Mereka pergi ke Watsons pula.Perempuan sahaja yang selalu pergi ke sini.Jadi,yang lelaki hanya tunggu di luar."Aku tau kau sedang fikir apa yang aku fikir.."kata Harraz."Huh?Kenapa?"Putera keliru."Kau nampak lelaki tadi,kan?Lelaki tu,aku nampak semasa kita dalam perjalanan ke kedai buku tadi,tapi dia menghilang secara tiba-tiba,so aku abaikan jelah,"terang Harraz.
Arqam menyampuk dalam perbualan mereka,"Aku jerit dalam kedai tadi sebab lelaki tu pergi kat Radhwa," . "Yeke?!"Harraz dan Putera bagaikan tidak percaya,bagaimana mereka boleh leka dengan keadaan sebegitu.Rayyan yang dari tadi khusyuk membaca komik yang baru dibelinya tiba-tiba bersuara,"kenapa ni?"Pelik juga dengan kawan-kawannya itu.
Sementara di dalam kedai Watsons..
(I'm telling you..I softly whispered..)
Lagu Wherever you are-One OK Rock menandakan ada seseorang sedang menelefonnya."Radhwa melihat telefonnya,nombor yang tak dikenali."Hayfa,ada orang call,aku keluar sekejap,ya?"kata Radhwa.Hayfa mengangguk.Radhwa segera keluar dari kedai dan menjawab panggilan tersebut.
"Helo?"
"Hai."Suara lelaki.
"Siapa ni?"
"Pembunuh."
"Kau nak apa?"Nada Radhwa berubah.
"Aku nak kau mati."
"Aku dah tahu siapa kau."
"Ada aku kisah?"
"Mesti,sebab aku boleh buat apa-apa sahaja."
"Kau bukannya ada bukti."
"Aku akan cari."
"Nak cakap je ni."
"Apa?"
"Hati-hatilah,aku sentiasa ada di sekeliling kau,aku boleh bunuh kau bila-bila sahaja."
"Kau ingat aku takut?"
"Mesti,sebab aku ada kat belakang kau sekarang ni."
Radhwa berpaling,mulutnya ditekup dengan sehelai kain.Bau alkohol menyerbu hidung.Dia terasa pening dan..dia pengsan.
_ _ _
Hayfa keluar dari Watsons.'Mana Radhwa ni,kata sekejap je..'gumam hatinya.Dia terus berjalan ke arah empat orang lelaki yang mungkin sudah berjanggut menunggunya."Eh,mana Radhwa?"Soalan yang mengejutkan."Dia ada dengan kau tadi,kan?"Tanya Rayyan pula,mahukan kepastian.
"Tadi dia ada dengan aku,pastu ada orang call,dia keluar,then dia dah tak masuk,kata sekejap je tapi dah 30 minit ni,"Hayfa mula cemas.'Dia sedar tak,dah 40 minit dia kat dalam kedai tu..haih..'fikir Harraz.Tiba-tiba,telefon Putera berdering.Dia segera menjawab.
"Helo?"
"Hai,Putera."Suara yang amat dikenali.
"Papa?Papa buat apa kat Radhwa?!"
"Jangan risau,Radhwa selamat dengan papa sekarang ni."
"Papa!Jangan apa-apakan dia!"
"Hahaha.."
"Papa kat mana ni?"
"Bumi."
"Tolonglah papa,punchline tak jadi,memang saya kat planet Marikh pun sekarang ni."
"Okey,okey,sabar..Papa nak pergi ke sebuah tempat yang menjadi tempat pertama kali kamu bertemu dengan Radhwa."
"Pertama kali?"
"Ya...dan bakal menjadi tempat pertemuan terakhir di antara kamu dan Radhwa."
"Papa!Jangan..."
Panggilan dimatikan.Putera menggenggam telefonnya itu.Keempat-empat rakannya itu memandangnya dengan penuh tanda tanya."Rosefield..Radhwa kat sana..Jom.."
_ _ _
Radhwa membuka mata.Kelihatan langit terbentang luas di hadapannya.Aku dah mati?Dia melihat di kirinya.Bunga ros?"Radhwa,walaupun apa pun berlaku,awak kena tabah tau..Saya tahu awak kuat,"kedengaran satu suara berkata-kata.Radhwa berpaling.Terlihat wajah Aryan yang sedang senyum kepadanya."Awak kuat,kan?"Tanya Aryan lagi.
Radhwa terjaga.Tempat yang sama.Langit dan bunga ros.Tapi mana Aryan?Tadi dia ada.Mulutnya seperti dilekatkan dengan pita pelekat.Mengapa tangannya seperti diikat?Kakinya juga.Tiba-tiba,kedengaran suara beberapa orang lelaki yang sedang menghampirinya.Radhwa segera menutup matanya.
"Angkat dia ke pokok tu."Arah seorang lelaki."Baik,bos,"lelaki yang lain membalas.Radhwa dapat merasakan badannya diangkat dan disandarkan di sebuah pokok."Okey,kita tunggu mereka datang,"kata lelaki tadi.Radhwa membuka matanya.Perlakuannya disedari oleh lelaki tua itu."Dah bangun?"
Radhwa mengerutkan dahi.Soalan apa ni?Mahu saja dia menjawab belum bangun lagi,masih tidur ni,nasib baik mulutnya sudah dipita pelekatkan."Sebentar lagi kau akan dibunuh,"lelaki itu berkata-kata dengan penuh gembira.Radhwa tidak dapat berbuat apa-apa.Dia melihat sekeliling.Bunga Jasmine..Pokok ni adalah pokok di mana dia terjumpa Putera yang sedang menangis.
Pandai betul orang tua ni cari tempat.Radhwa memberi pandangan maut kepada lelaki itu.Lelaki itu memberi senyuman sinis kepadanya,"tak puas hati?"Soal lelaki itu.Radhwa memandangnya tanpa berkelip.Kemudian,dia beralih pandangan kepada pembantu lelaki itu."Bos,dia pandang saya,"ujar lelaki itu."Kau takut ke?"Tanya bosnya itu."Ye bos,seram.."
Radhwa hampir tergelak mendengar jawapan itu.Tak sangka taktik membulatkan matanya kepada lelaki itu menjadi.Ingatkan kuat sangat,sampai aku yang berat ni pun dia boleh angkat,penakut rupanya.Kepala lelaki itu disiku oleh bosnya,"kau ni,perempuan tu,buat malu keturunan je.."balas lelaki tua itu.
Tidak lama kemudian,sebuah kereta Alphard hitam tiba di pintu gerbang Rosefield.Ketibaan itu disampaikan melalui pembantu-pembantu yang sedang mengawal di bahagian hadapan.Ramai rupanya,ingatkan sorang je.'Hati-hati..korang..'bisik hati kecil Radhwa.
_ _ _
![](https://img.wattpad.com/cover/85224502-288-k886962.jpg)
YOU ARE READING
TRAUMA
Mystery / ThrillerTragedi lama masih lagi menghantui dirinya. Tragedi itu juga telah menjadikan dia fobia dengan darah. Radhwa berpindah ke sebuah sekolah private yang menempatkan pelajar daripada golongan bangsawan. Bertemu dengan pelbagai ragam rakan-rakan baharuny...