Arqam yang sudah menggelabah menjadi orang pertama yang turun dari kereta,dia mahu masuk ke dalam taman itu namun sempat ditahan oleh Harraz."Sabar dulu,"kata Harraz kepada kawannya itu.Arqam hanya mengangguk."Weh,ambil senjata dulu,"kata Hayfa sambil mengeluarkan beberapa senjata seperti kayu besbol,kayu hoki,bola hoki,raket dan sebagainya.
Buat pengetahuan pembaca,Harraz dan Hayfa merupakan anak kepada Pemilik Syarikat pengeluar peralatan sukan.Setelah mengambil senjata yang diperlukan,mereka semua masuk ke dalam taman itu.Kedengaran satu suara dari bahagian kiri taman tersebut.Mereka berpaling.Terlihat beberapa orang lelaki sedang duduk di meja taman yang disediakan.
Putera melihat lelaki yang menjadi tumpuannya itu.Dalam erti kata lain,ayahnya."Kamu datang juga,ya?Sayang betul kamu kat perempuan ni,"kata ayahnya itu."Putera senyum sinis,"lepaskan dia,pa..Saya cakap baik-baik ni,tolong lepaskan dia.."ucap Putera."Hmmm...pistol,"setelah diberikan pistol,Dato' Helmi berjalan perlahan-lahan ke arah Radhwa dan meletakkan pistol itu di kepala gadis itu."Jangan!"Teriak Putera.
Perlakuan Dato' Helmi itu mengejutkan mereka.Radhwa sudah menangis.Satu tembakan yang akan menamatkan riwayatnya."Di kepala,leher atau jantung?"Tanya Dato' Helmi.Putera melangkah beberapa tapak ke hadapan."Berhenti,atau papa tembak perempuan ni!"Bentak lelaki tua itu.Putera berhenti,dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Rayyan dan Arqam yang berada di belakang Putera melihat di tepi mereka.Di belakang pun takde.Ke mana pula mereka ni?Hayfa dan Harraz yang berada di sebelah mereka beberapa saat yang lepas,hilang begitu saja.Tiba-tiba...Pakk..Pistol yang berada di tangan Dato' Helmi disepak lalu tercampak ke dalam rimbunan bunga ros.Si kakak tersenyum.
"Terkejut?"Tanya si adik.Kayu besbol yang berada di tangannya terus dilayangkan ke kepala Dato' Helmi.Lelaki itu terus rebah mencium bumi.Kepalanya berdarah sedikit.Pembantu-pembantu Dato' Helmi yang lain terus menyerang tiga sekawan yang berada di hadapan mereka itu."Tunggu apa lagi?Kekuatan daripada tiga pemegang tali hitam Taekwondo,"kata-kata Arqam mengundang senyuman daripada dua orang rakannya itu.
Radhwa sudah pengsan ketika melihat darah yang mengalir dari kepala Dato' Helmi yang rebah di hadapannya.Ikatannya dilepaskan dan pita pelekat di mulutnya ditanggalkan.Beberapa minit kemudian,kedengaran bunyi siren polis dan ambulans menghampiri taman itu.Setibanya polis di situ,penjahat-penjahat itu sudah dibelasah dan diikat.
Apabila tiga pemegang tali pinggang hitam bergabung,beginilah jadinya.Dato' Helmi dan Radhwa dibawa ke hospital swasta.Kelima-lima rakan itu berpuas hati dengan hasil itu.Walaupun terdapat sedikit kesan lebam akibat perlawanan tadi,tidak mengapa kerana Radhwa masih selamat.Mereka juga turut ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.
_ _ _
Radhwa tersedar.Bau ubat.Hospital."Eh,eh,Radhwa dah sedar!"Teriak Hayfa."Senyap sikitlah,hospital ni,"Harraz menegur kembarnya itu.Hayfa tersengih seperti kerang busuk.Radhwa melihat sekeliling.Hayfa,Rayyan,Arqam dan Harraz.Semuanya berada di sini.Tapi..."Mana Putera?"Tanya Radhwa.Ekspresi wajah mereka berubah.
"Putera..."Arqam tidak menghabiskan kata-katanya."Dia..."Rayyan juga begitu.Riak wajah mereka seperti sesuatu yang buruk sudah berlaku kepada Putera."Kenapa ni?"Radhwa cemas.Pintu bilik dibuka.Kelihatan Putera sedang membawa sejambak bunga ros untuk Radhwa."Saya okey je,jangan menangis pula,"ucap Putera lalu bunga itu bertukar tangan kepada Radhwa.
Mata Radhwa berkaca.Buat dia risau sahaja.Penjahat-penjahat itu sudah dibawa ke lokap.Dato' Helmi pula masih koma.Harraz juga tidak menyangka pukulannya itu boleh meng-KOMAkan orang."Terima kasih korang,sebab selamatkan aku!"Ucap Radhwa,beruntung dia mempunyai kawan seperti mereka.Mereka semua tersenyum.Berharap tali silaturahim ini akan berkekalan selamanya.Terima kasih,kawan
![](https://img.wattpad.com/cover/85224502-288-k886962.jpg)
YOU ARE READING
TRAUMA
Misteri / ThrillerTragedi lama masih lagi menghantui dirinya. Tragedi itu juga telah menjadikan dia fobia dengan darah. Radhwa berpindah ke sebuah sekolah private yang menempatkan pelajar daripada golongan bangsawan. Bertemu dengan pelbagai ragam rakan-rakan baharuny...