SEMPURNA

172 10 3
                                    

Memang dekat dunia ni manusia semuanya tak sempurna,mesti ada kekurangan tak kira dari segi luaran atau dalaman

Tapi zaman sekarang ni manusia dinilai sempurna kalau ada rupa yang cantik macam kulit cerah,kurus & tinggi.

Dan sebab itu jugak manusia yang ada ciri² sempurna ni pandang rendah dekat orang lain yang tak cantik luaran macam dia

Riak

Ada yang memang terang-terangan hina depan² tapi ada jugak yang berkias.

Contohnya (yang berkias) :
A seorang yang cantik memulakan perbualan dengan kawannya,B

A : "weh tengok ah budak tu gemuk
       dho pendek lak tu .. Bla bla bla "
      (bercakap dengan kawannya si B
       yang juga gemuk dan pendek)

B : oh haha (tak ambil kisah umpatan
      kawannya itu)

A : weh kau terasa ke? Sorrylah wei

Dalam dialog ni mungkin nampak biasa tapi bila difikirkan 2 3 4 5 6 kali sebenarnya dia sudah anggap si B macam tu tapi disebabkan kawan,dia kena jaga hati kawan dia tu.Cuba fikir, kenapa dia tiba² kata macam tu sedangkan si B takda apa² respond pun.

Mungkin sesetengah orang lain pendapat tapi ni pendapat aku.

Berapa belas tahun aku hidup macam² dah aku rasa, kena hina masa dekat sekolah rendah lagi dulu dengan manusia berlainan jantina. Sekolah menengah ni jangan cakap ah, yang terang-terangan memang dah selalu. Mungkin salah satu ujian hidup.Harap tabah jela.

Senang cerita dalam dunia akhir zaman ni, benda² ni semua cuma sikit je.

Kalau kita tak tergolong dalam ciri² sempurna masa kini janganlah risau kerana disebabkan kekurangan tu kita sedar diri sikit,  kita ni kerdil je dengan Sang Pencipta kita.  Dengan kekurangan ni, barulah kita tak riak , tak bangga dengan diri kan?

Mungkin pada kita atau orang lain kekurangan² ni jelik hodoh tapi Allah tak pandang semua tu , Allah pandang hati :))

Certot SENTAPWhere stories live. Discover now