tertangkap satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.Kenapa sekarang?!
Myra yang sedari teman nya kelihatan resah,menayangkan muka pelik.
"Wei,kau apahal?Kena sampuk?" Tanya Myra.
"B-bos aku," kata Eliya.Mukanya disorokkan di sebalik tangannya ketika Danial lalu hadapan mejanya.
Eliya menarik nafas lega.Fuh..nasib tak kantoi.
Myra yang seperti dapat mengagak sesuatu mulai bertanya.
"Suka dia?" Tanya Myra.
Eliya yang asyik minum air yang dipesan tadi tersedak mendengar soalan yang memang tidak diduga dari Myra.
"Apa kau ni?!Bagi jantung aku sakitlah!Dia tu bos aku,garang macam singa!Tak nak lah aku suka dia hmph harap muka je handsome tapi hati?"
Myra yang mendengar mencebik.
"Kalau satu hari nanti sampai ke jinjang pelamin,aku tak hairan," kata Myra perlahan namun dapat didengar Eliya.
Eliya hanya mampu menjegilkan bebola matanya.

YOU ARE READING
Encik Bos,kenapa saya?
RomantizmSeorang perempuan bernama,Eliya Iris ingin menghabiskan praktikal nya di satu syarikat yang ada seorang bos kerek!Eliya sering diarah membuat pelbagai kerja oleh Danial Isyraf,bos yang berhati beku! "Kalau aku tengok ada habuk sikit,aku terus failka...