[3]Pertemuan

892 35 1
                                    

Sudut pandangan Radhwa

Masa rehat bermula."Hai,nama awak Radhwa,kan?Saya Nur Hayfa Farzana dan ini adik kembar saya Muhammad Harraz Hayqal,"seorang perempuan dan kembar lelakinya datang kepadaku.Hayfa menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku.

Aku menyambut tangannya lalu Hayfa memandang mataku sambil berkata,"awak trauma dengan darah..Awak ada penyakit hemophobia dan awak telah kehilangan seseorang yang penting dalam hidup awak.."

Dia boleh baca kisah silam aku?"Hayfa!"Harraz yang berada di sebelah Hayfa menepuk belakangnya.Hayfa bagai tersedar dari mimpi.Dia menggelengkan kepalanya."Akak baca fikiran orang lagi ke?"Tanya Hayfa kepada saudara kembarnya itu.Harraz mengangguk."Huh?!Maaf,saya tak sengaja terbaca fikiran awak,"

Hayfa segera meminta maaf.Harraz menyambung,"Kami boleh membaca fikiran orang,saya boleh baca secara terus tapi fikiran saya kena tenang,jadi ia mengambil sedikit masa,Hayfa boleh baca fikiran orang melalui sentuhan,sebab itulah apabila awak salam dia,dia cakap apa yang dia telah baca dari fikiran awak,"Harraz menjelaskan tentang keistimewaan mereka itu.

Sugoi!Ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan orang yang boleh membaca fikiran orang lain."Takpe,saya tak kisah.."Aku hanya senyum kepada mereka berdua."Makan?"Tanya Hayfa."Takpe,saya ada bawa bekal."Aku menolak dengan baik.

"Okey,kami pergi dulu,"jawab mereka serentak.Hayfa dan Harraz terus melangkah keluar dari kelas sementara aku pula masih lagi berada di dalam kelas,mengeluarkan bekalan dari beg.

_ _ _

Radhwa berjalan ke arah sebuah taman bunga di sekolah tersebut.Taman itu dipagari pokok-pokok sakura Malaysia yang sedang berbunga.Begitu cantik sekali.Radhwa terpegun seketika.Dia tidak menyedari bahawa seseorang sedang memerhatikannya."Hai."Satu suara menegurnya.Radhwa menoleh.Seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya.

Lelaki itu hanya senyum kepadanya.Radhwa melihat lelaki itu.Kacak.Well,anak orang kaya,memanglah kacak.Pelajar sekolah inikah?Mengapa dia tidak memakai uniform?"Nama saya Arqam,"Dihulurkan tangannya namun hanya disambut dengan pandangan yang mengelirukan."Tak boleh,bukan muhrim.."kata Radhwa."Oh,okey.."Arqam menarik kembali tangannya.Malu apabila ditegur begitu.

Radhwa terus pergi ke salah sebuah meja yang terdapat di taman tersebut."Hei,awak belum beritahu nama awak lagi,"lelaki itu mengekorinya.Radhwa meletakkan bekalannya di atas meja.Dia mengeluh dan mengalihkan pandangannya ke arah lelaki tersebut.Arqam berdiri tidak sampai satu meter jaraknya daripada Radhwa.Radhwa terkelu.

"Tolong berdiri jauh sikit,boleh?"Tegur Radhwa,tidak selesa dengan lelaki itu walaupun rupanya mampu mencairkan hati mana-mana perempuan."Beritahu saya nama awak dahulu,"kata Arqam."Saya tak selesa sebab awak berdiri dekat sangat dengan saya,"luah Radhwa.Namun,Arqam hanya berdiri di situ,tidak melakukan apa yang telah dikatakan kepadanya.

_ _ _

Sudut pandangan orang ketiga

Memandangkan waktu rehat berlangsung selama 1 jam,Rayyan membuat keputusan untuk pergi ke surau dahulu.Dia mahu melakukan solat sunat Dhuha.Setelah solat Dhuha,dia pergi ke taman bunga untuk menyambung kembali pembacaannya yang tergendala.

Rayyan melihat seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan sedang berbual di taman tersebut.Riak wajah sang gadis seperti tidak suka akan pelajar lelaki tersebut.Rayyan hanya menggelengkan kepala setelah menyedari bahawa lelaki itu ialah kawan baiknya sendiri.Dia berjalan ke arah dua orang pelajar itu.

"Arqam,baru balik ke?"Tegur Rayyan.Arqam terkejut.Nasib baik tak melatah."Hish,kau ni!Buat aku terkejut je,ha ah,aku baru balik tadi,"kata Arqam.Radhwa hanya memandang dua sahabat itu.Tumpuannya dialihkan ke arah lelaki bermata coklat yang menegur Arqam.Lelaki tadi.Ya,dialah mamat riak,keji,sadis dan bongkak yang tak pandai nak minta maaf tu.Radhwa hanya mendiamkan diri.

Radhwa duduk di bangku dan membuka bekalannya.Tanpa dijemput,Arqam menarik Rayyan untuk duduk bersamanya di bangku berhadapan dengan Radhwa.Radhwa memandang dua jejaka itu.Arqam pun memperkenalkan kawan baiknya kepada Radhwa,"ni kawan aku,nama dia Rayyan." . "Oh."Jawab Radhwa."Aku kenal lah dia,Arqam,"Rayyan bersuara.

Arqam membulatkan matanya."Huh?Ye ke?"Dia bertanya seakan tidak percaya."Dia baru pindah ke kelas aku tadi,nama dia Radhwa,"sambung Rayyan."Oh.".Radhwa hanya menikmati bekalan sandwic tunanya.Perbualan mereka itu tidak dihiraukan.20 minit kemudian,loceng dibunyikan dan semua murid beredar ke kelas masing-masing.

TRAUMAWhere stories live. Discover now