"Tak jadilah agaknya misi kita malam ni," ujar Firas. Aik? Tiba-tiba cancel plan?
"Apsal pulak? Apa yang buat kau fikir camtu?" tanyaku. Yelah, tiba-tiba aje dia buat keputusan macam tu.
"Aku dapat berita dari Cikgu Hakim, ada benda lain yang lagi penting kita kena siasat," katanya.
"Apa yang lagi penting dari menghalau hantu di makmal sains yang hampir-hampir bunuh aku waktu rehat, ha?!!" kata Fiz, separuh menjerit.
"Okey, gini. Korang kenal kan Encik Asrizal, Guru Penolong Kanan HEM tu kan?" soal Firas. Aku dan Fiz anggukkan kepala.
"Apsal ngan dia?" soalku.
"Dia tak macam dia."
"Maksudnya? Boleh tak straight to the point?" tanya Fiz.
"Sebenarnya.. Encik Asrizal dah jadi macam orang lain. Ikut apa yang aku selidik, roh dia dah bertukar dengan orang lain," ujar Firas. Aku terkejut.
"Kau biar betul? Ada ke benda-benda macam tu dalam dunia ni?" tanya Fiz lagi.
"Betullah. Sihir hitam ni ada banyak jenis tau. Yang jenis camni pun ada," ujarnya lagi.
"Macam orang Cina, kalau kita buat macam bertafakur, roh kita orang akan keluar dari jasad untuk sementara waktu," kataku.
"Takkanlah Encik Asrizal tu nak bertafakur bagai? Agak-agaklah pun," kata Fiz."Entahlah. Kita bertiga kena siasat kes ni secepat yang mungkin dan kembalikan roh Encik Asrizal yang asal kembali ke dalam jasadnya," ujar Firas.
"Hmm.. Aku setuju," kataku.
"Aku tak kisah," balas Fiz.
"Okey. Nanti kita jumpa dekat pejabat sekolah waktu rehat nanti. Cikgu Hakim pun ada," ujar Firas lagi. Aku dan Fiz hanya mendengar akan arahannya.
Kami membawa haluan masing-masing selepas itu.
*****
Waktu Rehat.Aku terserempak dengan Fiz di kantin dan kebetulan, aku dan dia dah habis makan pun. Kami berdua pun bergegas ke pejabat sekolah dan kelihatan Cikgu Hakim dan Firas sedang berdiri di luar pintu pejabat.
"Panjang umur korang. Dah makan?" soal Firas.
"Dah. Fiz pun dah," jawabku.
"Baguslah kalau macam tu. Bolehlah jalankan siasatan. Yang beragama Islam, marilah kita baca doa untuk jaga keselamatan kita daripada apa-apa gangguan makhluk halus sewaktu menjalankan penyiasatan ni," ujar Cikgu Hakim. Sah, aku tak faham diorang baca sebab aku ni bukan Islam. Bila Fiz baca doa kan, macam aku takleh caya dia ni kasar orangnya. Bila dia baca doa, dia tetiba jadi manusia paling alim di dunia. Huhu.
"Amin.."
"Kami masuk dulu, ya, cikgu?" tanya Firas. Cikgu Hakim mengangguk laju. Firas masuk mendahului kami, selepas itu aku dan seterusnya Fiz dan akhir sekali Cikgu Hakim. Cikgu itu menutup pintu kayu pejabat itu.
"Macam mana dengan keadaan Encik Asrizal?" tanya Cikgu Hakim kepada perempuan yang bekerja sebagai kerani di situ.
"Dia okey aje. Tapi, cikgu pun tahu kan, apa dah jadi kat dia. Semoga kalian dapat bantu dia," kata akak kerani tu. Baiknya akak ni.
"Mana bilik Encik Asrizal?" soal Firas yang berada paling hadapan.
"Sebelah bilik Pengetua."
Aku memandang nama pada setiap bilik. Aku ingat lagi tentang kejadian di dalam bilik Puan Pengetua itu. Firas suruh aku baca minda Puan Pengetua bila dia soal Pengetua tu untuk tahu cat rumah dia. Huhu.
Kelihatan ada bilik Encik Asrizal di sebelahnya. Firas memegang tombol pintu itu dan membukanya perlahan.
"Assalamualaikum?" tanya Firas. Tiada jawapan pun.
"Assalamualaikum?" soalnya lagi. Hmm mana Encik Asrizal ni?
"Assalamualaikum?!!" jerit Fiz. Yang dia pergi menjerit ni buat apa? Dia berjaya tarik perhatian satu pejabat. Tahniah..
"Waalaikumussalam! Eh, korang ni siapa? Pengetua hantar korang ke?" tanya lelaki tua itu. Sah, betul roh dia dah bertukar.
Encik Asrizal bukan jenis orang yang peramah dan banyak cakap. Dia lebih kepada orang yang dingin, sibuk bekerja, tegas dan berdisiplin. Tak ada masanya dia nak berbual dengan siapa-siapa sebab dia memang 100 peratus fokus semasa membuat kerja. Patutlah dah nak 40 tahun pun tak kahwin-kahwin lagi.. Haha.
"Tuan?"
Lelaki tua itu memandang kami bertiga. Cikgu Hakim sibuk berbual dengan akak kerani. Borak apa tu?
"Wei, kau cakap ngan aku ke? Tuan mana kau cakap ni?" soal lelaki tua itu lagi.
Ni lagi dahsyat. Encik Asrizal tak pernah sebut 'wei' pada orang lain tak kiralah dia buat ucapan ke, tangkap pelajar yang merokok dalam tandas ke, cakap dengan kawan lama dia ke, dia tetap orang yang berbudi bahasa, budaya kita gitu.
Abistu, roh siapa yang ada dalam badan Encik Asrizal sekarang ni?
Gaya percakapan dia macam remaja sebaya kita orang. Aku baca fikiran dia pun, kosong aje. Dia memang takde apa dalam fikiran dia. Sah, mungkin roh seorang remaja yang tertukar jasad dengan roh Encik Asrizal.Soalannya, siapakah pemilik roh ini? Di mana roh Encik Asrizal sekarang?
"Kau.. Kau ni siapa?" soal Firas, tergagap-gagap. Seakan-akan tak sangka Encik Asrizal dah jadi sebegini rupa.
"Nama saya Mahmud."
Aku tergamam. Begitu juga Firas dan Fiz. Siapa pulak Mahmud ni?
Aku baca fikiran dia.
"Betul ke kau Mahmud?" soalku.
"Seingat aku, itulah nama aku sejak mak aku lahirkan aku."
Erkk, lurus bendul la budak ni. Form One kot..
"Mahmud, macam mana kau boleh ada dalam benda Guru Penolong Kanan HEM kita ni?" soal Firas.
Aku terus baca fikiran dia.
"Aku bangun je jadi macam ni.. Manalah aku tahu."
"Sorrylah, bang. Saya tak tahu. Saya bangun-bangun aje, terus nampak muka GPK HEM kat cermin," ujarnya. Dia jujur orangnya.
Macam mana nak selesaikan kes ni?
YOU ARE READING
ROH
HorrorSambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umai...