LALAI

25 0 0
                                    

Assalamualaikum guys, lama betul tak update. Banyak nau kerja lab hm sem ni agak busy sikit :(

Okay, berbalik pada tajuk. Nak habaq mai sikit. Semenjak masuk alam universiti ni, pegangan aku goyah sikit. Ya, aku mengaku. Tapi kadang-kadang bila aku sedar, aku berbalik pada pegangan aku. So,, lalai dalam tajuk ni merujuk pada diri aku yang hanyut terikut persekitaran universiti. Hanyut tak semestinya aku terlibat dengan dadah ataupun pergaulan bebas tapi hanyut aku ni dari segi perhubungan. Aku tak tahu kenapa aku boleh terikut. Entah. Perhubungan yang aku maksudkan adalah perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ya, tak tahulah mungkin sebab aku tengok classmates semua masing-masing ada partner. Aku rasa sunyi. Nak buat macam mana, memang fitrah manusia mesti ada rasa nak berpasangan. Lebih-lebih lagi, umur aku yang memang tak peliklah if kita ada pasangan. Umur yang memang elok untuk mula "berkawan" .

 Nak dijadikan cerita, memang title aku single je manjang. Okay dalam hal ni, rupa letak tepi lah. Aku ni biasa je muka, tapi manis tu adalah haha joke :> Semenjak masuk u, tipulah kalau takde rapat dengan sesiapa. To be honest, tiap kali aku dah rapat je mesti tak jadi apa, i mean that guy mesti buat perangai punya at the end. Aku naik fed up woi tapi aku ni tak serik. Sebab apa? Sebab lelaki tu yang start approach aku dulu, aku ni jenis malas nak approach orang sebab malu hahaha aku pemalu . So bila dah ada yang approach, aku macam mudah nak sayang sebab aku appreciate orang. Setakat ni, dah 2 orang yang aku terSAYANG euw jijiknya buat perangai bila dorang cakap dekat aku yang dorang dah jumpa someone. I mean, then why kau perlu approach aku? Kenapa bagi cakap manis macam kau betul maksudkan, siap tunjuk effort kau? And tahu tak berapa guy yang aku tolak tepi semata mata aku nak fokus pada satu orang yang at the end buat taik dekat aku. I mean, as perempuan , aku tak faham dengan lelaki? Korang nak apa actually eh? Dah ada someone special tapi kau still nak usha yang lain, dah tu kau rahsiakan  & once dah declare relationship kau, baru kau nak bagitahu gitu? Puas lah hati kau buat orang macam ni? HAHAHAHA okay, habis sesi luah. 

Back to the topic, lalai. Nampak kan? Dalam perjuangan aku menuntut ilmu dekat alam universiti ni, nilah dugaan aku selain tak dapat dean list hujung sem. Ya, aku lalai. Aku fokus pada benda yang tak penting, benda yang for sure Allah dah sediakan untuk aku if maut tak sampai dulu lah. Aku start sedar hari ni, semua yang aku SAYANG tu tak peduli pun dengan aku. Bila dia susah je, dia dekat pada kita. Bila dah ada yang lain, kita ni macam sampah. Jujur, kali ni memang perit sikit, sebab that guy budak faculty aku & aku pernah jumpa dia beberapa kali . we shared many things about our life. Even, i know about his siblings, mom & his dad. Yeah, its hurt but life must go on. So, aku sekarang ni tengah nak redakan nak hilangkan rasa sayang yang tak patut ni. Maybe perempuan lain akan menangis tapi aku ni tahlah susah betul. Perasaan marah aku lebih membuak daripada sedih. Now, aku tak tahulah ini sekadar sembang atau apa tapi yeah aku akan cuba untuk control rasa mudah sayang ni. Maybe dengan jadi sedikit heartless bila berdepan dengan guy. MAYBE. Percaya atau tak, benda ni buat aku label semua lelaki as sampah. MEN ARE TRASH.

Pesanan aku pada guy dekat luar sana, PLEASE JANGAN DEKAT DENGAN KAMI IF KORANG ADA SOMEONE SPECIAL. Ya, perempuan tak suka dekat dengan lelaki yang dah berpunya sebab kitorang taknak termakan dek kata manis korang tu. Please stop bagi harapan palsu. KOrang ingat tak sakit ke weh bila perasaan korang dipermainkan? haha bm terok do aku. Okay tu je, sekian daripada aku, si lurus bendul yang kena dump

Certot SENTAPWhere stories live. Discover now