[4]Surat pembunuh

661 31 0
                                        

(Ringtone berbunyi)

"Hello?"

"Hai,Radhwa,lama tak jumpa."

"Siapa ni?"

"Haha."

"Saya ada buat lawak ke?"

"Haih..Pagi esok,kau pergilah kat peti surat rumah kau,ada kejutan."

"Kejutan?"

Panggilan dimatikan.

_ _ _

Pada pagi itu,Radhwa menerima panggilan daripada seseorang yang tidak dikenalinya.Tapi orang tu mengatakan bahawa dia mengenali Radhwa.Baik,abaikan.Radhwa pun keluar dari rumahnya dan pergi ke peti surat di pagar utama.Dia melihat satu sampul surat berwarna merah hati terletak di dalam peti itu.Radhwa mengambil surat itu dan membaca isinya.

'AKU ADALAH MANUSIA YANG MENYURUH PEMBUNUH UPAHAN AKU UNTUK MEMBUNUH ARYAN.KAU MASIH INGAT LAGI TENTANG KEJADIAN ITU,KAN?TAK MUNGKIN KAU DAH LUPAKAN TRAGEDI TERSEBUT.AKU CUMA NAK CAKAP,AKU BERADA BERDEKATAN DENGAN KAU.AKU BERADA DI SEKELILING KAU.HATI-HATI..'

Radhwa pengsan.

_ _ _

Radhwa tersedar.Bau ubat.Dia berada di hospital.Dia melihat seseorang yang sedang tidur di atas kerusi bersebelahan dengan katilnya.Harraz?Radhwa melihat jam di dinding.Sudah pukul 9 malam.

Harraz terjaga daripada tidur.Dia melihat Radhwa yang sedang memandangnya."Radhwa?Awak dah sedar,"kata Harraz sambil mengesat matanya.Masih mamai."Kenapa saya dan awak ada kat sini?"Tanya Radhwa."Awak pengsan sebelum datang ke sekolah pagi tadi,driver awak telefon sekolah.Kami risau,sebab itulah,kami ke sini,"jawab Harraz.

"Kami?"Radhwa keliru.Dia rabun ke?Dia hanya nampak Harraz seorang sahaja."Ha ah,Hayfa,Rayyan dan Arqam turun ke bawah,beli makanan,"sambung Harraz."Oh.."Jawapan yang ringkas."Aku pergi jumpa doktor sekejap,ya?" . "Okey."Harraz keluar dari bilik itu.Dia mahu memberitahu doktor tentang keadaan Radhwa yang baru sahaja sedar.

Sedang Harraz berjalan ke bilik doktor,dia terlanggar seorang lelaki berhoodie hitam sehingga membuatkan bunga yang dipegang oleh lelaki tersebut terjatuh.Harraz segera meminta maaf namun lelaki itu mengambil bunga tersebut dan terus meninggalkan Harraz.Harraz hairan tapi dia kisah apa.Dia hanya meneruskan langkahnya.

Pintu bilik 12,bilik Radhwa dibuka.Disebalik langsir,kelihatan bayang-bayang seorang lelaki sedang berdiri sambil memegang sesuatu.Bau harum bunga ros memenuhi ruang bilik tersebut.Radhwa diam,menunggu lelaki itu untuk bersuara.

"Hai,maaflah sebab buat kau pengsan."

"Huh?"Radhwa bingung.

"Aku nampak kau pengsan selepas baca surat yang aku bagi tu."

"Oh..kau orang yang....bunuh Aryan."Nada Radhwa sedikit sedih.

"Ha ah."

"Kenapa kau datang?Nak bunuh aku?"

"Sekarang bukan masanya untuk bunuh kau.."

"Jadi,kau memang nak bunuh akulah?"

"Mungkin."

"Kenapa?Kau dah bunuh kawan aku yang tak bersalah tanpa sebab,sekarang kau nak bunuh aku pula?"

"Ada sebabnya..Kau akan tahu nanti.."

"Huh?"

"Aku tinggalkan bunga ni untuk kau,harap kau suka,semoga cepat sembuh."

Lelaki itu pun beredar daripada bilik tersebut meninggalkan Radhwa dalam keadaan tertanya-tanya.Ada sebabnya?

TRAUMAWhere stories live. Discover now