[7]Bunuh tetap bunuh

567 29 0
                                    

Tiga hari lepas.

Seorang remaja berhoodie hitam melangkah masuk ke sebuah bilik yang terdapat di dalam bangunan yang besar itu."Kamu pergi mana tadi?"Tanya seorang lelaki separuh umur yang berada di dalam bilik tersebut."Pergi melawat Radhwa..kat hospital,"jawab remaja itu,acuh tak acuh."Radhwa?"Soal Dato' Helmi,mahukan kepastian."Ha ah,"kata Putera,hoodienya diturunkan.Dia duduk di atas sebuah sofa di bilik itu,memerhatikan ayahnya memeriksa dokumen-dokumen baharu yang telah diberikan oleh pembantunya tadi."Papa.." . "Ya?"

"Kenapa Aryan harus mati?"Soal Putera.

Dato' Helmi mengukir senyuman sinis.Pemeriksaan dokumen dihentikan buat sementara.Dia bangun kemudian melangkah ke arah tingkap.Melihat pembangunan yang semakin pesat di bandar.Putera hanya memerhatikan ayahnya itu.Kemudian,Dato' Helmi bersuara,"supaya mereka rasa apa yang kita rasa.." . "Tapi..dia tak bersalah!"Bentak Putera.

Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.Dato' Helmi hanya mendiamkan diri,menunggu anak tunggalnya itu untuk menyambung kata-katanya."Aryan tak patut mati,dia tak tahu apa-apa,"kata Putera lagi."Nyawa harus diganti dengan nyawa,"kata Dato' Helmi.Kejamnya dunia.Renungan tajam dihadiahkan kepada ayahnya."Aryan tidak terjebak pun dalam kejadian tu...." . "Biarkan..biar mereka tahu apa itu kehilangan.."Dato' Helmi memotong percakapan Putera.

"Radhwa..Dia kawan saya.Kenapa papa mahu bunuh dia juga?"Soal Putera lagi."Kawan tak kawan,saksi terdekat perlu dihapuskan,"jawab Dato' Helmi."Dia tak bersalah,"bantah Putera,tidak bersetuju dengan ayahnya.Perkara yang sudah lepas,mengapa perlu dibangkitkan semula?Dato' Helmi hanya mendiamkan diri.Putera bangun,dia melangkah ke arah pintu lalu berhenti,"saya akan halang papa daripada bunuh Radhwa,sekalipun saya perlu mati untuk menyelamatkannya,ingat papa,itu janji saya,"kata Putera dan dia terus keluar dari bilik itu.Dato' Helmi hanya tersenyum.Bunuh tetap bunuh.

_ _ _

Hari itu,semua guru terlibat dengan mesyuarat,pelajar dikehendaki untuk duduk di dalam kelas dan tidak merayau-rayau sehingga waktu rehat.Bermakna..cikgu tak masuklah.Saat yang paling menggembirakan.Radhwa mahu menghabiskan masanya dengan membaca novel inggeris yang baru dibelinya semalam.Baru sahaja buka muka surat pertama,pintu kelas dibuka.Seisi kelas yang tadi bising terus menjadi senyap.Seorang lelaki beruniform masuk ke dalam kelas tersebut."Hai,semua.Rindu aku ke?"Tanya lelaki tersebut kepada kawan-kawannya di dalam kelas itu."Putera!"Jerit salah seorang daripada pelajar di dalam kelas tersebut.Putera?

Radhwa yang sedang membaca buku,terus menghentikan pembacaannya apabila mendengar nama itu.Bukunya ditutup,dia melihat seorang lelaki yang dikerumuni pelajar-pelajar lain di hadapan kelas.Mata kanan coklat,mata kiri hijau.Melihat lelaki itu,membuatkan dia teringat akan seseorang.Putera?!"Ada pelajar baru?Mana?"Tanya Putera apabila kawan-kawannya menceritakan tentang pelajar yang baru pindah ke kelasnya.Salah seorang daripada mereka menghalakan jari telunjuknya ke arah Radhwa yang sedang melihat Putera.Mereka bertentangan mata.Riak wajah Putera berubah.

_ _ _

Waktu rehat bermula,seperti biasa,Radhwa membawa bekalan makanannya ke taman untuk dinikmati di sana.Setibanya di taman itu,kedengaran bunyi piano yang sedang dimainkan.Radhwa teruja mendengarnya.Dia segera mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.Dia melihat di sebalik gerbang di hujung taman itu,kelihatan seorang lelaki sedang memainkan piano yang di bawah atap yang berbunga.Putera.Radhwa terpegun dengan alunan muzik tersebut sehingga dia tidak menyedari bahawa seseorang sedang mendekatinya.

"Boo!"Arqam mengejutkan Radhwa dari belakang.Dia terkejut dan akhirnya terjatuh di hadapan Putera yang sedang bermain piano."Oops..hehe.."Radhwa memberikan renungan tajam kepada Arqam.Oops?Putera ketawa kecil melihat mereka berdua."Eh,hero malaya,welcome back!"Kata Arqam apabila menyedari Putera berada di situ."Patutlah dengar bunyi piano,"sambungnya lagi.Putera hanya membalas dengan senyuman,seketika kemudian,"don't call me a hero malaya or I will kill you.." . "Kau ni,aku bergurau je,rileklah,"balas Arqam,menenangkan Putera.

Pandangan Putera dialihkan kepada Radhwa yang sedang membersihkan bajunya yang sedikit kotor akibat jatuhan tadi."Awak..okey?"Tanya Putera."S-saya okey.."jawab Radhwa."Tak sangka..kita akan berjumpa di sini pula.."Kata Putera."Tulah,dah 6 tahun kan..."ucap Radhwa pula.Arqam yang dari tadi hanya melihat mereka akhirnya bersuara,"korang berdua ni,dah macam jejak kasih aku tengok,dah 7 tahun tak jumpa,tetiba bersekolah di sekolah yang sama,oh..so sweet..jom makan,"dua renungan tajam dihadiahkan kepadanya tanpa diminta."Okey..okey.."ucap Arqam,terancam dengan renungan mereka.

"Jadi,korang ni kawanlah?"Tanya Arqam,Putera dan Radhwa mengangguk."Sejak umur 7 tahun?"Tanya Arqam lagi,anggukan diberi."Oh,kenallah ni?"Penat mengangguk,Putera menjawab,"iye,kitorang kenal." . "Janganlah marah,"cebik Arqam."Tak marah pun,hmm,mana Rayyan?"Tanya Putera pula,mahu bertemu dengan kawan baiknya yang seorang itu."Macam biasalah,surau adalah destinasi pertama yang dituju apabila tibanya waktu rehat.."kata Arqam.Sedang mereka berbual,Rayyan muncul di belakang mereka,"cari aku?".

Kemunculannya mengejutkan mereka berdua,"kau ni,kalau aku ada sakit jantung tadi..Fuhh,mati katak je kat sini,"kata Arqam."Mati katak,mana kau dapat istilah tu?"Tanya Rayyan."Dalam kamus otak aku edisi ketiga,"jawab Arqam."Yelah tu.Well,long time no see ya,welcome back,"ucap Rayyan kepada Putera,senyuman diberikan.Sudah dua bulan kawan karibnya itu meninggalkan sekolah kerana perlu menjalani rawatan di tangan kanannya."Tangan kau dah okey ke?"Soal Arqam."Okey,tapi still tak boleh buat apa-apa kerja yang berat,"jawab Putera,sedikit sedih.

Radhwa yang diam sejak tadi di meja sebelah terkejut dengan apa yang didengarinya."Kenapa dengan tangan awak?"Soalnya."Retak teruk,hampir patah sebab jatuh daripada kerusi haritu,"kata Putera.Arqam menyambung,"retak tapi berdarah juga sebab terkena tingkap....".Darah.Radhwa segera memegang kepalanya.Matanya ditutup.Kepalanya terasa sakit.Tolonglah.Jangan sambung lagi.Sesiapa...tolong hentikan."Radhwa?"Rayyan pelik dengan Radhwa yang memegang kepalanya"Arqam,stop,jangan cerita tentang kejadian tu,"kata Putera.

Putera mendekati Radhwa.Kemudian dia duduk di hadapan Radhwa,"Radhwa,dengar saya tak,jangan ingat tentang perkara tu..."air mata mula mengalir di pipi Radhwa."Radhwa,buka mata awak,saya ada kat depan awak.."kata Putera cuba menenangkan Radhwa.Perlahan-lahan Radhwa membuka mata.Bebola matanya berubah warna,tadi hitam,kemudian bertukar menjadi coklat.Semakin dia mengingati tragedi itu.Semakin dia mengingati darah,semakin teranglah matanya bertukar menjadi coklat.

Melihat Putera di hadapannya,bebola matanya beransur hitam seperti biasa.Putera senyum.Dia mengeluarkan sapu tangan dari poketnya lalu memberikannya kepada Radhwa."Nah,sapulah air mata tu,"kata Putera.Dia pergi ke pokok jasmine yang berdekatan kemudian memetik bunga tersebut lalu dia memberikan bunga itu kepada Radhwa."Ingat tak,awak pernah kata kat saya,'hodohlah muka awak kalau awak menangis',pastu awak bagi bunga jasmine untuk menggantikan bunga ros sebab ia wangi.."ucap Putera.

"Awak masih ingat?"Akhirnya Radhwa tersenyum juga,air mata mengalir lagi namun bukan kerana kesedihan tetapi kerana kegembiraan.Gembira apabila seseorang mengingati kenangan lama yang manis.Tiba-tiba,suatu suara menyampuk,"hoi,first time aku tengok drama live depan mata,dah pukul 10:28 ni,2 minit lagi loceng akan berbunyi,jomlah masuk kelas,"kata Arqam.Mereka berempat ketawa kecil.'Papa,saya akan jaga Radhwa!'Janji Putera di dalam hatinya.Kenangan lama pasti tidak akan dilupakan,bukan?


TRAUMAWhere stories live. Discover now