EMPAT

2.3K 155 2
                                    

Hari Selasa.

Hari yang paling best di antara hari-hari yang lain sebab ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Tapi bukan untuk aku.

Aku lebih suka menyendiri, membaca buku, menelaah pelajaran dan juga fokus terhadap akademik. Aku tak macam pelajar lain yang popular, jaguh sukan mahupun ratu gosip.

Firas suka aktiviti macam ni, dia dan geng dia akan main bola sepak dan dia sememangnya pernah jadi salah satu wakil pasukan bola sepak sekolah sewaktu dia berada di tingkatan dua. Fiz pulak tak aktif dalam akademik dan biasa-biasa je dalam bidang sukan. Bidang seni pun dia tak mahir sangat. Aku pun tak tahu apa kemahiran Fiz yang dia ada selain kuasa telekinesisnya.

Maybe, dia Queen of Sarcasm, ratu menyindir dan suka perli orang. Aku rasa aku tahu apa yang sesuai untuk dia. Kalau dia masuk uji bakat teater, mesti dia terpilih. Watak jahat atau watak sampingan sesuai la kot.

"Wei, kau naik join kumpulan aku tak, untuk pertandingan aerobik nanti?" tanya Natasha, kawan sekelas merangkap kawan baik aku.

"Pertandingan aerobik? Yang macam menari tu eh?" soalku.

"Menari dengan aerobik lain la. Ermm.. Aku tak tahu macam mana nak terangkan benda ni kat kau," kata Natasha sambil menggaru kepalanya.

"Whatever. Aku join jelah kumpulan kau untuk buat benda  tu. Malas aku nak join group lain," kataku, selamba.

"Baguslah! Group kita akan ada Ilyana, Kumala dan.. Err.. Humairah!" katanya.

"Umairah?" soalku.

"Humairah la! Umairah mana kau ni?" soal Natasha balik.

"Ohh.. Aku dengar macam Umairah tadi," kataku. Kita orang pun berdiri untuk mulakan latihan aerobik.

Aku pulak asyik terfikir pasal Umairah sejak Natasha tersebut nama Humairah.

                          *****
Hari Selasa pun tamat. Semua pelajar dah balik sekolah dan entah apsal, van sekolah aku lambat pulak. Aku dengan Fiz terpaksa tunggu lama sikit.

"Kenapalah kita tak tumpang mak ayah Firas je tadi," soalku.

"Cukuplah Firas tu kenalkan aku dengan orang pelik cam kau dan Nazri tu. Kalau kita naik kereta dia, pasti dia nak kenalkan aku kat mak ayah dia pulak," katanya dengan gaya meluat terhadap pelajar lelaki itu.

"Aku pelik? Bagitau aku, pelik yang macam mana tu?" soalku, dihantui perasaan ingin tahu.

"Masa first time aku jumpa kau, kau selalu senyum kat orang macam orang gila kat tepi jalan tu." Wow, kata-kata kau amat aku hargai, Fiz.

"Lagi? Ceritalah," kataku lagi. Aku tabahkan diri ni dengar luahan dia tentang aku.

"Kau ni over-sopan. Aku menyampah la jugak kan, pastu kau pulak macam tahu-tahu je apa orang fikirkan. Aku ingat tu lah kehebatan kau sebagai pelajar harapan sekolah, so aku fikir kau ni ermm suka berlagak orangnya," katanya lagi. Makin panas membara hati aku.

"Citerlah lagi."

"Well lepas aku tahu kau ni ada kuasa baca minda orang lain, aku rasa aku bukan satu-satunya manusia yang tak normal. Sekurang-kurangnya, ada orang lain yang ada persamaan dengan aku," kata Fiz. Aku terdiam.

"So aku rasa, bila kau terima aku masuk kelab tu, aku tak rasa sunyi dah sebab ada orang faham tentang kebolehan aku dan kehidupan aku," katanya.

"Jadi?"

"So aku respect kau sebab, kau buktikan pada aku, kita semua ni terima sedikit je kuasa dari Dia. Ni bukan malapetaka. Ni anugerah dari Tuhan untuk kita," katanya lagi.

"Aku percayakan kuasa aku ni boleh bawa aku ke kehidupan yang baik dan kau tahu, aku inginkan ketenangan. Itu je yang aku nak dalam dunia ni," katanya.

"Bukan duit atau cinta atau benda-benda lain?"soalku.

"Aku bukan ketandusan cinta okey? Duit tu takleh bawa pergi akhirat pun. Yang penting, aku cuma nak hidup tenang, mati pun tenang," katanya. Aku tersentak. Nak kata deep, taklah deep bagi aku.

"Dah tukarlah topik!" kataku. Kang menangis jugak aku kat sini.

"Wei!"

Aku tersentak. Aku bacalah fikiran dia.

(Siapa budak kecil tu?)

Aku pun pandang ke arah yang dia pandang. Masa tu makin gelap. Ada budak kecil pulak main-main dekat depan pagar sekolah.

"Siapa budak tu? Apa budak kecik tu buat kat sini?" tanya Fiz.

"Tak tahu, jom kita gi kat dia," aku bangun dan berjalan ke arah budak kecil tu.

"Kau gila ke apa? Kau tak pernah dengar ke cite tu?" tanya Fiz. Cite mana pulak minah oi?

Kedengaran bunyi hon van sekolah aku bergema di situ. Kita orang berlari masuk ke dalam van.

"Cepatnya Pak Dollah pandu van ni," kata Fiz. Aku dah kata, dia kuat perli orang.

"Tahu tak tadi van ni rosak tepi jalan?" tanya Pak Dollah a.k.a pemandu van ni.

"Tak tanya dan tak kisah pun. Hantar kita orang balik," kata Fiz. Okey ayat dia memang pedas sikit tapi pedas pun orang telan jugak.

Van pun bergerak.

"Sambunglah ayat kau tadi!" kataku kepada Fiz.

"Oh yang tu. Kau tahu tak, sekarang hangat kat sekolah, yang setiap pukul 7:15 petang, pelajar kita yang belum balik lagi akan nampak budak kecik tadi tu?" soalnya.

"Manalah aku tahu," jawabku.

"Well.. Ada kes baru ni, ada pelajar ni namanya Shukri. Dia balik lambat sebab ayah dia baru balik dari kerja, otw nak ambil dia," kata Fiz.

"Haa, teruskan."

"Lepastu sampai 7:15 petang, tinggal dia sorang je. Dia duduk je tepi pagar sekolah tu. Lepastu ada suara budak kecil kedengaran, mintak tolong. Dia kata, abang, tolong saya bang. Saya sesat. Saya nak cari mak saya," katanya.

Gulp! Aku telan air liur aku.

"Lepastu pelajar tu mula-mula buat tak kisah tapi lepastu dia report benda tu kat pak guard. Dia kata ada budak kecil minta tolong cari mak dia. Pastu pengawal tu kata, pakcik tak nampak mana-mana budak lain selain Shukri. Shukri cakaplah pasal budak tu, dia pakai baju putih yang dah comot dengan seluar pendek warna hitam dengan kulit dia gelap. Pakcik tu pun ceritalah yang dah ramai pelajar report kat dia pasal budak tu. Budak tu bukan manusia," kata Fiz.

Bulu romaku meremang.

"Lepastu?"

"Shukri check la tempat dia duduk tadi pastu budak tadi hilang," katanya.

Kenapa dah nak malam ni dia cerita benda seram pula?

"So? Budak tu.."

"Mengikut pak guard, budak tu kena culik pastu kena bunuh. Mayat dia kena buang kat sungai belakang sekolah rendah sebelah sekolah kita tu. So, tak heranlah roh dia berjalan-jalan kat depan sekolah tu," katanya.

"Dah berhenti citer hantu! Pakcik seram tau!" kata Pak Dollah yang sedang memandu itu.

"Huh. Suka hatilah," kata Fiz.

"Dah nak sampai rumah kamu dah pun, berhenti borak," kata Pak Dollah. Fiz pun berhenti borak pasal benda tu dan aku dapat baca fikiran dia yang sedang menyumpah Pak Dollah tu. Kejam kan?

Kisah budak kecil tu terngiang-ngiang dalam fikiran aku walaupun dengan sedaya-upaya, aku cuba buang benda tu jauh dari fikiranku. Hish.

ROHWhere stories live. Discover now