27-Janji

789 99 58
                                    

BAEKHYUN POV

"Kenapa diam ?" Soalku serius pada Junhee . Aku perlukan penjelasan dia sekarang tapi dia hanya terdiam mengunci mulut .

"Awak sengaja ?"

"Salah ke kalau saya ajak Taeyeon lunch dengan kita ? Yang awak nak naik angin bagai ni kenapa ?" Junhee berpeluk tubuh menghadiahkan pandangan tajam pada aku .

"Tak , bukan itu maksud saya ."

"Awak marah saya ."

"Tak ."

"Awak tengking saya ."

"Junhee .. ma .. mana ada ."

"Awak dah berubah ."

"Saya--

"Semua sebab perempuan tu ! Semua sebab Taeyeon !" Suara Junhee memecahkan kesunyian di dalam pejabat aku . Junhee memandang aku dengan penuh perasaan marah .

Aku terdiam . Tak mampu menafikan pernyataan yang sememangnya benar .

JUNHEE POV

Aku melihat ke arah Baekhyun . Aku terlalu marah sampaikan rentak nafas aku jadi tak teratur .

"Awak dah lain ." Kata Baekhyun dengan suara yang bergetar .

"Sebab awak , awak yang mulakan semua ni . Jasad saya hidup di samping awak tapi mati dalam hati awak . Salah awak saya jadi macam ni ." Air mata aku mengalir laju . Sedih , marah , benci , semuanya bercampur aduk . Baekhyun tuduh aku berubah sedangkan dialah punca aku macam ni .

"Awak bunuh saya dalam diam ." Dia bunuh aku banyak kali . Meninggalkan kesan calar yang banyak dalam hati kecil aku ni . Tapi itu tak bermakna aku kalah . Baekhyun sakiti aku , aku akan pastikan dia akan jadi penawar untuk aku .

"Junhee , aw ... awak cakap apa ni ?"

"Taeyeon , perempuan tu bekas isteri awak kan ?" Soalku dengan air mata yang masih lagi mengalir laju . Baekhyun terkedu . Tak beranjak langsung . Perlahan-lahan anak matanya bergerak memandang aku .

"Jawab Baekhyun jawab !" Aku menggesa . Kali ni , aku nak Baekhyun berterus terang dengan aku . Baekhyun meraup wajahnya , nafas berat dihela . Dia .. memang suka buat aku tertunggu-tunggu .

"Junhee ... mianhae , saya tak bermaksud pun nak sembunyikan hal ni daripada awak ." Balas Baekhyun , gusar . Aku tersenyum tanpa sebab . Air mata aku tak berhenti mengalir lagi . Betapa sakitnya kenyataan yang aku kena hadapi sekarang ni . Aku diperbodohkan .

"Ju .. Junhee-sshi , sorry ." Baekhyun melangkah menghampiri aku perlahan-lahan . Dia cuba untuk memelukku namun aku berundur ke belakang .

"Don't touch me ." Aku memberikan amaran namun Baekhyun masih lagi berdegil dan dia terus memeluk aku . Dengan kudrat yang aku ada , aku cuba untuk menolak Baekhyun tapi tak berhasil . Dia memaut lenganku erat .

"Awak tipu saya ! Awak tipu saya ! Awak tipu saya !" Aku melepaskan amarah dengan menumbuk-numbuk dada Baekhyun . Dia membiarkannya dan masih lagi memeluk aku . Bajunya basah dengan air mata aku di bahagian bahu kiri . Aku hanyut dalam pelukan dia .

"Mianhae , mianhae , mianhae ." Bisik Baekhyun di telinga aku . Perkataan maaf tu tak cukup Baekhyun tak cukup .

Nafas aku makin sesak . Mungkin sebab tangisan aku yang susah untuk aku hentikan . Pandangan aku mula kabur . Dan tak lama lepas tu , gelap . Aku tak sedarkan diri .

--

BAEKHYUN POV

"Macam mana dengan Junhee ?" Aku menyoal doktor lelaki itu , risau .

"She's fine . Cuma , dia letih . Untuk sementara waktu ni , elakkan dia daripada stres atau kerja-kerja berat ." Terang doktor itu . Aku senyum pendek lalu mengangguk perlahan .

"Saya boleh bawa dia balik kan ?"

"Boleh ."

Sesudah berterima kasih , aku menuju ke arah katil Junhee . Dia terbaring lemah di situ . Semua ni salah aku . Dia mesti stres dengan perangai aku . Sama macam yang aku dah jangka sebelum ni , Junhee akan sakit disebabkan aku . Sumpah aku rasa bersalah sangat tengok keadaan Junhee . Maaf .

"Jom kita balik ." Aku berdiri di sisi katilnya . Junhee menghadiahkan aku satu jelingan lalu mengiring ke sebelah kanan , tak mahu menghadap muka aku .

"Saya boleh balik sendiri ." Balasnya mendatar .

"Awak tak sihat ni ."

"Awak peduli apa kalau saya mati sekali pun ." Kata-kata Junhee tu dah cukup membuktikan yang dia betul-betul marah dengan aku . Itu lah kau Baekhyun .

"Junhee , I need you . Jangan macam ni dengan saya ."

"Awak baliklah Baekhyun ." Dia menggesaku . Perangai Junhee dah tak sama macam dulu . Seratus peratus dia berubah . Kalau dulu , dia merajuk manja , marah pun manja . Buat kali pertama aku tengok dia semarah ni . Senyuman yang dulu tak lekang di bibirnya dah pudar .

"Saya janji , saya takkan jumpa Taeyeon lagi ." Junhee diam membisu . Tak pasti sama ada dia nak terima aku balik atau pun tak . Aku tak sepatutnya hadir dalam hidup Junhee .

"Sejauh mana saya boleh percayakan awak ?" Tanyanya selepas seketika . Satu sinar harapan baru mula terpancar untuk aku .

"Sebanyak mana awak sayangkan saya ." Balas aku dan akhirnya Junhee menoleh memandang aku . Kau nampak tak Baekhyun ? Junhee sayangkan kau sementara kau , kau dah sia-siakan kasih sayang dia .

"Arasseo ."

--

TAEYEON POV

Aku segera berlari ke dalam pejabat baru aku di Hospital Seoul itu . Pintu aku hempas kasar lalu dikunci . Permukaan pintu itu menjadi tempat pendaratan belakang aku .

Perlahan-lahan aku jatuh terduduk macam aiskrim yang mencair . Air mata aku satu persatu jatuh menyembah bumi . Aku menggigit bibirku bagi mengelakkan suara aku daripada didengari orang lain .

"Saya janji , saya takkan jumpa Taeyeon lagi ."

Hancur . Hati aku hancur bila dengar Baekhyun cakap macam tu . Secara tak sengaja , aku terdengar perbualan diorang . Junhee gaduh dengan Baekhyun sebab aku . Aku dah jadi penghalang bagi hubungan diorang . Jahat ke aku ni ?

TBC

Ikutkan hati , saya memang nak update hari-hari sebab tak sabar untuk kemunculan characters baru .

Ada sesiapa ARMY dekat sini ?




Silent Killer (Beautiful Liar) | BaekYeonWhere stories live. Discover now