Waktu pulang, macam biasa aku dan Fiz menunggu van kita orang sampai untuk menjemput kami pulang. Seperti yang dijangka, van tu lambat. Apa lagi, mestilah Fiz mengata buruk pasal van tu. Hish! Aku pun boleh naik radang dengar rungutan dia yang takkan habis tu. Nasib baik kawan aku, Natasha balik lambat juga sebab ayah dia balik lambat daripada kerja.
"Natasha, kau rasa kan?" soal Fiz kepada kawanku. Tetiba aje jadi peramah dia ni.
"Apa dia Fiza?" tanya Natasha sambil mengunyah nuget ayam berbentuk hati yang sudah dicicah sos cili oleh penjaja di hadapan sekolah ataupun famous sebagai acik jajan.
"Kau rasa kan.. Sweet tak kalau si May ni couple ngan si Firas tu?"
Aku yang sedang minum air sirap bandung ni tersedak pulak. Nasib baik tak tersembur kalau tak, aku sembur kat muka kau dulu, Fiz.
"Apa yang kau mengarut ni?" soalku lalu mencubit lengan Fiz.
"Sakitlah! Aduh!" katanya, mengadu kesakitan. Itu sakit di tangan, bukan sakit di hati yang kritikat ni.
"Sesedap mulut kau aje jodohkan aku dengan mamat tu," kataku.
"Tapi aku rasa betullah, memang sweet sangat kalau Firas ni berkapel ngan kau, May. Kau kan sopan, lagikan manis. Tambah-tambah lagi, Firas tu kacak lagikan menawan. Kalau korang jadi pasangan couple, pasti jadi pasangan kekasih paling hot sepanjang masa," ujar Natasha. Nahaslah kau, Natasha.
"Mengada la korang berdua ni! Nak pair kan aku dengan Firas ni pulak. Kan Firas gila-gilakan kau, Fiz," ujarku balik.
"Malangnya, aku ni tak ada perasaan kat Firas tu. Aku ada impian tau, nak jadi hairstylist. Kalau bercinta lepastu kahwin, impian aku terbantut la," ujarnya lagi. Mengarut je jawapan dia.
"Abis tu? Macamlah aku tak ada impian," kataku lalu merajuk. Aku alihkan diriku daripada mereka berdua.
"Lek lek! Gurau je la. Takyah serius sangat, lainlah kalau kau betul-betul ada perasaan kat Firas tu," ujar Fiz lagi. Eeee.. Menyampah la!
"Dah, baik kita tunggu van tu sampai senyap-senyap daripada bergosip macam ni," ujarku.
"Yelah, yelah. Kita orang faham yang kau taknak cakap pasal ehem..ehem kau tu," ujar Natasha. Sempat dia usik aku.
Keadaan jadi sunyi.
Kami mendiamkan diri sahaja.
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
"Aku takleh tahan tau tak? Aku bukan jenis pendiam macam korang! Aku mesti kena bercakap aje sepanjang masa baru hidup tenang," ujar Fiz. Mengada-ngada la dia ni. Tak kisahlah.
"Okey, kita boleh bercakap. Tapi jangan sibuk gosip pasal aku ngan Firas lagi kalau taknak muka kena seterika," ujarku.
"Thank you, May! Dan juga sorry, aku takde niat lain nak pairkan engkau dengan Firas tu," katanya. Itu kata mulut, kalau kata hati? Apasal jiwang tetiba ni?
"Wei, korang tau tak pasal budak kecil yang muncul kat depan pagar ni masa waktu petang-petang macam ni?" soal Natasha.
"Oh, cerita budak kecil yang seram tu. Kenapa?" tanyaku. Fiz pergi ke gerai acik jajan sekejap, beli keropok lekor dicicah sos.
"Aku dengar la, ada mangsa terbaru," ujarnya.
"Ha ye ke? Kau biar betul?" soalku, terkejut.
"Hei, sembang apa tu? Ajak la aku sekali," Fiz menyampuk.
"Pasal budak kecil yang kau pernah cerita hari tu," kataku.
"Oh! Aku baru ingat! Aku dengar kan ada mangsa terba.."
"Natasha nak cite la ni," aku sempat menghentikan kata-katanya.
"Oh.. Cite la," ujar Fiz sambil menjamah keropok lekornya.
"Okey, macam ni. Ada pelajar perempuan ni, dia sorang-sorang je dekat depan pagar tu. Punyalah lama dia duk tunggu mak dia datang ambil, tapi tak sampai-sampai juga. So, kisahnya bermula macam ni, pelajar tu sedang bosan, mencangkung kat depan pagar tu sambil diperhati oleh pak guard. Lepastu pak guard tu kata, yang dia nak jumpa seorang cikgu tu, cikgu tu tengah punggah barang masuk dalam bonet kereta. Nampak macam banyak sangat barang tu, pak guard tu nak tolong cikgu tu. Pelajar tu okey je tapi pak guard tu bagi amaran, kalau ada budak kecil datang, buat tak endah aje."
"Wow.. Lepastu, lepastu?" soalku.
"Lepas je pak guard tu berjalan ke kereta cikgu tu, pelajar perempuan tu duduk sendirian. Senyap aje keadaan masa tu. Dahlah gelap, apapun dekat depan dia, dia tak nampak sebab gelap sangat. Dan lama-kelamaan dia menunggu, muncullah budak kecik yang menjadi urban legend di sekolah ni," ujar Natasha.
"Sambunglah! Teruskanlah!" kata Fiz, dia pun sibuk juga nak dengar kisah ni.
"Okey. Budak tu kata kat dia, 'tolonglah usap kepala saya. Mak ayah saya dah lama meninggal. Dah lama saya tak kena usap kat bahagian kepala.' Pelajar tu terkejut dan dia kesian jugak kat budak tu. Masa dia angkat tangan dia tu, dia teringat balik pasal pesanan pak guard tu. Jadi dia turunkan tangan dia dan buat-buat tak pedulikan budak tu. Dia senyap jelah. Budak tu tenung dia lama-lama. Budak kecik tu kata lagi, 'akak, akak tak nak usap kepala saya ke?' Pelajar tu rasa berat hati nak pulaukan budak tu tapi itulah yang perlu dia buat. Pelajar tu buat keputusan nak buat-buat tak peduli pasal budak tu. Budak tu kata lagi, 'akak, saya tak minta banyak pun dari akak, saya cuma nak bermanja.' Pelajar tu cuba tabahkan diri walaupun jauh dalam hati, dia kesian sangat dengan budak tu. Kata-kata terakhir budak tu ialah, 'akak, saya dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni untuk jadikan tempat bermanja dan mengadu. Diorang kata saya menyeramkan, saya nampak macam hantu. Saya cuma nakkan kasih sayang.' Budak tu pun menangis. Pelajar perempuan sebenarnya berhati lembut dan senang bersimpati ngan orang. Jadi bila budak tu menangis, dia pandang budak tu.
Dia dengan simpatinya usap kepala budak tu dengan lembut. Budak tu pun berhenti menangis.""Lagi? Takkan macam tu je?" soalku.
"Pak guard pergi ke depan pagar dan dapati pelajar tu dah tiada lagi kat depan pagar. Dia anggap yang pelajar tu dah lama balik. Budak tu pun dah tak ada. So, dia fikir pelajar tu tak apa-apa. Keesokan harinya, ada orang jumpa mayat pelajar tu dalam longkang besar belakang sekolah rendah."
Aku jadi takut. Macam mana kalau budak tu jumpa aku dan aku usap kepalanya dan mayat aku pulak diorang akan jumpa dalam longkang keesokan harinya? Okey, imaginasi aku terlampau tinggi. Aku baca fikiran Fiz.
"Itu je? Tak seram langsung."
Nampak sangat perempuan ni takde perasaan takut langsung.
Van aku dan Fiz dah sampai. Sama jugak dengan kereta mak Natasha. Kita orang balik. (Takkan nak stay kat sekolah kot)
YOU ARE READING
ROH
HorrorSambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umai...