47-Mental Koyak

488 78 20
                                    

TAEYEON POV

"Ok tak ?" Soal aku pada Jimin sambil memandang ke arahnya yang tengah berdiri di muka pintu .

"Tak ." Balas Jimin pantas . Aku buat muka . Cermin besar menjadi tumpuan aku semula . Mana yang tak ok ?

"Kenapa ? Dress ni pendek sangat ke ?" Soal aku lagi , bingung . Nak kata pendek , dress ni dah melebihi paras lutut aku .

Jimin tak menjawab . Dia melihat aku dengan pandangan kurang berpuas hati dengan penampilan aku .

"Jimin ! Cepatlah ! Kita dah lambat ni . Mana yang tak ok ?" Gesa aku . Jimin senyum sinis kemudian menghampiri aku .

"Sekarang , baru nampak sempurna ." Bisiknya , betul-betul di telinga kanan aku . Seutas rantai melingkari leher aku dengan kemas . Cantik .

"Jimin ..."

"Khas untuk kau , rekaan aku sendiri . Jaga elok-elok macam kau jaga hati aku ." Tambahnya . Aku tersenyum riang . Tapi , dalam masa yang sama aku tak lari daripada perasaan bersalah aku .

Perkataan 'maaf' tu dah cukup ke untuk tebus semua ni ?

--

Jimin menyerahkan kad jemputan kami berdua kepada pengawal yang bertugas menjaga pintu dewan besar itu .

"Silakan ." Pelawa pengawal itu sambil tersenyum .

Aku dan Jimin berjalan beriringan ke dalam dewan tersebut . Penuh dengan orang-orang kenamaan . Gaya mewah , baju mewah , semuanya mewah . Entah kenapa aku rasa diri aku kecil sekarang ni .

"Kau ok ?" Tanya Jimin , prihatin . Aku mengangguk beberapa kali .

"Bohong ." Aku mengerling Jimin di sebelah . Ada je nak buatkan aku tak selesa . Ish !

"Diamlah ." Aku membalas dengan menepuk lengannya .

"Aih janganlah . Nanti orang lain cemburu ." Katanya sambil tertawa halus , perasan . Ish !

"Gila ." Balas aku , menjengilkan mata ke arahnya . Dia tersengih .

"Gilakan kau ." Jimin tak mahu mengalah . Aku tak habis-habis buat muka tak puas hati . Nasib baiklah sekarang ni ramai orang , kalau tak dah lama aku cubit-cubit dia ni .

"Blah lah kau ." Marah aku . Aku menolaknya perlahan lalu terus berjalan ke arah meja hidangan .

"Apa khabar isteri kau ?"

"She's fine now ."

"Glad to hear that . Anak kau tak ikut sekali ?"

"Dia cakap dia datang , tapi dari tadi aku tak nampak lagi kelibat dia ."

Suara-suara itu menangkap perhatian aku . Macam kenal . Macam pernah dengar . Macam dah lali . Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang .

Papa .

Tak salah lagi . Orang tu adalah papa . Aku terkedu . Memang wajarlah suara dia tak asing lagi bagi aku . Kalau papa ada dekat sini , tak mustahil mama pun ikut sekali . Macam mana kalau dia nampak aku ?

--

"Kau pun .. ada dekat sini ?" Junhee tiba-tiba mendekati aku . Selera aku untuk menjamah hidangan tu terus terputus tatkala dia memunculkan diri . Rasa macam nak simbah je air ni dekat muka dia .

"Oh hai ! Baru sampai ?" Soal aku , berpura mesra . Senyuman palsu , kemesraan palsu , identiti palsu , semuanya palsu . Punca ? Choi Junhee .

"Tak . Aku dah lama terpacak dekat dalam dewan ni ." Balasnya , kasar . Segelas air dicapai lalu diteguk perlahan .

"Baekhyun tak ikut ?" Tanya aku lagi . Riak wajahnya bertukar 360° . Niat nak sakitkan hati aku , tapi kau yang terkena balik . Maaflah , kau dah termasuk dalam permainan aku . Teruskan atau ... mati .

"Kalau dia ikut pun .. apa kaitan dengan kau ?" Soalan aku dibalas soalan . Dia memandang ke dalam anak mata aku . Perasaan tak puas hati tu jelas terpancar . Macam mana ? Seksa bukan ?

"Saja nak bertegur sapa dengan dia ." Aku tersenyum .

"Ingat , dia dah ada isteri ." Katanya mendatar . Tepi bibirnya digigit menahan geram . Macam tu lah yang aku rasa .

Kau peluk Baekhyun depan aku , kau bermanja dengan Baekhyun depan aku , kau berlagak baik depan aku , cukup buatkan aku rasa nak koyakkan bibir kau tu .

"Oh . Isteri ? Ya ! Lupa . Tapi .. bukan ke Baekhyun dah tak anggap kau isteri dia ?"

"Aku dengar ... haritu korang hampir bercerai kan ?"

"Kesian Baekhyun tu ." Aku tertawa halus . Rasa puas dengan kata-kata yang baru sahaja aku hamburkan pada dia tadi . Dia apa lagi . Muka berkerut tak terkira menahan api yang tengah marak membakar hati dekat dalam tu . Menyedihkan .

"Ok lah . Semoga bahagia dengan Baekhyun ."

Aku berpaling ke belakang . Mula mengorak langkah pergi namun langkah aku terhenti tatkala Junhee menarik tangan aku lalu menyimbah air ke arah aku . Basah .

"Kau nak apa sebenarnya ni ?!" Soal Junhee , cukup tidak berpuas hati . Semua hadirin yang hadir mula menumpukan perhatian pada kami berdua .

"Kau yang tengah 'terbakar' , kenapa aku yang disimbah ?" Balas aku , tenang .

"Patutlah suami kau tinggalkan kau , perempuan mental koyak ."

Aku tersenyum sinis lalu menyambung langkah aku . Masing-masing mula berbisik sesama sendiri . Kaki aku laju melangkah menuju ke tandas yang terletak di belakang dewan .

"Tae ?" Aku tersentak . Bahu aku disentuh lembut . Aku tahu . Aku tahu itu mama .

Aku menoleh perlahan . Cuba menggagahkan diri walaupun aku hampir jatuh bila berhadapan dengan orang yang aku sayang .

"Sorry ?"

"Taeyeon !"

TBC

Huwaa !! Dapat pun update . Sorry di atas keterlewatan saya mengupdate :'(

BAEKJUN ?
BAEKYEON ?

Mana lagi ramai ? Baekjun ke baekyeon ? Macam ramai yang dah berubah hati je eh hahahaha !

*Sekali lagi saya mintak maaf kalau saya tak balas komen-komen korang semua . Saya selalu tak tahu apa nak reply . Otak kosong je hahahah . Once again , jangan risau saya baca semua komen-komen korang :') And terima kasih atas feedback yang korang bagi . Love yaa !!

Silent Killer (Beautiful Liar) | BaekYeonWhere stories live. Discover now