BAEKHYUN POV
"Awak tidur mana malam tadi ?" Kata sapaan yang tak mesra langsung daripada Junhee terus menyambar telinga sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah . Papa dan mama pun turut berada di ruang tamu .
"Rumah kawan ." Balasku lalu berjalan menghampiri mereka bertiga .
"Jinjja ?" Soal Junhee lagi , mengangkat keningnya sebelah .
"Waeyo ?"
"Tak , cuma saya musykil je ." Balas Junhee . Aku menggelengkan kepala perlahan . Perangai Junhee dah berubah sekarang ni . Aku dah tak kenal dia .
"Baek , mari sini . Kita tetapkan tarikh perkahwinan kamu ." Kata papa . Aku melabuhkan punggungku di sebelahnya . Junhee dan mama berada dihadapan kami .
"So , Junhee , Baekhyun , bila kamu nak langsungkan majlis perkahwinan kamu ?"
TAEYEON POV
Aku berdiri di balkoni bilik aku . Menghirup udara segar sambil menikmati fresh orange buatan aku sendiri . Di tangan aku sekarang ni , aku menggenggam jaket hitam milik Baekhyun . Dia tertinggal . Aku pun lupa nak bagi pada dia .
Sekejap . Tak silap aku , ini jaket yang aku belikan untuk dia dulu . Perlahan-lahan aku mencium jaket tu . Bau dan aroma Baekhyun melekat pada jaket tu . Aku suka .
"Daripada kau cium jaket tu , baik kau cium aku ." Junmyeon tiba-tiba menyentakkan aku . Dia tersenyum gatal ke arah aku . Benci lah . Ei , sampah .
"Tak ada faedahnya aku cium kau ." Balas aku , menyampah .
"Habis kau cium jaket ni , ada faedah lah ?" Tanya Junmyeon lalu bertindak merampas jaket kepunyaan Baekhyun .
"Bagi balik !" Herdikku . Suka-suka dia je rampas jaket orang .
"Cium aku dulu ." Kata Junmyeon sambil menghulurkan pipi kanannya ke arah aku . Ei , pehal dengan dia ni doe ? Gigit baru tau .
"Perangai elok sikit boleh ?"
"Tak ."
"Benci kau ."
"Sayang kau ."
"Diamlah ."
"Kau lah yang membebel dari tadi ."
"Sumpah aku benci kau ."
"Tipu !"
"Aku benci kau , benci kau , benci kau , benci kau , benci Junmyeon , benci Junmyeon , benci--
"Shht ! Aku cium bibir kau yang comel tu baru tahu ." Mata aku tak berkedip disebabkan tindakan Junmyeon . Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir aku .
"Blah lah kau !" Aku menolak Junmyeon lalu merampas jaket tadi . Junmyeon jatuh terduduk di atas lantai , padan muka kau !
"Kau kenapa ? Macam ada masalah je , kalau ada ceritalah dengan aku . I'm a good listener ." Kata Junmyeon , menghampiri aku di balkoni lalu memandang ke arah aku dengan riak ingin tahunya . Dia ni , tahu-tahu je aku dalam dilema sekarang ni .
"Kau tahu tak ni jaket siapa ?" Aku mengeluh berat sambil mendongak ke arah langit biru di atas .
"Tak ." Balas Junmyeon pendek dan menghirup fresh orange aku . Ikut suka hati dia je ambil minuman orang , tapi tak apa . Dah biasa berkongsi minuman dengan Junmyeon .
"Baekhyun punya ."
"Dah agak ." Aku menoleh ke arah Junmyeon di sebelah . Dia hanya membuang pandangan ke arah langit biru sama seperti aku tadi .
"Dia .. buat apa dekat sini malam tadi ?" Soal Junmyeon tiba-tiba . Aku tersentak .
"Ma .. Mana kau tahu ?"
"Aku ikut belakang kereta dia malam tadi . Aku ternampak dia minum dekat club sampai mabuk ." Jelas Junmyeon .
"Wait , kau ... pergi club ?" Tanyaku tak percaya .
"Jumpa kawan je , tak minum pun macam Baekhyun tu . Kau jangan nak buruk sangka dengan aku eh , aku ni budak baik tau ." Kata-kata Junmyeon mengundang rasa menyampah aku . Tolonglah , jangan berlagak naif depan aku . Ergh .
"Mana lah tahu ."
"Kau sengaja elak soalan aku ?" Aku terlupa yang topik perbualan kami adalah pasal Baekhyun , bukan Junmyeon pergi club .
"Dia .. tidur sini malam tadi . Dia mabuk ."
"Aku tahu dia mabuk , tapi dia ada buat apa-apa kat kau tak ?"
Junmyeon memandang aku risau . Apa kau ingat Baekhyun tu nak bunuh aku ? Rogol aku ? Bongok Junmyeon .
"Wei , aku tanya ni ." Soalan Junmyeon buat aku termenung seketika . Terimbas balik apa yang jadi antara aku dengan Baekhyun awal pagi tadi . Eish ! Malunya !
"Something happen--
"Mana ada !" Herdikku pantas .
BAEKHYUN POV
"Awak tak setuju ke dengan keputusan saya ?" Soal Junhee , berdiri di muka pintu bilik aku . Dia terus menyusul aku dari tingkat bawah .
Aku diam , malas menjawab .
"Awak , jawablah ." Junhee menggesa lalu menghampiri aku . Dia mendaratkan punggungnya di atas katil aku .
"Kalau saya tak setuju pun , saya boleh buat apa . Mama dengan papa dah setuju nak langsungkan majlis tu hujung bulan ni ." Kata aku mendatar . Rasa hidup ni tak adil . Aku tak sempat langsung nak bersuara , Junhee dah mendahului . Mama dengan papa pun setuju dengan tarikh yang dia pilih , lagi-lagi papa . Papa memang beria nak aku teruskan perkahwinan ni . Kalau aku tak teruskan , yang malunya keluarga aku jugak . Hmph .
"Okay lah tu awak . Buat apa kita nak tangguh perkara yang elok ?"
"Tak rasa cepat sangat ke ?""Tak cepat dan tak terlalu lambat . Tarikh yang saya pilih tu dah cukup perfect , hanya perlu awak dan saya untuk jayakannya ." Kata Junhee . Bagi kau , memanglah sesuai . Aku tak bersedia lagi .
"Awak .. tak nak saya jadi isteri awak ?" Junhee tiba-tiba berbisik di telinga aku sampaikan aku dapat merasa hembusan nafas dia . Dia cuba goda aku ke apa ? Junhee yang dulu , tak pernah buat berkelakuan macam ni .
"Saya janji , saya akan jaga awak dan takkan sakitkan awak macam perempuan tak guna tu buat dekat awak dulu ." Tambahnya lagi dan tiba-tiba mencetuskan kemarahan aku .
"Tarik balik kata-kata awak tu !" Aku mengherdiknya . Junhee hanya tersenyum sinis melihat ke arah aku .
"Saya takkan tarik balik FAKTA pasal perempuan tu ."
TBC
YOU ARE READING
Silent Killer (Beautiful Liar) | BaekYeon
FanfictionSatu tindakan bodohnya yang memakan diri sehinggakan dia terperangkap dan dibelenggu kesilapan lalu . Tatkala amarah dan benci mula menguasai habis hidupnya menjadi kucar kacir . Namun , masihkah ada peluang kedua untuk dia menebus silapnya ? Cover...