Putera melihat rumah di hadapannya itu.Besar,seperti rumah dia."Awak tinggal seorang diri sahaja di sini?"Tanya Putera.
"Taklah,ada maids,driver,pengawal.."
"Maksud saya,mak dan ayah awak?Siblings?"
"Mak dan ayah saya busy,ada meeting kat Jerman,abang saya pula belajar kat Australia."
"Ohh.."
"Jomlah masuk."
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah tersebut,terdengar bunyi ngauman sesuatu seperti bunyi harimau.Putera terkejut apabila mendengar bunyi itu.Langkahnya terhenti.Namun,Radhwa hanya terus berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.Perasaan terkejut semakin bertambah apabila seekor kucing hutan besar muncul di hadapan mereka.Putera hampir menjerit namun mulutnya sempat ditekup.
Radhwa memeluk kucing hutan sebesar harimau itu."Kata tak takut kucing?"Perli Radhwa."Saya ingatkan kucing biasa,"jawapan Putera membuatkan Radhwa tergelak kecil."Nama dia Leo.Comelkan?"Dahi Putera sudah berkerut mendengar kata-kata Radhwa.Comel tapi...haih..susah nak cakap.
Melihat Putera yang masih kaku berdiri,Radhwa menyuruhnya duduk di ruang tamu dahulu sementara dia ingin menyuruh maid-maid nya untuk melakukan pelbagai perkara memandangkan ada tetamu yang datang pada hari ini.Putera hanya menunggu...dengan Leo di sisi.Kucing besar itu juga ada sofa khas untuknya.Untung betul kucing ni,kalau takde manusia baik seperti Radhwa ni,mesti kau sudah diburu dan diletakkan di zoo.
Beberapa minit kemudian,Radhwa kembali ke ruang tamu bersama sepasang pakaian dan segugus kunci.Putera melihat dengan penuh kehairanan."Hujan belum berhenti,takpe ke kalau awak tinggal di sini hingga esok?"Tanya Radhwa."Takpe,lagipun esok cuti,nanti saya beritahu ibu saya,"jawab Putera.
"Okey,ni kunci bilik tetamu,kat atas,and ni baju abang saya sebenarnya,tapi takpe,awak boleh pinjam,"senyuman diberi.Putera pun bangun dan terus menuju ke tingkat atas."Putera!"Panggilan Radhwa membuatkan dia berhenti seketika."Minum petang lepas Asar tau,"kata-kata Radhwa hanya dibalas dengan anggukan beserta senyuman.
_ _ _
Putera membuka pintu bilik.Teraturnya.Mesti maid dia yang kemas.Dia meletakkan begnya di atas meja di tepi katil.Dia terpandang beberapa bingkai gambar di atas meja tersebut.Terpapar gambar dua orang kanak-kanak yang amat dikenalinya.Radhwa dan....Aryan.Mata Putera berkaca.Sedih apabila memikirkan kenangan pahit yang dilalui Radhwa.Radhwa masih tidak dapat melupakan Aryan.
Yalah,mana mungkin dia boleh melupakannya.Sudah kawan sejak kecil lagi,dan telah ditetapkan untuk berkahwin atas dasar syarikat.Betullah.Ajal maut di tangan tuhan.Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.Jam di dinding dipandang.Jarum jam telah menunjukkan pukul 2:20.Putera segera pergi ke bilik air untuk mandi.Dia bimbang jika dia terlambat untuk solat Zuhur.
_ _ _
5.00 Petang
Usai solat Asar,Putera pergi ke ruang makan di tingkat bawah.Terlihat seorang gadis bertudung ungu dan bert-shirt putih dipadankan dengan skirt hitam sedang duduk di meja makan.Kedatangannya disedari gadis itu.Putera mengambil tempat berhadapan dengannya.Keadaan sunyi seketika.Hujan masih tidak berhenti.Tidak tahu apa yang mahu dibualkan.
Seketika kemudian,dua maids datang dengan membawa makanan kepada mereka."Terima kasih,kak,"ucap Radhwa."Sama-sama,"jawab dua maids tersebut,serentak.Putera hanya melihat Radhwa.Perlukah dia memberitahu kepadanya tentang pembunuhan Aryan itu?Tapi kalau dia beritahu,adakah Radhwa akan membencinya?Radhwa memandang pelik kepada Putera.
"Kenapa awak pandang saya macamtu?" . "T-Takde apa..Jomlah makan.."Tergagap pula.Haih.Mereka pun menghabiskan makanan tanpa berkata apa-apa.Setelah makanan dihabiskan,Radhwa pun bangun."Awak nak pergi ke mana?"Tanya Putera."Masuk dalam biliklah,"jawab Radhwa dan dia meneruskan langkahnya."Radhwa,tunggu sekejap,saya nak beritahu awak sesuatu.."
_ _ _

YOU ARE READING
TRAUMA
Tajemnica / ThrillerTragedi lama masih lagi menghantui dirinya. Tragedi itu juga telah menjadikan dia fobia dengan darah. Radhwa berpindah ke sebuah sekolah private yang menempatkan pelajar daripada golongan bangsawan. Bertemu dengan pelbagai ragam rakan-rakan baharuny...