NIQAB

120 2 0
                                    

Apa tujuan pakai niqab ni ? Zaman dulu-dulu dekat Arab perempuan memang pakai niqab sebab apa ? Sebab kat sana cuaca panas , bahang dekat muka. Kalau tujuan lain pun mungkin sebab nak tutup muka , taknak dedah aib .Tapi zaman dulu mana ada make up semua ; Eyeshadow lah Mascara lah Eyeliner lah Contact lens pun belum wujud . Ala ada pun macam celak je . 

hmm . sekarang ni ceritanya dekat Malaysia jelah . Berlambak Niqabis . Perasan ? Memang bagus pakai kalau ada niat yang baik . Baguslah kalau niat nak pelihara wajah daripada ditatap oleh golongan ajnabi . 

MEMANG BAGUS TAPI .....

Perlu ke pakai Eyeshadow semua tu ? siap ala ala Smokey lah . Eyeliner Mascara tebal-tebal . Contact lens lagilah dah macam mata ular . 

Kenapa buat semua tu ? Sebab mata je yang boleh ditunjuk?
Lepastu boleh pulak post dekat instagram .
Kenapa ? Instagram tak diprivate pulak tu .

Selfie sana sini . Sedangkan yang tak berniqab pun ajnabi suka , yang berniqab apatah lagi . Lebih parah kalau si ajnabi siap cuba bayangkan muka sebenar yang berniqab tu . Terbayang-bayang dalam minda .

Post gambar selfie dengan caption agama .

Apa kaitannya?

Belum cerita lagi yang berniqab sebab baca buku-buku agama yang dijual di pasaran . Konon ditarbiyyah oleh buku tu . eh peliknya , selama ni ustazah ustaz mengajar tak tertabiyyah ke ? lepas tu , perangai tak ubah juga . Luaran dah ganti tapi dalamnya masih sama . Apa kebeno tarbiyahnya tu haih . 

Tak mungkin takde orang yang tanya pasal "penghijrahan" kau tu 

"Macam mana boleh tergerak hati nak berniqab ni weh"                  
"Apa perasaan kau bila dah berniqab
ni "

Dan dengan bangganya ceritalah kisah penghijrahan kau tu dan yang keluar kat mulut orang lain  

"woahh"                                          
"baik ah"

Kagumlah orang . Yelaa , dengan pengolahan ayat kau yang macam ahli kitab . Siapa je tak kagum . Sudah-sudahlah tu . Dah jelak aku melihatnya . Cukuplah bercakap macam tahu segalanya padahal kau masih baru nak mulakan perjalanan penghijrahan tu .

Macam sebelum ni aku cakap PENDAPAT ORANG LAIN-LAIN . Ni semua berdasarkan pemerhatian aku sendiri , mungkin orang pandang lain tapi nak buat macam mana kan , inilah pandangan aku .

Aku harap sangat sesiapa yang dah niat nak berniqab tu fikir-fikirkan lah . Takut kita bawak imej buruk kepada agama kita sendiri . Kalau setakat nak dipuji orang , tak payahlah . Lagipun agama tak mewajibkan pun pakai niqab . Jadi hang gatai2 nak pakai pasaipa ?! 

sekian ...

p/s : ni semua umum , tiada kaitan dengan sesiapa. Cuma luahan pendapat.

Certot SENTAPWhere stories live. Discover now