PAK MAD
Namaku Mahadi. Pihak sekolah memanggilku Pak Mad. Umurku sudah tua. Namun aku perlu menyara hidupku yang sebatang kara ini. Aku menjadi pengawal sekuriti sekolah ini sudah hampir dua tahun. Budak-budak yang cuba nak ponteng sekolah berjaya aku tangkap dan juga aku menjalankan rondaan di sekolah ini sekali sekala. Aku ada dua lagi teman iaitu Aziz dan Rokiah. Mereka pun pengawal sekuriti sepertiku. Kami bertiga akan bertukar syif. Malam ini, aku dan Aziz bertugas. Semalam Kiah dan Aziz bertugas.
Esok Aziz cuti dan aku dan Kiah pula bertugas.
"Wei Mad! Aku dah belikan kau ni, tadi singgah kat kedai depan tu ha," kata Aziz lalu berikan aku dua biji karipap yang ada dalam plastik berwarna merah.
"Susah-susah aje kau ni," kataku.
"Kau tahu tak, Mad?" tanya Aziz.
"Tahu apa?" soalku pula.
"Semalam Kiah kata kat aku, dia ronda kat tingkat dua blok E, dia dengar ada bunyi kerusi jatuh. Dia kata bunyi tu datang dari makmal sains. Seram betul aku," kata Aziz dengan nada takut.
"Kau biar betul, Aziz?" soalku.
"Buat apa si Kiah nak tipu? Dia kan jujur orangnya. Aku pun macam pernah nampak ada orang jalan-jalan kat koridor tingkat 3 blok E. Aku ingatkan Kiah tapi bila aku jumpa Kiah, aku tengok dia duduk kat kantin tu," kata Aziz.
"Abistu sape yang berjalan kat tingkat tiga tu?" tanyaku.
"Manalah aku tahu. Aku dah bagitau hal ni kat Cikgu Asrizal, tapi dia kata tengoklah. Aku pun tak tahu apa nak jadi kat sekolah ni. Macam mana kalau kita kena kacau ngan benda-benda tu semua?" tanya Aziz.
Meremang bulu roma aku bila dengar cerita Aziz. Bulu roma korang meremang ke tak? Kalau tak, kau doakanlah benda ni jadi kat kau pastu kau rasa la sendiri.
"Kan Cikgu Asrizal dah kata, tingkat tiga kat situ keras. Lagipun, aku dengar khabar angin, enam tahun lepas, ada budak bunuh diri kat makmal sains kat hujung tingkat tiga sebab gagal PT3," kata aku.
"Biar betul? So ada kemungkinan la yang orang yang jalan-jalan kat situ ialah.."
Angin sederhana kuat bertiup. Haduyaii.. Takleh seram lagi ke? Seram sangat ni. Untuk hilangkan keseraman ni, aku buka radio dan muncullah saluran Hot FM.
"Ya, kita akan dengarkan lagu seterusnya iaitu Pulangkan dendangan Misha Omar. Dengarkan hanya di..Hot FM," kata deejay radio itu.
Aku layan je lagu tu malam ni. Sementara menunggu Aziz selesai meronda, aku layan lagu sepuas hati dan aku pun berdoa yang aku tak terserempak dengan benda-benda tu semua. Aku dah tua tapi biarlah aku mati sebab sakit ke bukan kena bunuh ngan hantu.
Walkie talkie aku berbunyi.
"Mad... Datang kat aku.. Aku kat ... Tingkat dua blok F," kata Aziz.
Tanpa berfikir panjang, aku ikut aje cakap dia.Aku pun pergilah kat tingkat dua di blok F. Blok F ni bertentangan dengan Blok E, so mungkin dia nak tunjuk aku pasal hantu di tingkat tiga tu.
"Apa dia?" soalku.
"Aku ingatkan sapa la tadi," kata Aziz.
"Apsal panggil aku?" tanyaku.
"Kau tengok atas tu," katanya.
Aku pun pandang ke tempat yang dia tunjuk.
Ya, ada kelibat gadis dengan baju kurung berjalan-jalan di koridor sekolah. Wajahnya kurang jelas tapi ada dakwat pada baju dia yang putih itu. Tapi aku rasa itu bukan dakwat. Itu darah.
Dia asyik berulang-alik dari hujung makmal sains hingga ke tangga hujung tu. Aku tak tahu dia tengah buat apa.
"Kau nampak kan?" tanya Aziz.
"Ya. Aku rasa lagi bagus kalau kita blah," kataku.
"Blah? Kalau dia nampak kita camne?" tanya Aziz, takut.
"Abistu yang kita dok skodeng dia ni, dia takleh nampak kita la?" soalku balik. Lagi bahaya kalau kita orang kekal kat sini. Takut nanti dia nampak kita orang pulak lepastu tak pasal-pasal jadi babak kejar-mengejar macam dalam Running Man yang sibuk tanda nama. Tapi kalau hantu tu kejar, tu bukan cabut tanda nama tapi cabut nyawa terus. Hehe.. Gelaklah sikit.
"Baiklah aku ikut kata-kata kau," kata Aziz. Kita orang pun pusing badan ke kanan.
Ah shit!!
Camne dia boleh ada kat depan aku ni?!!
"Skodeng kita ya?" tanya hantu tu.
YOU ARE READING
ROH
HorrorSambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umai...