7 tahun lepas..
Radhwa baring di tengah padang yang dikelilingi bunga ros itu.Melihat langit yang terbentang luas.Indah sungguh ciptaan tuhan.Seorang budak lelaki datang mendekatinya."Hei,Aniqah,puas saya cari awak,rupanya awak kat sini,"cebik Aryan."Cantikkan bunga ni?"Soal Radhwa."Cantik,"ujar Aryan.Sedang mereka berbual.Kedengaran bunyi tangisan dari sebuah pokok yang berdekatan.Mereka berdua terkejut."Pokok tu menangis ke?"Tanya Aryan,ketakutan.
Aryan menyorok di belakang Radhwa yang baru sahaja berdiri.Radhwa hanya menggelengkan kepalanya."Aryan ni,penakut betul.Mana ada pokok menangis.Jap,Radhwa nak tengok,"Radhwa mengatur langkahnya.Aryan mengekorinya dari belakang.Setibanya mereka di hadapan pokok besar itu,tangisan itu berhenti."Kenapa berhenti,pokok ni takut dengan kita ke?"Tanya Aryan."Radhwa rasa,ada oranglah di belakang pokok ni,"kata Radhwa.Dia pun melihat di belakang pokok tersebut.
Seorang kanak-kanak lelaki sedang menutup mukanya."Aryan,Radhwa dah kata,mana ada pokok menangis..tengok ni,"Radhwa menunjukkan kepada Aryan seorang kanak-kanak lelaki yang hampir sebaya dengan mereka di belakang pokok itu.Aryan seperti mengenali kanak-kanak itu."Putera!"Jeritan Aryan mengejutkan Radhwa.Radhwa mahu mencubitnya namun sempat dielak.Putera mengalihkan tangannya daripada muka.
Kelihatan kesan air mata masih tidak hilang.Radhwa mengeluarkan sapu tangan lalu menghulurkannya kepada Putera."Ambillah,"kata Radhwa.Putera tersenyum,"terima kasih."."Sama-sama,"Radhwa memberikan senyuman kepadanya."Kenapa Putera ada kat sini?Mana uncle dan aunty?"Tanya Aryan."Papa marah Putera sebab Putera pecahkan gelas yang baru dia beli.Putera takut,Putera pun larilah dari rumah..Putera bukannya sengaja nak pecahkan.."kata Putera.Dia menangis semula."Putera tak patut buat macam tu kat uncle.."nasihat Aryan."Hei,hodohlah muka awak kalau awak menangis,"ucap Radhwa.
Radhwa memetik sekuntum bunga ros yang berdekatan.Dia tidak sedar bahawa bunga tersebut mempunyai duri.Duri-duri kecil mencucuk jari,Radhwa menarik tangannya.Sakit.Dia pergi ke pokok bunga jasmine di sebelah lalu memberikannya kepada Putera dengan menggunakan tangan kiri.Tangan kanannya disorok di belakang.Aryan hairan."Nak beri bunga ros tapi saya tak pandai nak petik,takpelah,bunga ni pun wangi juga,"Radhwa mengukir senyuman.Tangisannya terhenti,Putera menerima bunga tersebut."Tak baik beri sesuatu dengan tangan kiri.Kenapa tak guna tangan kanan?"Tanya Aryan."Err..Tangan Radhwa..."
Belum menghabiskan kata-katanya,Aryan menarik tapak kanan Radhwa yang dipenuhi kesan tusukan-tusukan duri.Radhwa mengaduh kesakitan."Tangan Radhwa berdarahlah,Radhwa pegang bunga ros ke?"Tanya Aryan lagi.Radhwa mengangguk perlahan.Aryan mengeluh.Dia mengeluarkan sapu tangan,dettol dan plaster daripada begnya lalu merawat tangan Radhwa."Aduh,kenapa Aryan letak dettol?"Cebik Radhwa."Supaya cepat sembuh,macam mana Radhwa nak makan nanti,"jawab Aryan.Putera hanya memerhatikan mereka berdua.Setelah menampal plaster pada jari Radhwa,"Putera,kitorang hantar Putera balik naik kereta Aryanlah,mesti uncle dan aunty dah risau.."Putera mengangguk tanda bersetuju.
Putera melihat Radhwa yang masih memasamkan muka selepas rawatan percuma yang dibuat ke atas tangannya sebentar tadi."Hei,hodohlah muka awak kalau tak senyum,"kata Putera.Radhwa memandangnya."Nah,"Putera memberikan bunga yang diberi oleh Radhwa tadi.Radhwa tersenyum,"saya dah beri,mana boleh ambil." . "Kalau macamtu..."Putera memetik sekuntum bunga jasmine lalu memberikannya kepada Radhwa."Terima kasih,"ucap Radhwa lalu mereka ketawa kecil.Aryan yang sudah masuk ke dalam kereta memanggil mereka yang masih di pintu taman tersebut.Mereka berdua pun segera berlari masuk ke dalam kereta dengan ketawa yang masih bersisa.
_ _ _
"Mimpi lagi.."Dua perkataan pertama yang diucap oleh Radhwa setelah terjaga daripada tidurnya.Mimpi yang sama.Mengapa dia asyik bermimpikan satu mimpi yang sama?Sudah tiga kali berturut-turut sejak dia pulang dari hospital.Hmmm..Putera.Sejak dia pindah dari kampungnya selepas tragedi itu,dia tidak lagi mendengar khabar dari kawannya itu.
_ _ _
YOU ARE READING
TRAUMA
Mystery / ThrillerTragedi lama masih lagi menghantui dirinya. Tragedi itu juga telah menjadikan dia fobia dengan darah. Radhwa berpindah ke sebuah sekolah private yang menempatkan pelajar daripada golongan bangsawan. Bertemu dengan pelbagai ragam rakan-rakan baharuny...