Abah, insan paling penting dalam hidup saya selain daripada Ma. Abah sentiasa ada untuk saya tak kira walau dalam apa jua situasi yang saya hadapi. Sepanjang hidup saya, tidak pernah sekalipun Abah menolak sekiranya saya perlukan bantuan, bahkan ketika dia tengah sakit, masih lagi tetap menghulurkan bantuan untuk saya semampunya.
Sejak kecil saya bergantung pada Abah. Abah yang menghantar ke sekolah, sehingga masuk universiti pun Abah yang hantar. Allah hadirkan sumber kekuatan buat saya melalui Abah. Setiap kali menghadapi masalah, pasti Abah menjadi orang pertama yang saya hubungi. Pernah sekali kereta saya tiba-tiba mati di pertengahan jalan untuk balik ke rumah, lalu say hubungi Abah, dan dia terus datang walaupun ketika itu malam dan di bulan puasa. Abah tidak pernah membiarkan anak-anaknya susah.
Walaupun Abah nampak garang dan tegas, Abah tidak penah abaikan keluarga. Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, namun ditunjukkan melalui perbuatan. Abah telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Rasanya tidak mampu untuk saya balas segala jasa yang telah Abah curahkan pada saya selama ini. Abah tidak pernah mengeluh, Abah cuma harap yang terbaik untuk keluarganya. Walaupun kadang-kadang ada keputusannya yang saya tidak boleh terima, tapi saya yakin Abah lakukan semua yang terbaik hanya untuk kami.
Ketika bergelut dengan pelajaran semasa di universiti, saya menjadikan Abah sebagai sumber kekuatan untuk terus bertahan. Bagi saya Abah telah banyak berkorban, seharusnya saya cuba sedaya upaya untuk membanggakan Abah supaya segala penat lelahnya selama ini berbaloi. Alhamdulillah saya berjaya dapatkan segulung ijazah dengan semangat yang Abah sentiasa berikan.
Sehingga kini, saya masih mengharapkan segala kekuatan Abah untuk saya teruskan hidup menggalas tanggungjawab yang Abah tinggalkan buat saya. Semoga saya diberikan hati sekuat Abah.
Al-Fatihah.
Abdul Aziz Bin Mat Yusoff
09.50pm | 16Muharam1438
Salam rindu buat abah ♡♥* إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un** اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف*ُ
*"Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu"*
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia"
Aamiin.