Hancur

38 1 0
                                    

Semuanya hancur
Hati hancur
Dunia hancur
Bumi hancur
Segalanya hancur

Bila kau lupa akhirat, leka dengan dunia.
Apa je tak hancur?
Bila kau tak sedar dunia ni dah hampir kiamat, kau bermain dengan permainan dunia.

& bilakala aku juga begitu, aku leka dengan dunia, leka dengan segala benda, leka dengan imaginasi sendiri, terkejar-kejar dengan duniawi.

Sedang sejak dahulu lagi, dunia ni dah tua. Sejak zaman Rasulullah lagi, namun kita masih leka. Dari zaman kerajaan Islam gemilang sehinggalah kejatuhan kerajaan-kerajaan berkenaan. Hinggalah kini, zaman jahiliah berulang kembali seperti di masa zaman jahiliah dahulu kala.

Dan pada hari semalam, kita dikejutkan dengan berita pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Sedang kita leka dengan permainan dunia, saudara-saudara kita di sana bermatian mempertahankan kiblat pertama kita tatkala musuh dengan senang lenangnya menjajah sesuka hati. Baitulmaqdis telah ditawan,dan persoalannya,apa perasaan kita sebagai umat Islam? Apa peranan kita? Takkan kita mahu lihat sahaja? Tatkala saudara-saudara di sana berjuang,apa yang kita buat? Kita di sini bergelak ketawa, berseronok, leka dengan hiburan. LEKA.

Apa peranan kita,kawan-kawan?
Apa peranan kita?

Yang boleh bantu kita cuma Allah sahaja, Allah sahaja tempat kita bergantung.

Kawan-kawan,
mari kita bantu saudara-saudara di sana melalui doa. Sesungguhnya senjata terkuat umat Islam adalah doa. Berdoalah untuk kesejahteraan umat Islam semua.

Bangkitlah kawan-kawan. Mari sama-sama kita baca doa Qunut Nazilah. Seru kekuatan untuk umat Islam. Seru kemenangan untuk umat Islam. Semoga Allah lindungi kita semua.

Certot SENTAPWhere stories live. Discover now