Hilang

16 0 0
                                    

Aku seolah olah hilang pedoman. Tatkala kata kataku yang tajam muncul tanpa berfikir terlebih dahulu. Mungkin aku terlalu emosi. Mungkin aku sudah letih. Mungkin aku dah diselubungi rasa negatif.

Mungkin aku tak layak nak berdamping dengan siapa siapa. Walaupun kawanku sendiri, aku selalu sakitkan mereka. Mungkin mereka terlalu baik untuk aku. Mungkin aku patut keseorangan. Andai aku tahu apa yang patut aku lakukan sebetulnya. Aku buntu

Ingin aku luahkan segalanya padamu sahabat tapi aku tak mampu. Sebab kau bukanlah sekufu denganku. Engkau tidak berada di tempatku sebab kau berada di atas sentiasa. Aku yang hanya mendongak memandang engkau kerana kedudukan tinggimu. Andai engkau tahu bagaimana hati ini meronta ingin mengungkapkan seribu rasa. Andai engkau tahu sakitnya menahan kesedihan seorang diri. Bukan aku tak mahu berkongsi segalanya tapi aku tidak mahu mendengar perkara yang aku sendiri sudah tahu. Aku letih mendengar kata kata positif yang tak memberi kesan kepadaku.

Duhai sahabatku, maafkan aku kerana berbuat engkau terasa hati, terguris hati. Apa yang aku mahu cuma untuk engkau kekal dalam hidupku. Jikalau engkau mahu pergi, aku terpaksa reda. Tetapi di dalam hati ini, retak seribu, tiada siapa pun tahu. Janganlah pergi tolong jangan pergi. Tetapi siapalah aku untuk menahan seseorang..Kita tidak boleh memaksa orang yang sudah tidak mahu kekal dalam hidup ini. Jikalau kau tahu betapa sakitnya hati ini..

Duhai sahabat, aku terkadang memerlukan masa untuk tenang. Oleh kerana itu, berdiamlah aku. Tidak bercakap dengan sesiapa pun. Malahan bermonolog dengan diriku sendiri. Terkadang mahukan masa untuk merehat minda. Diamnya aku bukan hanya kerana rasa marah. Berjuta rasa tak dapat ku ungkap. Itulah menjadi sebab. Maafkan aku kerana bertindak melampau. Aku tak mahu hilang sesiapa, aku tak minta hilang kebahagiaan dari hidup aku tetapi jika ia mahu pergi. Pergilah, aku terpaksa reda. Kerana sayang itu tidak boleh dipaksa

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Certot SENTAPWhere stories live. Discover now