06 - Abah - P E R G I

18 1 0
                                    


Setahun yang lepas, pada 17 Oktober 2016, 9.50 malam, Abah telah "pergi" meninggalkan kami semua. Pergi tak kembali. Pergi menemui Penciptanya.

Sejujurnya aku masih belum bersedia untuk "berpisah" dengan Abah. Rasanya macam masih belum cukup waktu aku bersamanya, belum puas aku menemaninya, belum sempat aku membalas jasa-jasanya, belum habis aku belajar darinya dan belum sempurna tanggungjawab aku pada dia. Namun takdir Allah penentu segala, aku hanya hamba yang harus akur dengan setiap perancangan-Nya.

Jika ditanya apa yang aku rasa dalam setahun tanpa Abah, jawapan aku "hilang". Aku bagai hilang arah. Penasihat utama aku hilang tiba-tiba tanpa belum sempat aku belajar sehabisnya bagaimana untuk meniti hidup ini. Masih banyak perkara yang perlu aku tanyakan Abah. Namun masanya telah tamat sebelum sempat aku bertanya semuanya. Rasanya masih banyak persoalan yang tergantung.

Pemergian Abah memberi aku maksud tanggungjawab yang sebenar. Tanggungjawab seorang ketua keluarga yang sememangnya bukan mudah untuk dilaksanakan. Baru kini aku mengerti betapa berat tanggungjawab yang Abah galas selama ini sehingga terkadang aku terfikir bagaimana Abah lakukannya selama ini? Sebelum Abah pergi, aku pernah berjanji didepannya yang aku akan jaga semuanya. Aku berjanji untuk meneruskan tugasnya yang belum selesai. Dan kini aku harus tunaikan segala yang telah aku janjikan.

Buat Abah disana, semoga Allah menempatkan Abah di suatu tempat yang terbaik, yang indah, yang nyaman dan menenangkan. Abe janji akan cuba sedaya upaya menggalas tanggungjawab yang Abah tinggalkan walaupun ia tidak semudah lafaz janji. Abe cuma berharap pertemukan kita kembali suatu hari nanti di tempat yang lebih baik. Abe rindu nak tengok Abah senyum.

Segala kenangan bersama Abah takkan pernah padam dan sentiasa hidup dalam hati Abe.

Sebesar mana cinta ku rasa

Tapi Ilahi lebih menyayangi

Namun Ku redha kerana berbangga

Dikurnia Menjadi anakmu

Abah,

Tenanglah Disana

Ke Temu di syurga.

#AbahDalamKenangan

#SetahunTanpaAbah

#AbeRinduAbah

ABAHWhere stories live. Discover now