22-Henti

802 98 8
                                    

TAEYEON POV

Aku menekan butang 'save' selepas selesai menaip surat permohonan perpindahan tempat kerja aku . Aku dah buat keputusan muktamad nak kembali bekerja dekat tempat asal aku . Tapi , ada satu yang merunsingkan aku .

Ravi .

Ravi macam mana ? Dia tak tahu menahu pun pasal keputusan aku ni . Agak-agak dia akan setuju ke dengan semua ni ? Kalau dia tak setuju .... nanti susahlah bagi aku . Aku nak duduk sini jaga barang peninggalan Tiffany sedangkan teman lelaki aku tak benarkan . Semua ni boleh mengeruhkan hubungan kami yang nak dikatakan nyawa-nyawa ikan tak , nak dikatakan erat pun tak . Terbahagi dua .

Aku menoleh ke sisi . Dah dua hari Ravi tak menelefon aku . Agaknya , dia marah aku . Lelaki mana je tak marah kalau nampak girlfriend dia peluk orang lain ? Aku pun satu , beremosi sangat sampai tak sedar aku dalam pelukan siapa . Hakikatnya , itu pelukan bekas suami aku .

"Pizza ?" Suara seseorang menyentakkanku . Aku segera menoleh ke belakang . Ravi . Ravi sedang berdiri di belakang aku dan di tangannya ada dua bungkus plastik . Aku pasti tu pizza .

"Awak ?" Soalku dalam nada terkejut . Mana taknya , ingatkan mogok tak nak jumpa aku . Sekarang , dah terpacak depan mata aku .

"Ya . Saya . Awak busy ke ?" Soalnya pula . Jari jemari aku ligat mengawal tetikus lalu menutup komputer riba dengan segera .

"T .. Tak ." Jawabku dengan lidah bergetar . Aduh Tae ! Apa yang susah sangat nak beritahu dia ni ?

"Jom makan pizza sama-sama . Panas lagi ni ." Ajaknya lalu meletakkan bungkusan plastik yang dibawanya di atas meja . Tak tahulah kenapa kaki aku ni rasa berat sangat nak berjalan menghampiri dia .

"Apa yang dimenungkan lagi tu ? Tak nak makan ke ?" Soal Ravi lagi dan memaksa aku untuk bangkit dari tempat duduk dan menghampirinya .

"Susah-susah je lah awak ni ." Sengaja aku jual mahal walaupun sememangnya saat ni aku lapar . Dekat dapur tu bukan ada apa-apa . Aku tak sempat keluar beli barang untuk masak .

"Tak apa . Awak okey ?" Ravi menggigit sebahagian daripada pizza di tangannya selepas bertanya kepada aku .

"Okey . Tak perlu risau . Saya okey ." Balasku . Pemergian Tiffany sememangnya satu kehilangan yang berat untuk aku lupakan . Tapi nak buat macam mana , takkan aku nak meratapi pemergian dia sepanjang masa . Aku kena belajar jugak untuk terima . Perlahan-lahan .

"Awak menghilang ke mana dua hari ni ?" Ravi memandang aku .

"Ah , busy sikit . Jumpa kawan lama saya dekat sini ." Jawabnya . Ingatkan marah dekat aku . 

"Annyeongha...se...yo." Sapa seseorang yang tiba-tiba muncul . Di tangannya ada bungkusan plastik jugak . Sama macam Ravi .

"Bae ... Baekhyun ?" Aku betul-betul berasa tersepit di tengah-tengah mereka berdua saat ni . Kenapa Baekhyun mesti datang pada masa ni ? Dah tak ada hari lain ke ? Ravi pulak , kenapa tak pergi jumpa kawan je hari ni ? Kenapa dua-dua mesti datang hari ni ?

"Maaf . Aku tak tahu pulak kau ada dekat sini ." Kata Baekhyun lalu meletakkan bungkusan pizza di atas meja . Ravi memandang aku dan Baekhyun silih berganti . Macam mana aku nak keluar dari kemelut ni ?

"Tak apa ." Jawab Ravi pendek . Baekhyun pun satu , tak faham-faham lagi ke dengan keadaan sekarang ni ? Dia dah lupa ke dia yang buang aku dulu ? Lupa ?

"Kalau macam tu , aku balik dulu ." Baekhyun memandang aku sekilas sebelum melangkah pergi . Mulut aku terkunci . Lidah aku tak berfungsi . Tak ada idea untuk menukar topik perbualan . Kejanggalan mula tercetus . Baguslah Baekhyun bagus .

"Kenapa diam ?" Ravi memaksa aku membuka mulut .

"Tak ada apa-apa ." Aku makin tersepit dan rasa macam tak boleh bernafas saat ni . Lambat laun , Ravi pasti akan syak sesuatu .

--

BAEKHYUN POV

Aku melangkah dengan longlai ke dalam rumah . Seperti biasa , mama berada di ruang tamu sambil menikmati rancangan kegemarannya 'Scarlet Heart' . Sambil-sambil tu , jemarinya ligat menggubah hiasan bunga ros satu persatu . Hm . Betapa berusahanya mama memastikan pertunangan aku dan Junhee berjalan lancar . Aku pulak , terasa macam makin mengelak dari semua ni . Apa sebenarnya masalah aku ni ?

"Termenung dekat pintu tu buat apa ?" Mama menegurku mengalihkan pandangan matanya sementara iklan mengambil tempat di televisyen .
"Tak ada apa lah ma ." Nafiku walaupun ada sesuatu yang betul-betul mengganggu aku . Hm .

"Kamu dari mana ? Junhee dari tadi tunggu kamu ." Soal mama .

"Tunggu Baek ?"

"Kan kamu dah janji nak bawak dia jumpa pereka pakaian pertunangan kamu . Kamu lupa ke ?" Balasnya . Aku terdiam . Belakangan ni , aku sering terlupa hal-hal pertunangan kami dan terutamanya yang berkaitan dengan bakal tunang aku , Junhee . Aku rasa , satu hari nanti ... mesti dia sakit sebab aku .

"Mana dia ?" Aku menjengah ke dalam rumah . Dapur kosong . Dekat atas mungkin .

"Mama mintak tolong dia beli barang dapur sikit dekat kedai depan simpang tu ." Patutlah kelibat dia tak kelihatan . Mesti dia dah lama tunggu aku . Apa nak jadi ni Baekhyun ?

Perlahan-lahan mama bangkit dari tempat duduknya dan menghampiri aku yang dari tadi tak beranjak di depan pintu .

"Mama dapat tahu yang ... Tae ada dekat sini ." Kata mama perlahan . Dari riak wajahnya , macam ada sesuatu yang ingin dia sampaikan pada aku .

"Sebab dia ke ... kamu jadi macam ni ?" Tanyanya dalam nada perlahan . Aku menunduk lalu menghela nafas berat . Entahlah . Sama ada aku tak mampu untuk mengeluarkan jawapan ataupun aku tak tahu jawapan yang sebenarnya .

"Junhee ... tahu pasal hubungan kamu berdua dulu ?" Itu yang menyukarkan aku saat ni . Macam mana aku nak ceritakan semua ni .

"Tak ." Balasku pendek . Dan pada masa yang sama jugak , Junhee tiba .

"Eh awak ." Sapanya teruja . Tengok tu . Cara dia layan aku tak pernah berubah . Cuma aku yang ubah cara layanan aku terhadap dia . Lain sangat .

"Awak dari mana ? Penat saya tunggu ." Keluhnya . Patut ke aku ucapkan maaf ? Atau itu tak cukup langsung untuk menutup rasa bersalah aku ni .

"Dari office . Ada hal sikit tadi ." Mama yang berdiri di sebelah Junhee memandang aku . Dia tahu aku tipu . Lalu , mama kembali ke tempat duduknya semula setelah selesai iklan tv .

"Lah yeke ? Awak sibuk ? Kalau sibuk , kita batalkan je lah appointment dengan pereka tu ." Di depan aku sekarang ni , berdirinya seorang perempuan naif yang sangat bertimbang rasa dengan aku . Tapi dia tak tahu , lelaki yang berdiri di depan dia sekarang ni adalah seorang penipu yang boleh buatkan dia terluka satu hari nanti .

Ada tak cara untuk hentikan semua ni ?

TBC

Silent Killer (Beautiful Liar) | BaekYeonWhere stories live. Discover now